Selalu juga MH lihat penyanyi dan pelakon, Izzue Islam memuat naik gambarnya bersama isterinya, Nurinafilah Waharudin atau Awin di laman Instagram miliknya.

Pada MH mungkin itu kelihatan biasa, mereka pun pasangan suami isteri kan? tapi lain pula pendapat netizen.

Seperti biasa, ramai juga yang mengecam tindakan pasangan suami isteri ini dan ada yang melabelkannya sengaja menunjuk-nunjuk!

Sering Kongsi Kebahagian Di Media Sosial, Izzue Islam Rasa Ia Tidak Keterlaluan

IKLAN

Tidak mahu lebih ramai salah sangka, Izzu tampil memberikan penjelasan. Katanya perkongsian tersebut hanyalah ingin berkongsi sebahagian perjalanan hidupnya bersama isteri.

“Foto yang kami kongsi di Instagram hanyalah gambar biasa bersama isteri, tak bermaksud nak menunjuk-nunjuk kebahagiaan atau nak tarik perhatian orang.

“Awin sebahagian hidup saya dan kami melalui detik bahagia. Lagi pula, foto yang kami kongsi tak keterlaluan dan hanya momen sebagai suami dan isteri.

“Kalau kongsi gambar biasa-biasa kena kecam, gambar mesra sikit pun kena juga. Mujurlah isteri sudah biasa dengan situasi begini dan dia okay sahaja.

“Apa-apa pun, saya minta maaf pada mereka yang tersinggung dengan posting begitu kerana saya faham tak semua orang suka kita. Bagaimanapun, saya nak ucapkan terima kasih kepada yang terus menyokong,”katanya kepada Mstar Online.

Dalam pada itu, dia juga turut memohon maaf mengenai fotonya bersama isteri di atas katil yang mendapat banyak kecaman netizen sebelum ini.

IKLAN

Sering Kongsi Kebahagian Di Media Sosial, Izzue Islam Rasa Ia Tidak Keterlaluan

“Saya tidak mampu nak memuaskan hati semua pihak, harap netizen tidak membuat andaian keterlaluan dengan tindakan saya ini,” katanya.

Bagi MH, biasalah pasangan tengah berbahagia kan? Mestilah nak abadikan momen terindah di media sosial, cuma… bila dah jadi ‘public figure’ semua benda yang dibuat jadi bahan tontonan orang ramai.

IKLAN

Sering Kongsi Kebahagian Di Media Sosial, Izzue Islam Rasa Ia Tidak Keterlaluan

Harapnya Izzue belajar dari kesilapan dan mungkin boleh buat satu lagi IG peribadi khas untuk kawan-kawan?

Sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI