Baru sahaja memuat naik klip rakaman seorang kanak-kanak didera oleh seseorang dipercayai ibu angkat dan merayu tindakan segera, Amyza Aznan menarik nafas lega apabila wanita tersebut telah ditahan pihak polis untuk siasatan.
“Alhamdulillah.. SYABAS @pdrmsia_official KERANA CEPAT BERTINDAK DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YG MEMBERI INFO KEPADA PIHAK SEPATUTNYA. #SIFARDERAKANAKKANAK”
Memerik artikel Berita Harian, wanita yang disyaki melakukan penderaan ke atas anak angkat yang berusia tujuh tahun telah ditahan di Jalan Sungai Tua, Batu Caves.
Suspek ditahan susulan laporan seorang individu yang melihat video tersebut viral di media sosial.
Siasatan turut mendedahkan suspek sering memukul mangsa kerana mahu melepaskan geram terhadap suami yang juga bapa saudara mangsa.
IKLAN
Bagaimanapun, suspek dan suami sudah bercerai awal tahun ini.
Menerusi posting sebelum ini, Amyza turut menjelaskan dia terpaksa menutup ruangan komen bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham.
“DENGAN RASA RENDAH HATI SAYA, JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA YG TELAH MEMBANTU KANAK2 INI, SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG. INFO TERKINI ,KES INI TELAH PUN DI DALAM SIASATAN PIHAK BERKUASA. TERIMA KASIH @pdrmsia_official DI ATAS TINDAKAN YANG SANGAT PANTAS.
IKLAN
“SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMELIHARA /MELINDUNGI ANAK INI, DAN ANGGOTA PDRM YG SENTIASA MENJALANKAN AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB MELINDUNGI RAKYAT MALAYSIA. DENGAN INI SAYA OFF COMMENT UNTUK MENGELAKKAN KEKELIRUAN DAN SALAH FAHAM YG AKAN TERCETUS.
“SEMOGA KES INI DAPAT DISELESAIKAN DAN JANGAN BERULANG LAGI. KEPADA SEMUA, JADI LAH MATA DAN TELINGA KEPADA @pdrmsia_official UNTUK SIFAR KES DERA.
“AMIN.ASSALAMUALAIKUM DAN SEMOGA SEMUA YG PRIHATIN DAN MEMBANTU,SENTIADA DALAM RAHMAT ALLAH S.W.T.”
Terdahulu, pelakon senior ini berkongsi sebuah video yang memaparkan kanak-kanak malang tersebut dipijak dan ditendang oleh pelaku sambil menyebut “ini anak kau kan?”
Meskipun netizen mengatakan ia adalah video lama dan tidak perlu diperbesarkan, namun kes dera kanak-kanak adalah serius dan pelakunya harus diambil tindakan tegas. Syabas PDRM.
Foto – Instagram Amyza Aznan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sayu hati melihat perkongsian Ebit Lew menjengah kehidupan di sebalik tirai besi. Dia tidak menyangka ramai yang memeluk Islam sewaktu dalam penjara dengan kerelaan diri sendiri.
Malah, lebih mengharukan, mereka terpaksa berhimpit di dalam sel yang kecil dan terpaksa bergilir-gilir membuang air di dalam baldi kecil.
“Sebak bila melangkah masuk dalam penjara. Ramai juga saya jumpa masa dalam penjara dengan kerelaan sendiri memeluk Islam. Puluh orang baru memeluk Islam. Allahuakbar. Begitu juga diluar negara. Saat di penjara. Rupanya disebalik semua ini dia menemui tuhan.
“Dalam sel mereka yang sangat kecil. 5 ke 7 orang satu sel kecil. Ya Allah panas takde kipas. 2 baldi kecil tempat berak dan kencing kongsi.Gilir-gilir berak kencing dalam baldi kecil tu. Takde tandas. Panas ya Allah. Berdoa nak angin.
“Bila dapat tiupan angin rasa sangat bahagia. 6petang sampai 7pagi duduk dalam sel kecil tu. Bersilang-silang tidur. Ngam-ngam jer. Ada yang bertahun, belas tahun, puluh tahun. Saya sekejap disana terasa bahangnya dan sakitnya.
“Dapat satu bekas air untuk wuduk. Air mata ya Allah bagaimanalah Neraka nanti yer. Selamatkan kami semua.”
Dia turut menambah, rata-rata di dalam penjara ini mengambil kelas kemahiran dan kelas agama untuk mengisi masa.
“Semua menangis masa dengar ceramah saya. Saya peluk mereka semua. Terkejut saya kerana sepanjang ceramah mereka menangis. Khusuk sangat dengar ceramah saya. Saya peluk seorang demi seorang. Mereka kerumun dikeliling saya. Ramai minta nasihat. Minta doa. Cerita kesalahan mereka.
“Waktu siang mereka ada yang ambil kelas agama sepanjang hari. Ada yang ambil kursus bengkel, menjahit dan bertukang. Ramai juga banduan yang kenal saya peluk saya. Maafkan saya disini takdir kita,” tulisnya lagi.
Apabila ditanya apakah kesakitan paling hebat sewaktu di sini, jawapan yang diberi cukup menyedihkan.
“Semua cerita bagaimana mereka ingin memeluk Islam kenal Allah dan solat. Saya tanya apa paling sakit dalam penjara ini. Jawab mereka paling sakit rindu pada keluarga. Rindu kehidupan dekat luar sana.
“Kedua paling sakit hitung masa. semua ingat hari dan tarikh. Tak sabar nak hirup udara luar sana. Bila masuk sana terasa beza betul rasanya ya Allah. Bila melangkah keluar terus rasa lapang udara. Ya Allah.
“Bila cerita mak ayah. Cerita anak-anak semua menangis. Rindu anak-anak. Saya cakap Allah sayang mereka. Jadikanlah sepanjang disini kekuatan supaya satu hari nanti bila keluar jadi manusia yang dekat dengan Allah dan sayang pada keluarga.
“Terima kaseh sangat pada boss di sana yang sangat baik benarkan saya masuk sel penjara dan berkongsi dengan mereka. Tak sangka. Allahuakbar-ebitlew #doortodoorebitlew #astroaosis#saksikanMusim2 #DoorToDoor.”
Percaya dengan rezeki, pengacara dan ahli perniagaan, Nana Mahazan,39, mengakui dirinya sentiasa reda atas segala ketentuan Allah SWT.
Meski tidak terarah di dalam menyanyi atau berlakon sejurus menyertai Akademi Fantasia musim pertama yang memperkenalkan namanya, isteri kepada Mohammad Raqeem Brian ini tetap rancak meneruskan survivalnya dengan cara tersendiri.
Siapa sangka menerusi peluang menjadi penyampai radio, pemilik nama penuh Nurul Hana Che Mahazan ini seterusnya melangkah sukses di dunia pengacaraan selepas itu.
Laku kini bersama pengaruh yang dimilikinya di Instagram dengan 794,000 pengikut, hakikatnya ibu kepada dua cahaya mata ini masih kekal relevan dan kebal mengukuhkan jenamanya termasuk melebarkan empayar perniagaan kecantikan dan makanan.
“Saya percaya sekalipun pintu dunia seni yang membuka jalan dan pintu rezeki, jaminan itu belum tentu selamanya. Jadi saya percaya apa yang tertulis membuka 1001 rahsia dan hikmah. Namun sesungguhnya, Allah sebaik baik perancang.
“Suara yang saya ada dan jaja selama ini biarpun tidak kepada fokus utama menjadi penyanyi atau pelakon, tapi digunakan untuk mengacara dan berceloteh. Tetap ada kaitan, dekat dengan diri atau timbal balik. Tertutup pinturezeki itu, pasti ada punca lain yang akan dibuka-Nya.
“Malah menjadi artis dan wanita sendiri juga mengajar saya betapa pentingnya menjaga penampilan dan keyakinan. Suka melawa dan bersolek itu perkara biasa.
“Itu juga antara sebab mengapa saya memilih dunia perniagaan kecantikan menerusi Nana Mahazan Beauty sejak 2018,” katanya.
Nana menambah, perniagaan yang diceburi atas dasar minat itu seterusnya mendorong dirinya untuk sama-sama membantu orang lain.
“Selepas memahami dunia niaga ini, ia sebenarnya menjadi perantara atau kenderaan untuk membantu ramai orang. Seterusnya, insya-Allah untuk mendapat reda dan keberkatan-Nya.
“Kini seiring penambahan usia dan penambahan ilmu niaga, hala tuju saya sebagai usahawan juga berubah dimensi. Dengan produk dikeluarkan, kita bermula dengan mahu menolong orang lain menjaga kecantikan dengan harga ‘best’ dan berpatutan.
“Seterusnya saya mula fikir bagaimana pula nak ajak pengguna produk menjadi sebahagian daripada syarikatdan menjana pendapatan sampingan sebagai ejen serta stokis. Tambah pula di era pandemik COVID-19, ramai antara kita yang bergelut,” katanya.
Terlebih dulu menjual alat solekan sebelum menghasilkan rangkaian produk penjagaan kulit, Nana yang kini sopan berhijab pada masa sama mahu memperkasa golongan wanita khususnya.
“Saya sendiri tahu bagaimana diselubungi perasaan sedih kerana tiada keyakinan diri. Saya boleh faham fasal pergelutan mereka yang diburu keresahan sebab kulit wajah teruk.
“Ironinya saya melalui fasa itu pada tahun 2017. Saya alami masalah kulit ‘breakout’ atau timbul jerawat dan bintik merah kerana pori tersumbat dek pelbagai masalah melanda.
“Suami sendiri menjadi saksi paling dekat melihat saya dalam keadaan paling dahysat itu. Masa itu, saya akan tengok cermin sambil menangis setiap hari. Suami juga yang selalu suntik semangat tanpa gagal untuk saya cuba tips atau produk itu ini.
“Dialah penyokong setia menerima kelebihan dan kekurangan diri. Dia juga tulang belakang di sebalik kejayaan saya. Kalau ada pepatah di sebalik kejayaan lelaki ada wanita di belakangnya. Tapi kes saya, jadi sebaliknya,” katanya lagi.
Kata Nana lagi, setahun lebih juga dia bangkit daripada fasa ‘breakout’ itu dengan mencuba pelbagai jenis produk kulit.
Malah selepas ramai melihat perubahan wajahnya, Nana terlintas memasarkan rangkaian jenama produk penjagaan kulit sendiri sejak dua tahun lalu.
“Akhirnya saya bertemu dengan produk yang serasi dengan kulit wajah. Itupun selepas mencuba pelbagai produk. Selepas bertemu yang serasi, saya tidak lagi culas soal menjaga muka. Masalahnya produk itu harganya sangat mahal.
“Situasi itu (harga produk mahal) menjadi titik tolak untuk saya cuba hasilkan produk seumpama dengan harga berpatutan. Saya memilih buah kiwi yang dianggap sebagai ‘superfood’ dengan banyak khasiat dan nutrisi. Ia mempunyai sumber vitamin C lebih bagus berbanding oren.
“Ia jugabagus untuk merawat kulit muka. Tambahan pula ia menjadi buah kegemaran saya dan keluarga. Rangkaian produk ini mempunyai sijil halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),lulus Kementerian Kesihatan (KKM) dan harga ‘rakyat’,” katanya.
Hos kelahiran Johor ini juga bagaimanapun sedar, perjuangan sebagai usahawan takkan pernah terhenti.
“Setiap hari akan jadi ruang belajar dan terus memperbaiki diri. Saya mahu terus menginspirasi dan membantu golongan wanita khususnya seramai mungkin. Ia sama ada membina keyakinan diri dengan menggunakan produk atau menjana pendapatan. Boleh ketahuinya lanjut dari media sosial saya.
“Saya mahu mewujudkan lebih ramai pemimpin dan wanita berdikari. Begitu juga keinginan mengubah mereka yang sentiasa rasa rendah diri. Saya nak tanam dalam diri mereka ini semangat atau jati diri yang kuat.
“Kalau mereka tak pandai menjaga diri sendiri, bagaimananak menyelia atau memimpin orang lain. Kesedaran perlu ada dalam diri. Insya-Allah lagi dua tahun dan jangka masa panjang, saya mahu Nana Mahazan Beauty tembus pasaran Asia Tenggara,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Ruhainies ingin tampil memohon maaf kepada isteri kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Bella Astillah susulan kemelut yang berlaku membabitkan mereka.
Menerusi hantaran terkini yang...