Dunia hiburan Hollywood dikejutkan dengan berita kematian pengarah dan pelakon tersohor, Rob Reiner, dan isterinya, Michele Singer Reiner, yang ditemui meninggal dunia di kediaman mereka di Brentwood, Los Angeles, pada Ahad.
Menurut laporan awal pihak berkuasa, pasangan suami isteri itu ditemui tidak bernyawa selepas pasukan kecemasan menerima panggilan ke rumah berkenaan pada petang waktu tempatan. Identiti kedua-dua mangsa disahkan sebagai Rob Reiner, 78, dan isterinya Michele, 68.
Pihak Los Angeles Police Department (LAPD) mengesahkan satu siasatan pembunuhan telah dibuka selepas pemeriksaan awal mendapati terdapat kecederaan yang mencurigakan pada kedua-dua mangsa.
Ads
Menurut laporan lagi, kedua-dua mereka mengalami kecederaan akibat luka kelar yang konsisten dengan serangan menggunakan senjata tajam. Setakat ini, tiada tangkapan dilakukan dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Rob Reiner merupakan antara tokoh pengarah paling berpengaruh dalam industri perfileman Hollywood, dikenali menerusi karya ikonik seperti This Is Spinal Tap, Stand By Me, The Princess Bride, When Harry Met Sally… serta A Few Good Men.
Ads
Selain mengarah beliau juga aktif sebagai pelakon dan pernah muncul dalam puluhan filem termasuklah The Wolf of The Wall Street, And So It Goes dan Sleepless In Seatle.
Ads
Rob berkahwin dengan Michele Singer pada 1989 dan pasangan itu dikurniakan tiga orang anak. Mereka dikenali sebagai pasangan yang jarang terpalit kontroversi serta aktif dalam kegiatan kebajikan dan seni.
Pasangan selebriti popular Indonesia, Raffi Ahmad dan Nagita Slavina, tampil menghulurkan bantuan peribadi berjumlah Rp15 bilion (kira-kira RM3.7 juta) bagi meringankan beban mangsa banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa wilayah di Sumatera sejak minggu lalu.
Menurut laporan, dana tersebut diagihkan sama rata kepada tiga kawasan paling terkesan iaitu Aceh, Sumatera Barat dan Sumatera Utara, masing-masing menerima sekitar Rp5 bilion (RM1.23 juta).
Bantuan disalurkan melalui pasukan khas di bawah agensi RANS milik pasangan itu bagi memastikan setiap keperluan sampai kepada mangsa dengan lebih tersusun.
Raffi dan Nagita memaklumkan bahawa sumbangan tersebut diberikan selepas melihat kesukaran ribuan keluarga yang kehilangan kediaman, harta benda dan punca pendapatan akibat bencana berkenaan.
Mereka turut menyatakan harapan agar dana itu dapat membantu mempercepatkan proses pemulihan awal termasuk penyediaan bekalan asas serta tempat perlindungan sementara.
Sebelum ini, pasangan tersebut turut terlibat dalam usaha pengumpulan dana melalui acara sukan Padel Wars yang menambah sumbangan sekitar Rp1 bilion (RM300,000) kepada tabung bantuan kemanusiaan berkenaan.
Imbas kembali, tragedi banjir dan tanah runtuh yang melanda Sumatera telah mengakibatkan kerosakan besar, memutuskan akses jalan utama dan menyukarkan operasi mencari serta menyelamat yang masih sedang dijalankan.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Percaturan Rozita Che Wan atau Che Ta kembali aktif berlakon tahun ini dianggap tepat pada masanya, apabila watak antagonis Kak Ju (Juriah) lakonannya menerusi drama Bahagia Yang Tertangguh mula menjadi bualan.
Rozita sebelum ini memberi fokus kepada perniagaan sehingga terpaksa menyepi daripada dunia lakonan hampir tiga tahun.
Menurut Che Ta, watak Kak Ju mencetuskan pelbagai reaksi emosional dalam kalangan peminat yang mengikuti drama terbitan iFabulous Art Media & Event Sdn. Bhd (iFame) untuk siaran Astro Ria itu.
“Penangan karakter Kak Ju itu umpama mengembalikan ingatan dan kenangan saya saat melakonkan watak Kiah Pekasam suatu ketika dahulu.
“Cuma bezanya inilah kali pertama saya berlakon watak antagonis. Jujur tak sangka watak itu semakin berbekas di hati penonton.
“Sejak siaran episod awal lagi, bayangkan sudah berbakul-bakul komen dan kecaman penonton serta netizen saya terima. Siap pakej makian minta Kak Ju ditidurkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Tak kurang juga yang komen minta watak Kak Ju dimatikan segera. Ada juga yang komen dan cakap berdepan bila jumpa saya dengan nada sinis nak ‘pijak’ Kak Ju,” katanya.
Ibu kepada tiga cahaya mata itu turut menambah, dia bagaimanapun tidak melihat kecaman terhadap watak tersebut sebagai ancaman.
“Dari sudut lain, saya percaya apabila watak itu meninggalkan kesan di hati penonton tak kira dari sudut positif atau negatif, bererti diri ini sudah cuba memberikan sehabis baik dalam menghidupkan watak Kak Ju. Syukur lakonan saya diterima dan beri impak.
“Komen dan kecaman sebegitu kalau difikirkan buat saya rasa nak gelak sebab geram punya fasal, mereka (penonton) sampai nak itu ini dengan Kak Ju,” katanya lagi.
Dalam masa sama, Rozita turut berterima kasih kepada produksi, stesen TV dan pengarah atas kepercayaan diberikan.
“Mereka berani cabar saya dengan watak sebegini dan keluar dari kepompong kebiasaan. Ikutkan saya seperti orang tahu, memang lantang bersuara.
“Saya dengan anak pun jenis tegas. Cuma mungkin sebelum ini tak ada produksi berani buka peluang serta mencabar saya bawa watak jahat.
“Sampai anak saya berseloroh cakap watak Kak Ju itu seperti diri sendiri. Tapi saya di rumah tidaklah sekejam Kak Ju.
“Malah kawan anak saya di Jerman yang menonton drama ini dalam talian pun terkejut dengan lakonan berkenaan yang sangat garang, ‘laser’ dan cakap lepas,” katanya.
Rozita yang bakal muncul menerusi filem terbaharu,Anak Mami Jarum Dalca Cinta Kerabu arahan Datuk Prof Dr A Razak Mohaideen turut berpendapat, watak antagonis sebenarnya lebih mudah dilakonkan.
“Watak jahat macam ini tak perlu nak ‘control’. Lepaskan saja apa yang mahu diluahkan. Kalau watak baik pula kita kena banyak kawal dan bermain rasa serta emosi.
“Cuma selepas drama ini, sebolehnya saya tolak dulu watak antagonis kalau ditawarkan. Bukan tak nak lagi jadi jahat, tapi mungkin saya letakkan jurang atau tempoh masa,” tambahnya.
Dia juga terharu apabila dapat berlakon buat kali pertama di bawah arahan Osman Ali.
“Selama ini saya dengar saja cerita mengenai karya arahannya. Kali ini, dapat merasai ‘air tangan’ dia sebagai pengarah.
“Cuma selepas sekian lama tak berlakon depan kamera dan saat awal tempoh masuk set penggambaran drama ini, saya dan hampir kebanyakan pelakon terbabit kena ‘tegur’ dengannya.
“Biasalah, belum ‘panas’ lagi. Jadi apabila tak sampai tahap kepuasannya sebagai pengarah, dia akan terus cabar dan minta saya keluarkan lagi sisi ‘jahat’ Kak Ju.
“Semua itu saya anggap cabaran dan proses mewarnakan lagi karakter. Lama kelamaan sudah masuk ‘roh’ Kak Ju.
“Sisi lain, saya kagum dan harus memujinya. Dia jenis pengarah yang nak kita nampak ‘cantik’ di skrin. Dia sangat komited dan bagus dalam menjaga perkembangan karakter pelakon dari bintang utama sampailah ‘tambahan’,” katanya.
Malah Rozita turut menzahirkan rasa syukur terhadap penerimaan baik drama adaptasi novel karya Rissa Ahdiya itu.
Selain Che Ta, drama 28 episod itu turut menampilkan lakonan hebat Nad Zainal, Kamal Adli, Izzue Islam, Riz Amin dan Mimi Ernida.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Foto: Azim Wahab (Ihsan Rozita che wan)
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Shila Amzah mengakui dia tidak kisah apabila suaminya yang juga pempengaruh, Ubai melakukan kerja-kerja sampingan seperti servis penghantaran barang sekiranya mempunyai waktu terluang.
Menurut Shila, Ubai disifatkan sebagai seorang yang rajin bekerja dan tidak suka untuk mensia-siakan waktunya.
Shila mengulas perkara itu selepas tular di media sosial mengenai perkongsian Ubai tentang pengalamannya membuat servis penghantaran barang di sekitar Putrajaya.
“Ketika itu, hanya suami saya sahaja yang buat servis penghantaran itu. Saya tak ikut pun. Cuma mereka menggunakan gambar kami sewaktu menaiki motosikal ketika bercuti di Phuket, Thailand.
“Saya tiada kena mengena. Cuma suami saya ini dia tak boleh kalau ada waktu lapang. Kalau ada waktu kosong, dia pasti akan buat sesuatu. Dia tak boleh duduk diam.
“Usianya pun baru 27 tahun. Tenaganya masih banyak. Biarlah dia nak buat kerja apa pun,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Patah Seribu itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran album terbaharu ‘SA25’, baru-baru ini.
Katanya lagi, suaminya itu memang sudah terbiasa untuk melakukan pelbagai jenis pekerjaan sejak usianya masih remaja.
“Sebelum saya mengenali suami saya, dia memang pernah buat kerja-kerja seperti itu. Ketika zaman belajar, dia memang buat servis penghantaran di politeknik.
“Dia punya tahap ‘ting-tong’, kadang-kadang dia rindu nak buat kerja-kerja seperti itu. Dia juga rindu nak kerja di butik pakaian.
“Suami saya ini seorang yang sangat menghargai kerja-kerja yang pernah dia lakukan. Jadi, dia suka nak mengembalikan kenangan dan momen-momen lama.
“Malah, kawan-kawan dari zaman belajar pun masih rapat sehingga sekarang,” kongsinya lagi.
Jelas Shila lagi, Ubai tetap mahu meneruskan rutin kehidupannya seperti biasa meskipun selepas berkahwin dengan selebriti.
“Kami tidak pernah merasakan penukaran status. Apa yang buat suami saya bahagia, saya okay sahaja,” akhirinya.
Sekadar informasi, Shila dan Ubai telah mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Rhea Akira.
Shila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Edraki pada 2018 sebelum bercerai pada 2022.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Seth Uwais.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Shila Amzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dramatis Laila Nasir tidak dapat menyembunyikan rasa gembira dan terharu apabila selamat menerima menantu sulungnya pada 6 Jun lalu menerusi sebuah majlis tertutup yang...