“Lahir 23 Minggu Dalam Keadaan Dalaman Belum Bersedia,” – Abby Abadi Cerita Kenangan Indah Sama Baby D Sebelum Pergi Selamanya

Pelakon Abby Abadi ada merakamkan momen terindah bersama arwah anak bongsunya, Muhammad Danial Firman Faizal Muhammad Fazial yang telah pun meninggal dunia 30 Disember lalu.

Masih berada di tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah saat menerima perkhabaran tersebut, bintang Gerak Khas itu ada berkongsi rakaman video berserta kapsyen panjang lebar di Instagram.

“Berbahagialah di ‘sana’ sayang. Antara kenangan terindah untuk Mama & Abah di tahun 2019 ini ialah hadirnya Muhammad Danial Firman Faizal b Muhammad Faizal. Mama buat video ni sewaktu di Makkah haritu.

“Selang 2 hari selepas Baby D tinggalkan kami semua, tapi teragak2 nk kongsikan sebab taknak terbawa2 dengan kesedihan yg berpanjangan. Tapi malam ni Mama post juga sebab Mama nk tinggalkan kenangan di sini,” tulis Abby.

Pada masa sama, dia serta suami, Faizal Zakaria turut merindui arwah anak, selain akui masa terdetik rasa sayu dalam hati meski sudah pun reda.

IKLAN

“Mama Abah rindu dia, Muhammad Danial Firman Faizal. Masih sayu rasa hati walaupun sudah redha. Tapi masih terbayang2 wajah Baby D. Buka mata mcm dalam video ni pandang Mama, dengar Mama membebel, mengaji, pegang tangan Mama, tangan Abah. Alahai, comelnya wajahmu anakku.

“Lahir 23minggu (27/9/2019) dalam keadaan dalaman yg belum bersedia, memang Mama & Abah kena terima hakikat kalau apa2 terjadi kata Dr. Memang dari awal kelahiran pun, Baby D bergantung pada bantuan mesin.

“Para Doc di NICU tak bagi apa2 harapan…50/50 kata mereka, Baby D pun beberapa kali kritikal tapi Mama Abah tetap tak berputus asa. Berulang alik ke hospital setiap hari, hantar susu, hantar pampers, belai2 Baby D sambil berangan2 dah nk bawak Baby D balik dah dalam masa terdekat ni.

“Walaupun Mama Abah sudah bersedia dari awal kelahiran Baby Danial dgn apa saja kemungkinan, tapi dalam masa yg sama Mama Abah sentiasa mengharapkan keajaiban dari ALLAH & doa dari semua utk mengubah takdir anak comel Mama ni. Tapi apakah daya, kita merancang dengan cita-cita, tp ALLAH merancang dengan cintaNya.

“Dengan pendarahan di kepala, pendarahan di paru2, jangkitan kuman, komplikasi pada hati. Ya ALLAH.. gundahnya hati kami saban hari hanya ALLAH yang tahu. Dan akhirnya, ALLAH ambil dia utk bermain2 di Taman SyurgaNya.

“Damailah di sana sayang. Mama Abah redha dengan ketentuan ALLAH. Apa yg ALLAH takdirkan… itulah yg terbaik utk kita. Mama Abah yakin dgn janjiNYA. Anak Mama di tempat yg paling baik skrg ni. Dah tiada siapa nak cucuk2, ambil darah, ikat2 tangan dia lagi k.

IKLAN

“Anak Mama berseronoklah di sisiNYA sehingga kita sekeluarga disatukan semula suatu hari nanti, inshaALLAH. Sayang Sangat Baby D Mama LillahiTaala,” jelas Abby sambil memberika kredit.

View this post on Instagram

. Antara kenangan terindah Untuk Mama & Abah di tahun 2019 ini Ialah hadirnya Muhammad Danial Firman Faizal b Muhammad Faizal ❤️ . Mama buat video ni Sewaktu di Makkah haritu Selang 2 hari selepas Baby D tinggalkan kami semua Tapi teragak2 nk kongsikan Sebab taknak terbawa2 dengan Kesedihan yg berpanjangan . Tapi malam ni Mama post juga Sebab Mama nk tinggalkan Kenangan disini . Mama Abah rindu dia 😢 Muhammad Danial Firman Faizal . Masih sayu rasa hati Walaupun sudah redha Tapi masih terbayang2 wajah Baby D Buka mata mcm dalam video ni pandang Mama, dengar Mama membebel, mengaji, pegang tangan Mama, tangan Abah.. alahai.. comelnya wajahmu anakku 😭 . Lahir 23minggu (27/9/2019) dalam keadaan dalaman yg belum bersedia, memang Mama & Abah kena terima hakikat kalau apa2 terjadi kata Dr. Memang dari awal kelahiranpun, Baby D bergantung pada bantuan mesin. Para Doc di NICU tak bagi apa2 harapan.. 50/50 kata mereka… Baby D pun beberapa kali kritikal.. tp Mama Abah tetap tak berputus asa. Berulang alik ke hospital setiap hari, hantar susu, hantar pampers, belai2 Baby D sambil berangan2 dah nk bawak Baby D balik dah dalam masa terdekat ni.. 😭 . Walaupun Mama Abah sudah bersedia dari awal kelahiran Baby Danial dgn apa saja kemungkinan, tapi dalam masa yg sama Mama Abah sentiasa mengharapkan keajaiban dari ALLAH & doa dari semua utk mengubah takdir anak comel Mama ni. Tapi apakah daya, kita merancang dengan cita-cita, tp ALLAH merancang dengan cintaNYA . Dengan pendarahan di kepala, pendarahan di paru2, jangkitan kuman, komplikasi pada hati.. ya ALLAH.. gundahnya hati kami saban hari hanya ALLAH yang tahu. Dan akhirnya, ALLAH ambil dia utk bermain2 di Taman SyurgaNYA . Damailah di sana sayang. Mama Abah redha dengan ketentuan ALLAH. Apa yg ALLAH takdirkan… itulah yg terbaik utk kita. Mama Abah yakin dgn janjiNYA. Anak Mama di tempat yg paling baik skrg ni. Dah tiada siapa nak cucuk2, ambil darah, ikat2 tangan dia lagi k. Anak Mama berseronoklah di sisiNYA sehingga kita sekeluarga disatukan semula suatu hari nanti, inshaALLAH. Sayang Sangat Baby D Mama LillahiTaala 😘 . Mama 30/12/2019 . Ps; Terima Kasih @pakarbatu utk batu nesan arwah Baby D 😘

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Video yang sudah pun ditonton lebih 200,000 kali ini mendapat ribuan komen yang pelbagai dari netizen.

Foto: Instagram Abby Abadi