Masih ingat dengan kisah seorang pakcik tua berpakaian seperti seorang yang warak dikatakan telah meraba peha seorang gadis yang tertidur di sebelahnya?

Sejak video tersebut dimuat naik, MH perasan ramai sungguh netizen yang mula melemparkan kata-kata kejian pada pakcik tersebut dan marah dengan apa yang dilakukannya.

Namun sehingga kisah ini menjadi viral tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh sesiapa mahupun pakcik ini sendiri.

Tetapi semalam, salah seorang lelaki bernama Karl Jeffrey Ramesh telah tampil kehadapan dan bersuara demi pakcik tersebut.

“Hari ini saya nak cakap pasal insiden pakcik yang kena viral tu. Kenapa saya bersuara untuk pakcik ini sebab saya ada di situ.

 

“Ketika sedang sibuk bermain dengan telefon tiba-tiba mata saya tertarik melihat gelagat pakcik itu. Saya tertanya-tanya dia buat apa.

 

“Tapi bila lihat dia sebenarnya cuba menarik jubahnya slow-slow kerana tidak mahu mengejutkan perempuan itu. Tapi tak sangka yang perempuan depan dia tangkap gambar dan video itu diviralkannya.

 

“Cuba bayangkan kalau itu terjadi pada atuk atau pakcik korang? Itu yang saya rasa pada pakcik tu. Saya pun anggap dia macam atuk saya sendiri.

 

“Bila perkara ini menjadi viral, saya tengok tak ada seorang pun saksi yang berani bersuara jadi saya beranikan diri bersuara untuk pakcik ini. Saya Defend dan support pakcik ini. Sebab saya ada di situ, masa kejadian itu dan saya nampak dia cuba tarik kain jubah di bawah peha perempuan itu.

 

“Kalau viral sikit-sikit tak apa lah, ini sampai yang ‘pervert’ komen dan tidak masuk akal pun ada,” kata lelaki ini di dalam sebuah video.

Malah, dia turut kesal apabila ada sesetengah pihak yang langsung tidak tahu tentang perkara ini meninggalkan komen-komen berunsur provokasi dan ada yang menghina pakcik ini.

IKLAN

Ramesh turut meminta orang ramai lebih bertimbang rasa dan jangan tahu untuk menjaga tepi kain orang dan sibuk mengviralkan kisah-kisah seperti ini tanpa tahu kisah sebenar.

Menurutnya lagi, dia tidak rasa pakcik tersebut sanggup mengejut gadis yang sedang tidur hanya kerana ingin menarik kain jubahnya.

IKLAN

“Kalau tengok dari komen, pakcik tu seorang haji saya percaya dia tidak tergamak untuk mengejut gadis yang sedang tidur di sebelahnya itu.

 

“Saya di situ dan saya nampak apa yang terjadi. Tetapi apa yang menyakitkan hati orang seagama dengannya sendiri mengecamnya, memang pelik!

 

“ Kalau Zoom sikit mesti nampak pakcik tu tarik kainnya sikit demi sikit. Kalau kata dia kangkang pula, tak nampak ke begnya besar mana?

 

“Lepas tu, baru-baru ni ada pula yang kata saya dibayar! Mana ada, tiada bayaran apa-apa pun, saya berani untuk bercakap benar kerana saya ada di situ!” tegasnya.

Malah, Ramesh menekankan dia bukannya ingin menumpang populariti kisah viral ini atau mendapatkan perhatian ramai tetapi dia suka membantu orang yang ditindas dan lemah.

Bagaimanapun, Ramesh meminta orang ramai untuk berhenti mengecam pakcik ini terutamanya seagama dengannya kerana kelihatan seperti tidak menghormati agama sendiri dan meminta orang ramai jangan terus mengecam dengan melihat video tersebut.

IKLAN

"Pakcik ni Tak Salah! Aku Sedih Dia Kena Fitnah Raba Amoi Dalam LRT"Steadylah Bro…Kredit – Viralism Channel

Posted by Jamsari Msalehan on Sunday, 4 March 2018

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI