Kemunculannya di kaca televisyen lebih dua tahun lalu mungkin tidak terlalu menonjol dan vokalis kumpulan Azlan & The Typewritter ini punya sebab tersendiri.
Menurut Azlan atau nama sebenarnya, Nor Azlan Rosle ini, tindakannya untuk berehat seketika adalah bagi muhasabah diri selain membuat kajian mengenai genre lagu yang disukai pendengar masa kini.
“Beberapa tahun lepas saya rasa saya perlukan rehat dan mahu memberi laluan kepada penyanyi baru yang datang dalam industri hiburan, kerana bilangan mereka terlalu ramai.
“Saya bukan merajuk, tetapi saya berusaha untuk mencari ilham demi mendapatkan lagu terbaik untuk pendengar,” katanya.
Bintang ini ditemui MH ketika majlis Santai Bersama Media selain melancarkan single baru di Damansara Perdana, pada Selasa.
Selain itu, penyanyi berusia 38 tahun ini juga menyifatkan senario muzik kini mulai berubah.
“Zaman sudah berubah, semuanya berbentuk digital. Ketika zaman kegemilangan saya hanya ada myspace.
“Zaman sekarang ini pelbagai platform seperti Facebook, Twitter dan Instagram,” akurnya.
Malah, Azlan melihat dari segi perspektif bahawa perkembangan dalam industri muzik tempatan semakin berkembang maju.
“Saya melihat perkembangan industri hiburan muzik tempatan sangat laju dan saya harus akur dengan perubahan itu.
“Sekarang ada pelbagai platform digital yang muncul dan mendapat perhatian masyarakat,” jelasnya panjang lebar.
Dalam perkembangan lain, Azlan kini muncul dengan single terbaru, Jangan Khianati Aku, yang turut menjadi runut bunyi untuk drama Pesan Pada Hati yang disiarkan di TV3, baru-baru ini.
“Kini dengan semangat dan kerjasama pasukan pengurusan baru, Indigital Music, saya muncul pertaruhkan lagu solo hasil ciptaan sendiri.
“Malah, saya bersyukur lagu ini memberi impak baik dalam usaha kembalikan sinar semula kerjaya nyanyian apabila ia kian mendapat perhatian pendengar,” katanya optimis.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas memaklumkan berita gembira mengenai kandungannya yang kini sudah pun mencecah usia enam bulan, Izara Aisyah sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila berkongsi video pendek di Instagram.
Mengenakan gaun labuh rona hitam, pelakon Ombak Rindu The Series itu dilihat mengusap-ngusap perut hamilnya.
“#itstrue #6months,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Terdahulu memetik Harian Metro, bintang yang dijangka bakal melahirkan anak sulung April depan itu merakamkan rasa syukur apabila doanya untuk mendapatkan zuriat dimakbulkanNya.
“Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya dan suami. Pastinya berita sebegini ditunggu oleh setiap pasangan yang berkahwin.
“Cuma, sebelum ini saya dan suami memang merancang. Kalau boleh pada awal perkahwinan kami ingin menikmati momen berdua dulu.
“Apabila disahkan mengandung, tentu saja ia sesuatu yang menggembirakan. Tapi, saya simpan dulu sebab masih terlalu awal nak berkongsi.
“Apa saja boleh terjadi ketika itu. Jadi sekarang ini waktu sesuai untuk berkongsi. Doakan semoga segalanya dipermudahkan,” katanya seperti yang dipetik.
Izara dan suaminya, Adib Khalid mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017. Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton hampir 600,000 kali.
Kecoh di media sosial apabila ramai yang bercakap mengenai teman baru usahawan sensasi, Nursajat.
Tidak hanya foto serta video keakraban keduanya yang diperkatakan, malah secara tak langsung ramai yang cuba mencari siapakah gerangan lelaki kacak terbabit.
Dikenali sebagai Jad Issa sebagaimana akaun yang ‘ditagged’ Sajat di Instagram, lelaki berkenaan difahamkan pernah bergelar finalis Mr.Lebanon 2019 dan dalam pertandingan tersebut, dia telah memenangi kategori Mr.Photogenic.
Malah momen tersebut turut di muat naik menerusi Instagram rasmi pertandingan itu.
Sementara itu, Mohamed Sandakli telah dimahkotakan sebagai Mr.Lebanon terbaru dalam majlis gala yang dilangsungkan penuh meriah di Hotel Riviera, Beirut oleh bintang sensasi, Haifa Wehbe.
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.