Pelakon dan personaliti media sosial Indonesia, Jennifer Coppen, menerima lamaran kekasihnya, Justin Hubner, dalam satu momen penuh simbolik yang berlangsung pada malam Krismas, 24 Disember lalu.
Momen istimewa itu dikongsikan Justin menerusi hantaran di Instagram peribadinya, memaparkan dia berlutut sambil melamar Jennifer dalam suasana intim dipercayai ketika mereka berada di Belanda.
Lamaran berkenaan segera mencuri perhatian warganet dan rakan selebriti, dengan rata-rata mengucapkan tahniah serta mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut.
Lamaran ini hadir hampir setahun selepas Jennifer melalui episod paling perit dalam hidupnya apabila suaminya, Dali Wassink, meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Bali pada 18 Julai 2024.
Pemergian mengejut itu meninggalkan kesan mendalam kepada Jennifer serta anak perempuan mereka, Kamari Sky Wassink, yang ketika itu masih kecil.
Sejak tragedi berkenaan, pelakon siri Pretty Little Liasr ini sering berkongsi perjalanan emosinya sebagai seorang ibu tunggal, selain dilihat cuba bangkit dan meneruskan kehidupan secara perlahan.
Ads
Kehadiran Justin dalam hidupnya kemudiannya menjadi perhatian umum, lebih-lebih lagi apabila hubungan mereka mula dipaparkan secara terbuka di media sosial.
Sekadar info, Justin Hubner merupakan seorang pemain bola sepak profesional bersama kelab Belanda, Fortuna Sittard selain bergelar pemain kebangsaan mewakili Indonesia.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan usahawan, Shiha Zikir menjelaskan keputusan menghentikan operasi cawangan kedua Restoran Shiha Zikir Nasi Ayam di Shah Alam, Selangor bukanlah satu kegagalan
Sebaliknya ia dianggap sebagai langkah berani demi bangkit semula dengan perancangan perniagaan yang lebih kukuh selepas ini.
Menerusi satu hantaran di Threads, penyanyi lagu Kalam itu memaklumkan cawangan berkenaan telah menamatkan operasi pada Isnin.
“Dengan hati yang berat, Shiha ingin memaklumkan bahawa cawangan Seksyen 7, Shah Alam telah menamatkan operasi bermula 15 Disember 2025.
“Keputusan ini bukan mudah, tetapi saya percaya ia adalah langkah terbaik buat masa ini,” jelasnya.
Walaupun operasi di Shah Alam dihentikan, Shiha bagaimanapun memberitahu cawangan di Wisma Infinitum, Kampung Baru, Kuala Lumpur masih beroperasi seperti biasa, sekali gus memberi jaminan kepada pelanggan setia.
“Jangan risau ya, cawangan Kampung Baru masih beroperasi seperti biasa dan sentiasa menanti kehadiran anda semua,” kongsinya lagi.
Menurut Shiha, dunia perniagaan menuntut keberanian untuk mencuba, gagal dan bangkit semula, termasuk berani membuat keputusan besar pada masa yang tepat.
“Dalam bisnes, kita kena berani try and error. Selepas hampir dua tahun, saya rasa kena hentikan operasi dulu dan cari lokasi yang lebih strategik dan boleh untung.
“Ini bukan bermaksud saya ‘down’ atau lemah semangat. Sebaliknya, ini satu proses untuk bangkit semula. Daripada terus menanggung kerugian, lebih baik saya ambil langkah ini dan susun semula perancangan,” jelasnya.
Dalam pada itu, Shiha turut meluahkan rasa terharu dengan sokongan pelanggan setia, khususnya mereka yang sering membuat pesanan melalui platform dalam talian.
“Sokongan pelanggan, terutamanya pelanggan tetap di Shah Alam, benar-benar menyentuh hati saya. Ia beri semangat untuk saya terus kuat dan melangkah ke hadapan,” katanya.
Shiha kini mahu memberi fokus sepenuhnya kepada cawangan di Kampung Baru dan terbuka untuk terus mencari lokasi baharu yang lebih sesuai bagi fasa seterusnya.
“Sekarang saya fokus dulu di Kampung Baru. Insya-Allah, saya percaya akan ada jalan yang lebih baik selepas ini,” tambahnya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Legenda gusti profesional dunia, John Cena, secara rasmi mengumumkan persaraannya daripada arena gusti selepas menamatkan perlawanan terakhir dalam kerjayanya pada 13 Disember 2025.
Perlawanan tersebut berlangsung dalam acara khas Saturday Night’s Main Event di Washington, D.C., sekali gus menutup tirai perjalanan lebih dua dekad Cena sebagai antara figura paling berpengaruh dalam sejarah World Wrestling Entertainment (WWE).
Cena, 48, mengakhiri kemunculannya dengan simbolik meninggalkan but serta wristband di tengah gelanggang, satu tradisi yang sering dikaitkan dengan penamat kerjaya dalam dunia gusti profesional.
Sepanjang penglibatannya sejak membuat debut pada 2002, Cena mencipta pelbagai pencapaian cemerlang termasuk memenangi 16 kejuaraan dunia WWE, sekali gus menyamai rekod legenda Ric Flair, selain menjadi wajah utama syarikat tersebut dalam era kebangkitannya di peringkat global.
Beliau sebelum ini telah mengumumkan hasrat untuk bersara sejak tahun lalu dan menjalani jelajah perpisahan sepanjang 2025 sebagai penghargaan kepada peminat yang setia mengikuti kerjayanya.
Walaupun tidak lagi aktif bertanding, Cena dijangka terus terlibat bersama WWE dalam kapasiti lain termasuk sebagai duta, mentor serta terlibat dalam aktiviti promosi dan pembangunan bakat baharu.
Di luar gelanggang gusti, Cena kini aktif dalam industri perfileman Hollywood sekali gus memperkukuh kedudukannya sebagai ikon hiburan global yang digemari rami.
Persaraan John Cena menandakan berakhirnya satu era penting dalam landskap gusti profesional dunia, namun legasi serta pengaruhnya diyakini akan terus dikenang dalam sejarah WWE.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengasas kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mencatat pencapaian manis yang tersendiri apabila sekali lagi muncul sebagai pembayar zakat perniagaan tertinggi kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) tahun ini menerusi syarikat miliknya, D’Herbs Holdings Sdn Bhd, dengan jumlah keseluruhan RM2 juta.
Hadir bersama isteri, Datin Seri Nur Shahida serta anak sulung mereka, Ammar Ahyan, penyerahan replika cek zakat tersebut disempurnakan dalam Majlis Iktiraf Muzakki dan Penyerahan Zakat (IMTIYAZ) 2025 yang berlangsung di Shah Alam, pada Selasa.
Sambil menzahirkan rasa syukur, Aliff turut tidak menyangka syarikatnya sekali lagi tersenarai sebagai penyumbang tertinggi zakat perniagaan di Selangor.
Malah Aliff menjelaskan, pengiktirafan itu bukanlah sesuatu yang dirancang, sebaliknya lahir daripada rasa tanggungjawab dan kepercayaan terhadap amanah rezeki.
“Saya sendiri tidak mengetahui jumlah keseluruhan zakat yang dikeluarkan kerana urusan akaun diuruskan oleh isteri. Apabila dimaklumkan jumlahnya mencecah RM2 juta, saya benar-benar terkejut dan bersyukur.
“Ini bukan soal berbangga diri, tetapi tanda terima kasih atas rezeki yang Allah kurniakan,” katanya.
Dalam pada itu, bintang filem Badang ini turut berkongsi kisah peribadi apabila pernah menjadi penerima bantuan zakat ketika di bangku persekolahan.
Ia sekali gus menjadi pengalaman yang disifatkan sebagai titik penting dalam membentuk komitmennya untuk terus menunaikan zakat sejak usia muda.
“Saya mula membayar zakat ketika berumur 19 tahun. Pada waktu itu gaji hanya RM650 dan zakat yang mampu dibayar hanyalah RM7 sebulan.
“Walaupun nilainya kecil bagi sesetengah orang, tetapi bagi mereka yang memerlukan, ia sangat bermakna. Alhamdulillah, jumlah itu meningkat setiap tahun sehingga hari ini,” jelasnya lagi.
Menurut Aliff, latar belakang hidup yang sederhana tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kejayaan.
Justeru, golongan kurang bernasib baik wajar diberikan sokongan dan peluang kerana setiap individu berpotensi mengubah kehidupan masing-masing.
“Saya juga pernah menerima bantuan zakat untuk pelajaran, kelengkapan sekolah dan makanan. Jangan memandang rendah orang susah.
“Sama ada mereka yang berasal dari kampung, tinggal di PPR atau penerima bantuan, semua orang ada peluang untuk berjaya jika diberi ruang,” katanya.
Dalam pada itu, Shahida memaklumkan tahun 2025 mencatat rekod tertinggi bagi syarikat mereka dari segi pembayaran zakat perniagaan.
Menurutnya, kejayaan tersebut datang hasil sokongan berterusan pelanggan terhadap pelbagai produk yang diusahakan.
“Tahun ini jumlah zakat paling tinggi setakat ini. Ia hasil usaha bersama dan sokongan pelanggan terhadap produk kami, daripada makanan hingga barangan keperluan.
“Semua yang menyokong perniagaan kami sebenarnya turut menyumbang kepada zakat ini. Syukur alhamdulillah,” katanya.
Terdahulu pada majlis sama, sebanyak 56 syarikat tampil menunaikan kewajipan berzakat dengan jumlah keseluruhan RM22.15 juta.
Antara syarikat lain yang tersenarai sebagai pembayar zakat perniagaan utama termasuk Open University Malaysia, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan Wawa Global Sdn Bhd.
Majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan bantuan zakat berjumlah RM346,238 kepada golongan asnaf melibatkan bantuan perumahan, perniagaan dan perubatan.
Selain itu, Wakalah Majikan Kerajaan turut disampaikan kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan LZS dalam memperkukuh kebajikan masyarakat.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Pelakon Sharmaine Alexander menegaskan perkongsian mengenai keadaan wajahnya di media sosial bukan bertujuan untuk meraih simpati daripada mana-mana pihak.