Sering Dikecam, Baby Shima Terus Optimis Melangkah – “Selagi Namanya Baby Shima, Pasti Ada Saja Yang Tak Kena.”

Tak kira apa yang dilakukan penyanyi Baby Shima pasti ada suara-suara nakal yang mengkritik setiap perlakuannya itu, meski bukanlah semua.

Namun berbekalkan 12 tahun pengalaman dalam industri, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 30, berkata dia sudah lali dengan pelbagai kecaman diterima walaupun mengakui pernah berasa ‘down’ suatu ketika dulu.

“Apa sahaja yang saya buat orang tetap kecam. Selagi namanya Baby Shima pasti ada sahaja yang tidak kena.

“Macam baru-baru ini isu derma, mereka kata saya buat gimik…padahal tidak. Buat benda baik pun orang kecam.

“Dulu-dulu kena kecam saya pernah rasa down tapi bila saya fikir balik, masa kita susah orang lain ada bantu ke?

IKLAN

“Jadi saya rasa tak mengapalah kalau mereka nak cakap apa-apa pun. Saya dah tak kisah, kita buat apa pun orang tetap tidak suka,” katanya kepada Media Hiburan.

Penyanyi lagu Roadblock Hatiku itu berkata dia kini mengambil pendekatan untuk terus melangkah tanpa memikirkan pandangan buruk orang terhadap dirinya.

“Saya tahu ramai yang benci saya, tak mengapalah, Alhamdulillah rezeki saya tetap ada.

“Selama belasan tahun saya dalam industri ini… susah sebenarnya. Susah senang hanya kita yang tahu sendiri, asalkan saya tak kacau orang dah cukup,” katanya lagi.

IKLAN

Shima sebelum ini pernah dicemuh netizen gara-gara isu bergaya seksi, bertatu serta didakwa mempersenda orang kurang upaya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Baby Shima