Menerusi perkongsian video di laman Instagram Datuk Seri Vida, usahawan dan penyanyi ini menyatakan dia sedang menikmati makan malam bersama anaknya, Cik B.
Turut sama dalam sesi berkenaan ialah pengarah terkenal, Micheal Ang.
Dalam perbualan tersebut Vida meminta pandangan anaknya Cik B jika dia sesuai dengan pengarah tersebut.
“Tengok kita dengan siapa. kita datang di set shooting Pengarah tervazz masa kini. kekanda @michaelang38 . agak2 apa saya buat kat sini? cer teka
Ads
“siapa nak tengok saya berjodoh dengan michael? awal awal CikB dah warning 😅 #dramachandelier #quputehisback,” tulisnya.
Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020) yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 12 April ini telah menggugurkan tiga kategori iaitu Program Radio Meletop, Penyampai Radio Meletop dan Artis Lawak Meletop.
Ketua Strategi Kandungan Hiburan Astro Raqim Ahmad berkata, pengguguran tiga kategori tersebut adalah untuk memberi laluan kepada tiga kategori baru yang diwujudkan iaitu Artis Versatil Meletop, Influencer Meletop dan Top Top Meletop (berkumpulan/duo).
Sementara itu, Nabil Ahmad selaku hos program tersebut ada pendapatnya tersendiri apabila kategori Artis Lawak Meletop digugurkan.
Jelasnya, bakat-bakat pelawak kini semakin menyerlah kerana mereka tidak hanya tertumpu pada bidang melawak, sebaliknya mereka telah menunjukkan bakat dalam bidang lain.
“Bagi saya, mereka (pihak produksi) yang telah menggantikan Kategori Artis Lawak Meletop kepada Kategori Artis Versatil Meletop itu masuk akal juga kerana kita dapat lihat sekarang ini kebanyakan pelawak sudah menceburi pelbagai bidang seperti menyanyi, mengacara, penyampai radio dan pelakon.
“Mereka sudah ada dalam kategori tersebut. Tambahan pula, sekarang ini dah tahun 2020,” kata Nabil.
Hos Gegar Vaganza ini ditemui pada sidang media Anugerah Meletop Era 2020 di Petaling Jaya pada Rabu.
Dalam masa sama, Nabil menganggap bahawa pelawak kini lebih versatil dalam pelbagai cabang seni.
“Mungkin akan ada percanggahan apabila ada dua kategori iaitu Artis Lawak Meletop dan Kategori Artis Versatil Meletop, kerana kita sudah nampak bakat-bakat pelawak ini kebanyakkannya sudah mula berkembang.
“Mungkin AME nak selesaikan masalah ini dan letak dalam satu kategori sahaja iaitu Artis Versatil Meletop,” jelas Nabil.
Bertemakan Yang Epik,Yang Legend, AME 2020 masih menampilkan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara.
Selain tiga kategori baru, kategori lain adalah Lagu Meletop Era, Penyanyi Meletop Era, Grup/Duo Meletop Era, Filem Meletop, Bintang Filem Meletop, Drama Meletop, Program Meletop, Pelakon Meletop, Hos Meletop, Artis Baharu Meletop, Couple Meletop, Fesyen Meletop dan Si Cilik Meletop.
‘Malang tidak berbau’. Mungkin itu situasi yang boleh digambarkan terhadap pelakon, Azad Jazmin apabila dia ditahan pihak berkuasa gara-gara tidak mematuhi peraturan jalan raya.
Merakam video di tempat kejadian bersama anaknya, pelakon ini reda akan kejadian yang menimpanya pagi tadi.
“Hari ini jadi pengajaran buat saya kerana tidak mengikut peraturan jalan raya. Saya kena tahan polis trafik dan JPJ.
“Kepada anda semua, kalau memandu, jangan lupa bawa lesen. Tak kiralah anda artis ke apa. Padan muka hang, Azad!
“Mereka (Polis dan JPJ) tak hairan walaupun saya ini artis, saman tetap saman! Saya bagi pujian kepada PDRM dan JPJ.
“Padan muka kita semua yang tak naik ikut peraturan,” katanya menerusi video yang dirakam.
Pelakon dan pengacara Yatt Hamzah berkongsi momen cemas sebelum melahirkan anak keempat pada 30 Disember lalu.
Kongsinya, beberapa insiden telah menimpa pelakon itu apabila mendapati adanya lendir berdarah mengalir di bahagian kakinya selepas selesai solat Subuh.
“Genap Seminggu, sudah sampai masa utk Bonda share kisah labour Bonda melahirkan #sucino4
“BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Minggu lepas Isnin waktu yg sama skrg kira2 jam 8.15 pagi Bonda telah bersiap2 ke #hospitalpusrawi setelah ada lendir berdarah jatuh atas kaki sejurus Solat Subuh.
“Alhamdulillah Allah rezekikan dpt bertahajud lg pagi tu sblm Subuh.
“Sungguh2 minta pd Allah agar dipermudahkan & dilancarkan proses bersalin sbb masa tu dah start contraction yg agak kuat setiap 7 minit,” kongsinya.
Perasaan gemuruh mulai melanda Yatt atau nama penuhnya Haryati Hamzah kerana mengalami kesakitan luar biasa,tidak seperti melahirkan anak-anaknya sebelum ini.
“Sampai hospital @pusrawiofficial dlm 8.50 pg terus ke Emergency ditemani suami tercinta @zulfadhli_khiruddin
Masa tu Allah je tahu perasaan Bonda walaupn dah anak ke – 4.
“Sakit, nervous, takut (sbb ketiga2 anak semua kena paksa induce sampai contraction luar biasa kuat, sakit mcm nak mati rasanya) dlm masa yg sama rasa happy, lega dan bersyukur sbb akhirnya hari yg ditunggu2 dah tiba.. #babySuci akhirnya dah ready nak keluar setelah overdue 13 hari sejak 18 Dec 2019.
“Mujurlah layanan dr semua staff sangat baik, dari staff di kaunter emergency, nurse dan doktor yg check Bonda, membuatkan hati ni rasa lega dan kurang gementar.
“Dan masa yg dinantikan akhirnya tiba. Doktor check bukaan Bonda dan fuhh ALLAHUAKBAR … (BERSAMBUNG) ..
“Kalau sudi nak tahu sambungan kisah labour Bonda, komen NAK. Nanti Bonda sambung semula detik2 cemas Bonda di Hospital.
“Moga jd manfaat buat semua especially ibu2 hamil, yg tunggu masa nak melahirkan juga bakal2 ibu.. In shaa Allah,”akhirinya.
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.