Pelakon, Noor Khiriah ada berkongsi nasihat kepada netizen khususnya kaum wanita yang mahu berubah kearah kebaikan.
Perkara itu juga telah menarik minat netizen untuk mengetahui lebih mendalam mengenai setiap posting yang dikongsikan Khiriah di akaun Instagramnya.
“Sesiapa pun boleh berubah..namun istiqomah dlm perubahan tidak semua yg bjaya..maka ssama kita doakan..jgn pandang org lain mcm ke neraka,kita mcm ke syurga..
Ads
“semua ni PENDOSA tmasuk akak..suka x suka itulah kita..Assalamualaikum,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di Instagram, pengasas kosmetik sensasi, Datuk Syukri Aliff Syukri ada berkongsi sepotong video pendek perihal kunjungannya ke sebuah butik terkemuka.
Kisahnya, penyanyi Abang Nak Tegur itu ada mengisi masa di butik mewah, Versace bagi mencari dan memilih beg tangan sebagai suatu bingkisan hadiah buat isteri tersayang, Datin Seri Nur Shahida Rashid.
Meski tidak kisah mengenai rekaan dan jenama, Aliff bagaimanapun cuba memilih hanya yang terbaik buat isteri, sebagaimana yang dikatakannya menerusi video ini;
“Confius.. tolong pilihkan… warna mana paling lawa utk .. sy beli utk wife sy?? nak buat suprise walapun dia x suka saya sukaa..
“Saya nak belikan 2 beg jee.. tpi 3 beg ni lawa smuaa disebbkan wife sy jenis x kesah sy amat suka kalau dia nampak class jadi beg kena class sesuai dgn saya.. biasanya saya belikan 3bulan 2beg,” tulisnya di ruangan komen.
Yang penting, menerusi perbualannya bersama pekerja butik turut tertumpu kepada harga bagi seunit big yang dipilih, hingga ada yang mencecah sekitar RM14,300!
Menerusi laman Instagramnya sebentar tadi, Atiq Azman memuatnaik sebuah foto dirinya dengan kapsyen “Who wants to be my partner for valentines day tonight? #14february2019.”
14 Februari merupakan sambutan Hari Kekasih sedunia, namun netizen Malaysia mula mengeluarkan kata-kata yang mungkin membuatkan Atiq akan berfikir dua kali sebelum memuatnaik posting di laman sosial.
A post shared by Atiq Azman (@therajaatiqullah) on
Netizen meminta penjelasan pelakon Nur ini mengapa dia ingin menyambut Hari Kekasih walaupun telah difatwakan haram?
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mengingatkan umat Islam bahawa meraikan Hari Valentine adalah dilarang sama sekali. Keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 22 November 2005 bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.
Foto – Instagram Atiq Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Jihan sekeluarga yang kini sedang berliburan sambil bekerja di Jepun mencuri tumpuan ramai apabila mulai menutup kepalanya.
Malah, beberapa foto dirinya yang mengenakan tudung yang dililit di kepala turut memberi pelbagai reaksi di kalangan netizen.
Sehinggalah beberapa jam lalu, bintang ini memuat naik beberapa keping foto bersama anak pertamanya, Ungku Arsalan dengab kapsyen;
“Cap ibu dan anak. Setahun berlalu. Alhamdulillah sihat anakku syg @ungkuarsalanhaq . Makin meninja hari ke hari.
“Tapi dlm gmbr ni semua nampak lemau je #babyninja sbb kalau time dia meninja mmg tak dapat la nak ambik gmbr. Phone pun boleh jd layang2 terbang tinggi melayang,” tulisnya lagi.