Setiap penyanyi profesional pasti pasang impian untuk bersaing secara sihat,bertanding di pentas berprestij, Anugerah Juara Lagu (AJL).
Berjaya lolos ke peringkat akhir menerusi lagu hasilan sendiri, Sumpah, penyanyi Aina Abdul mengakui berdebar untuk bertanding di AJL34.
Apatah lagj, ia merupakan pengalaman pertama buat dirinya untuk bersaing di atas pentas berskala besar itu.
“Hampir setiap hari saya merasakan debarannya sebab tahu di mana kedudukan saya berbanding dengan 11 finalis yang lain dan mereka semua ini boleh disifatkan sebagai guru saya.
Ads
“Sehingga ke hari ini, saya masih lagi rasa berdebar dan sebenarnya takut. Jadi sebelum AJL34, saya banyak buat latihan misalnya menonton cara penyanyi senior seperti Dayang Nurfaizah dalam nyanyian,” kongsi Aina kepada MH.
Pada masa sama, bintang yang pernah bergelar protoge kepada Ella menerusi program Mentor ini juga tidak menafikan rasa tercabar dengan kehebatan penyanyi Ernie Zakri.
Kagumi perjalanan serta keupayaan penyanyi itu dalam membuat persembahan secara langsung, Aina akui Ernie juga antara rujukannya.
Ads
“Sudah semestinya saya rasa tercabar dengan Ernie Zakri sebab dia merupakan seorang artis yang hebat.
“Sebelum ini, saya memang lihat nyanyiannya sebagai rujukan dan dia sendiri banyak bagi kata-kata semangat dan tunjuk ajar, saya menghargainya,” luah Aina lagi.
Terdahulu, Aina ditemui MH di sidang media AJL34 yang berlangsung di De Wan 1958, The Linc, Kuala Lumpur, pada Khamis.
Sekadar informasi, Aina bakal mempertandingkan lagu berjudul Sumpah bersama 11 finalis yang lain di pentas akhir AJL34 yang dijangka bersiaran pada 9 Februari depan di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Abby Abadi ada merakamkan momen terindah bersama arwah anak bongsunya, Muhammad Danial Firman Faizal Muhammad Fazial yang telah pun meninggal dunia 30 Disember lalu.
Masih berada di tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah saat menerima perkhabaran tersebut, bintang Gerak Khas itu ada berkongsi rakaman video berserta kapsyen panjang lebar di Instagram.
“Berbahagialah di ‘sana’ sayang. Antara kenangan terindah untuk Mama & Abah di tahun 2019 ini ialah hadirnya Muhammad Danial Firman Faizal b Muhammad Faizal. Mama buat video ni sewaktu di Makkah haritu.
“Selang 2 hari selepas Baby D tinggalkan kami semua, tapi teragak2 nk kongsikan sebab taknak terbawa2 dengan kesedihan yg berpanjangan. Tapi malam ni Mama post juga sebab Mama nk tinggalkan kenangan di sini,” tulis Abby.
Pada masa sama, dia serta suami, Faizal Zakaria turut merindui arwah anak, selain akui masa terdetik rasa sayu dalam hati meski sudah pun reda.
“Mama Abah rindu dia, Muhammad Danial Firman Faizal. Masih sayu rasa hati walaupun sudah redha. Tapi masih terbayang2 wajah Baby D. Buka mata mcm dalam video ni pandang Mama, dengar Mama membebel, mengaji, pegang tangan Mama, tangan Abah. Alahai, comelnya wajahmu anakku.
“Lahir 23minggu (27/9/2019) dalam keadaan dalaman yg belum bersedia, memang Mama & Abah kena terima hakikat kalau apa2 terjadi kata Dr. Memang dari awal kelahiran pun, Baby D bergantung pada bantuan mesin.
“Para Doc di NICU tak bagi apa2 harapan…50/50 kata mereka, Baby D pun beberapa kali kritikal tapi Mama Abah tetap tak berputus asa. Berulang alik ke hospital setiap hari, hantar susu, hantar pampers, belai2 Baby D sambil berangan2 dah nk bawak Baby D balik dah dalam masa terdekat ni.
“Walaupun Mama Abah sudah bersedia dari awal kelahiran Baby Danial dgn apa saja kemungkinan, tapi dalam masa yg sama Mama Abah sentiasa mengharapkan keajaiban dari ALLAH & doa dari semua utk mengubah takdir anak comel Mama ni. Tapi apakah daya, kita merancang dengan cita-cita, tp ALLAH merancang dengan cintaNya.
“Dengan pendarahan di kepala, pendarahan di paru2, jangkitan kuman, komplikasi pada hati. Ya ALLAH.. gundahnya hati kami saban hari hanya ALLAH yang tahu. Dan akhirnya, ALLAH ambil dia utk bermain2 di Taman SyurgaNya.
“Damailah di sana sayang. Mama Abah redha dengan ketentuan ALLAH. Apa yg ALLAH takdirkan… itulah yg terbaik utk kita. Mama Abah yakin dgn janjiNYA. Anak Mama di tempat yg paling baik skrg ni. Dah tiada siapa nak cucuk2, ambil darah, ikat2 tangan dia lagi k.
“Anak Mama berseronoklah di sisiNYA sehingga kita sekeluarga disatukan semula suatu hari nanti, inshaALLAH. Sayang Sangat Baby D Mama LillahiTaala,” jelas Abby sambil memberika kredit.
Menurut laporan CNN, anak bintang NBA, Kobe Bryant, Gianna Bryant turut dilaporkan terkorban dalam nahas helikopter terhempas di Calabasas, Calif, pada pagi Ahad.
Laporan awal menyatakan pilot dan kesemua penumpang maut terhempas disebabkan kabus tebal di atas bukit Calabasas.
Sewaktu insiden, Gianna dan Bryant dalam perjalanan menuju ke akademi latihan untuk melatih pasukan bola keranjang anaknya.
Bagaimanapun, isterinya Vanessa tiada bersama sewaktu kecelakaan berlaku.
Bryant mencatatkan sejarah apabila menjadi pemain termuda NBA pada tahun 1996 sewaktu berusia 17 tahun. Dia memenangi dua pingat emas untuk Sukan Olimpik 2008 dan 2012 untuk acara Bola Keranjang Lelaki.
Bryant dilahirkan pada 23 Ogos 1978 di Philadelphia, Pennsylvania. Nama Kobe diberikan selepas ibu bapanya melihat beberap jenis stik di menu restoran. Daging Kobe merupakan nama daripada spesis anak lembu, Wagyu.
Susulan dengan itu, rakan selebriti di Hollywood turut memberikan dedikasi terahir dan rata-rata terkejut atas berita kematian tragis ini.
Pelakon, Ruhainies mengakui turut menerima kecaman daripada netizen yang memberi kritikan secara melampau mengenai kemesraan kakaknya, Risteena bersama tunang, pelakon Isa Khan.
Menurut bintang berusia 28 tahun ini, perkara ini kerap terjadi kepada dirinya terutama sekali di laman media sosial.
“Secara tak langsung memang saya akan terkena kecaman itu juga sebab kami adik-beradik tambahan pula hubungan kami berdua sangat rapat,” jelasnya kepada MH.
Bagaimanapun, Ruhainies menjelaskan dia tidak menghiraukan segala kritikan terhadap kakaknya kerana memahami, serta memberi ruang buat si kakak untuk merasai kebahagiaan dalam percintaan.
“Kalau nak ikutkan tahun ini merupakan tahun ketujuh Risteena terlibat dalam industri hiburan dan baru tahun ni dia dedahkan kekasih kepada umum.
“Jadi apa salahnya untuk dia berkongsi sebab dia pun nak hidup macam orang lain.
“Bila jadi perkara hal seperti ini saya sebagai adik sentiasa memberi sokongan kepadanya.
“Sebab bagi saya, tak kisah pun dia nak kongsi pasal pasangan, macam orang lain selalu buat sebab kami artis pun kami tetap manusia dan kami berdua pun nak juga merasai kebahagiaan,” katanya jujur.
Sekadar informasi, Ruhainies ditemui oleh media di malam tayangan perdana filem M4M4 yang berlansung di MM Ciniplexes E-Curve Damansara, pada Khamis.
Dalam perkembangan lain, bintang ini kini sibuk di lokasi penggambaran filem, Seandainya Kau Ada, di samping Raysha Rizrose.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.