Personaliti televisyen, Hawa Rizwana Rizwan mendedahkan ada menerima komen melampau daripada seorang individu di ruangan ‘direct message’ (DM) Instagram.
Bagaimanapun, Hawa dilihat tenang dan tidak mengambil hati terhadap komen individu berkenaan.
Sebaliknya, dia sempat berseloroh dengan rakan pengacara, Fedtri Yahya mencadangkan rasa marah tersebut patut ditukarkan dalam bentuk puisi.
Calon juara Hero Remaja 2020, Jabir Meftah menolak andaian apabila dia dikatakan lebih menyerlah berbanding finalis lain dalam pertandingan realiti itu.
Sebaliknya, pemuda berusia 20 tahun ini percaya rezeki dan empat finalis lain masing-masing mempunyai kelebihan dalam menonjolkan diri.
“Semua orang akan ada waktunya. Saya percaya kepada rezeki dan ia tidak pernah akan salah alamat.
“Mungkin pada peringkat ini, ada yang lihat saya lebih menyerlah. Akan tetapi siapa tahu akan ada rezeki lainnya juga.
“Dia sudah tetapkan rezeki masing-masing. Jadi siapa kita untuk persoalkannya,” jelasnya kepada MH.
Ditanya mengenai desas-desus yang membayangkan dirinya berpotensi besar untuk menggalas status Hero Remaja edisi terbaru, pemilik nama lengkap Jabir Jilani Meftah ini ada jawapan sendiri.
“Saya rasa andaian tersebut tidak benar, sebab sebelum ini saya pernah dikecam. Jadi saya rasa tidak ramai yang sokong saya.
“Apa pun, saya cuba usaha keras dan buat yang terbaik. Apa pun, persainganya cukup sengit dan saya pasti masing-masing idamkan yang terbaik.
“Saingan paling dekat sudah tentunya datang dari diri-sendiri. Sebab kalau kita fokuskan orang lain, ia tidak akan ke mana.
“Jadi lebih baik untuk saya cari kelemahan diri dan cuba perbaiki,” katanya lagi.
Terdahulu, Jabir ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri terbaru terbitan Zeel Productions yang bakal bersiaran di RTM, Juliet arahan Datuk Tarmimi Siregar.
Akan menemui penonton September depan, Juliet yang turut dibarisi pelakon hebat seperti Redza Rosli, Rozita Che Wan, Azza Elite, Rita Nadira dan ramai lagi itu merupakan aksi lakonan pertama Jabir.
Mengharapkan percubaan pertamanya ini mendapat reaksi positif penonton kelak, Jabir bagaimanapun akui gementar apabila menerima tawaran berkenaan.
“Jujurnya saya banyak belajar benda baru di set ini. Saya bertuah kepada pelakon senior yang terlibat sama dalam Juliet pun tidak lokek untuk mengajar dan kongsi ilmu.
“Memang berdebar dan gementar juga. Akan tetapi situasi set yang harmoni bersama krew produksi yang okay membuatkan diri kian selesa, alhamdulillah.
“Saya pegang watak Noah. Dia seorang yang ‘cool’ dan romantik. Berbeza dengan sikap saya secara realitinya.
“Jadi sebagai orang baru yang belum ada pengalaman, ia boleh dikatakan mencabar jugalah.
“Tamat sahaja Hero Remaja, saya rancang untuk terus berikan komitmen terhadap lakonan.
“Pada masa sama, saya juga mahu menjadi ‘jambatan’ kepada orang muda untuk bersuara. Sebab bagi saya, ramai orang muda yang hebat di luar sana cuma tidak diberi peluang.
“Bersuara itu bukanlah dalam konteks yang merepek-repek, tetapi dari segi idea atau apa perancangan mereka untuk majukan diri,” katanya yang turut menguruskan pertubuhan bukan kerajaan, Youth Care Malaysia.
Antara Jabir, Meerqeen, Haziq, Nadhir dan Umar, siapakah yang akan menjadi Hero Remaja yang terbaru?
Jangan ketinggalan untuk menonton Hero Remaja 2020 Akhir yang bersiaran secara langsung esok, jam 9.00 malam secara ekskusif di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.
Malah, menerusi Instagram, para peminat tidak putus-putus memuji bintang Bencinta ini.
Pada masa sama, Nora turut memuat naik foto sekitar program berlangsung, termasuk gambar kenangan bersama panel jemputan dan video TikTok bersama penyanyi terkenal, Datuk Seri Nurhaliza.
Penyanyi, Daiyan Trisha meluahkan rasa kecewa selepas niatnya untuk berinteraksi bersama peminat sempena single terbarunya disalah erti sesetengah pihak.
Ia susulan selepas Daiyan meminta peminatnya di laman Twitter untuk menggunakan kreativiti mereka menyunting gambar yang difahamkan bakal menjadi poster single tersebut.
can y'all turn this into an ala-ala parasite poster but with on my way as the title pic.twitter.com/vXoj4igm4d
“Can y’all turn this into an ala-ala parasite poster but with on my way as the title,” tulisnya.
Tindakkan tersebut nyata menimbulkan rasa kurang dihati sesetengah pihak yang menganggap Daiyan seolah-olah tidak menghormati kerjaya seorang pereka grafik.
Melihat komen tersebut, ini respon balas yang diberikan oleh Daiyan terhadap tuduhan berkenaan.
“i HAVE a design, this is the ARTWORK that’s PAID for, for my song.
“YALL. REALLY? i ALWAYS pay my creatives, this is a painful accusation.
“I just wanted to ENGAGE with my followers.
“Please la, too much la korang ni sometimes,” jawabnya.
Malah, Daiyan turut memuat naik poster terbaru lagunya itu yang telah pun siap disunting.
Melihat di rungan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen berhubung isu berkenaan.
Terdahulu, Daiyan dikatakan bakal melancarkan single terbarunya, On May Way dalam masa terdekat.
Sumber: Daiyan Trisha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.