Pelakon Norman Hakim memberikan ucapan istimewa buat anaknya, Marissa Dania Hakim bersempena dengan ulang tahun kelahiran gadis itu yang ke-15.
Mengimbau memori, Norman mendedahkan dia menyambut sendiri kelahiran anaknya itu ketika berada di dalam kereta.
“Hari ni 15 tahun lepas, mama Abby Abadi bertarung nyawa dalam kereta untuk lahirkan anak ini dan Allah SWT pilih papa untuk sambut kelahirannya dalam kereta (sorry bok terpaksa crop pic sbb tak berhijab time ni…banjer telinga ckit jek).
“Soalannya, siapakah anak itu? Boleh tolong tag dia tak dan bagitau yang kitaorang sayang… sayang…sayang sangat kat dia dunia akhirat.
”Dan mohon sama-sama doakan segala yang terbaik buat dia sempena ulang tahun kelahirannya hari ni,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Serentak dengan perkongsian tersebut, para peminat serta rakan selebriti turut memberikan dedikasi istimewa buat Marissa.
Mengimbas memori, dalam kejadian yang berlaku pada 3 Julai 2005 lalu itu, bekas isteri Norman, Abby Abadi yang sarat mengandungkan Marissa ketika itu tidak sempat tiba di hospital untuk bersalin anak kedua mereka.
Lalu, Norman yang memandu ketika itu terpaksa memberhentikan keretanya tak jauh dari rumah mereka bagi menyambut kelahiran Marissa.
Marissa ialah anak kedua kepada Norman dan Abby dan pasangan tersebut kemudiannya mengambil keputusan untuk berpisah pada 2008 selepas lebih enam tahun bersama.
Hasil perkahwinan, Norman dan Abby dikurniakan dua cahaya mata lain iaitu Mohamed Danish Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Sementara Norman yang kini hidup bahagia harmoni bersama pelakon, Memey Suhaiza turut dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Satu perkongsian foto oleh personaliti media sosial yang kini bergelar pelakon, Nur Amira Maslan atau lebih dikenali sebagai Kak Girl mencuri perhatian ramai.
Ini kerana, ‘instafamous’ berusia 32 tahun itu ada berkongsi foto bersama seorang lelaki yang dikhabarkan sebagai kekasih hatinya, baru-baru ini di Instagram.
Tampil mengenakan persalinan sedondon dalam rona putih, ruangan komen pada entri berkenaan turut dihujani dengan usikan peminat dan rakan artis.
Malah ada di antara komen yang turut mendapar respon tuan punya pemilik akaun.
“Alhamdulillah. i finally found you after so many years. you’re actually just in front of me all this while,” tulisnya sambil disusuli dengan emoji berbentuk hati bersama tanda pagar,#mycrushwheniwas14.
Malah menerusi entri lainnya pula, mereka dilihat turut melakukan video bersama dengan melakukan parodi nyanyian ‘miming’ lagu Hindustan yang cukup sinonim dengan Kak Girl sebelum ini.
Penyanyi dan rapper sensasi, Nicki Minaj mengejutkan ramai pihak apabila berkongsi berita gembira mengenai kehamilan pertamanya, pada Isnin.
Memuat naik beberapa keping foto terkininya yang secara jelas menampakkan ‘baby bump’, bintang seksi ini turut memberikan bayangan serupa menerusi ruangan kapsyen di Instagram.
Pelakon Adam Lee mengakui dia perlu bersikap tegas ketika melatih isterinya, aktres Sweet Qismina, sepanjang proses penurunan berat badan yang dilakukan secara konsisten tanpa menggunakan jalan pintas.