Pelakon, Amelia Henderson mengakui beliau sangat teruja apabila dapat membuat persembahan dengan ‘rapper-rapper’ untuk pembukaan Anugerah Skrin 2018 (ASK2018), baru-baru ini.

Katanya, dia juga kini dalam persediaan untuk single ‘rapper’ pertamanya.

“Akan datang saya akan keluar ‘single’ saya sendiri dalam rap juga sama ada hujung tahun ini atau awal tahun depan. Semua masih dalam perancangan. Tajuk lagu pun belum ada lagi.

“Ini pertama kali saya perform atas stage, menyanyi…yes, saya ingin lebih serius dalam bidang rap,” katanya kepada MH.

IKLAN

Amelia berkata demikian ketika ditemui di belakang pentas Anugerah Skrin 2018, bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Jumaat.

Sebelum ini, dua video rap Amelia menyanyikan lagu Look At Me Now dan Rap God, nyanyian asal oleh Eminem.

Seronok ‘Perform’ di ASK, Amelia Henderson Ingin Serius Dalam Bidang Nyanyian, Akan Keluar Single Sendiri

IKLAN

Tambahnya lagi, dia tidak menyangka video tersebut boleh viral di media sosial.

“Sebenarnya saya memang suka rap, selalu buat video tapi malu nak letak sebab rasa macam tak cukup bagus, tapi pengurus saya yang cadangkan dan beri sokongan untuk saya letak di media sosial.

IKLAN

“Tak sangka pula boleh viral sampai macam tu sekali dan akhirnya di sinilah saya,” katanya lagi.

Pada malam ASK 2018. Amelia bergandingan dengan Altimet, Raja Shahiran dan Shawn Lee menerusi lagu Amboi dan Bunga.

Foto/Instagram: Amelia Henderson

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI