Pelakon, Ruhainies mengakui turut menerima kecaman daripada netizen yang memberi kritikan secara melampau mengenai kemesraan kakaknya, Risteena bersama tunang, pelakon Isa Khan.
Menurut bintang berusia 28 tahun ini, perkara ini kerap terjadi kepada dirinya terutama sekali di laman media sosial.
“Secara tak langsung memang saya akan terkena kecaman itu juga sebab kami adik-beradik tambahan pula hubungan kami berdua sangat rapat,” jelasnya kepada MH.
Bagaimanapun, Ruhainies menjelaskan dia tidak menghiraukan segala kritikan terhadap kakaknya kerana memahami, serta memberi ruang buat si kakak untuk merasai kebahagiaan dalam percintaan.
Ads
“Kalau nak ikutkan tahun ini merupakan tahun ketujuh Risteena terlibat dalam industri hiburan dan baru tahun ni dia dedahkan kekasih kepada umum.
“Jadi apa salahnya untuk dia berkongsi sebab dia pun nak hidup macam orang lain.
Ads
“Bila jadi perkara hal seperti ini saya sebagai adik sentiasa memberi sokongan kepadanya.
Ads
“Sebab bagi saya, tak kisah pun dia nak kongsi pasal pasangan, macam orang lain selalu buat sebab kami artis pun kami tetap manusia dan kami berdua pun nak juga merasai kebahagiaan,” katanya jujur.
Sekadar informasi, Ruhainies ditemui oleh media di malam tayangan perdana filem M4M4 yang berlansung di MM Ciniplexes E-Curve Damansara, pada Khamis.
Dalam perkembangan lain, bintang ini kini sibuk di lokasi penggambaran filem, Seandainya Kau Ada, di samping Raysha Rizrose.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Drama rantaian Budak Tebing pernah mendapat perhatian meluas daripada penonton, selepas disiarkan di slot Lestari, TV3 Mac lalu.
Salah seorang bintang drama tersebut, Bella Dowanna memaklumkan drama yang berkisahkan tentang persahabatan remaja di ibu kota yang mempunyai pelbagai konflik itu bakal menemui penonton untuk musim kedua.
Bella telah berkongsi khabar gembira tersebut dengan berkongsi beberapa keping foto menerusi akaun Twitter miliknya.
Isu sensasi yang membabitkan usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof yang didakwa menghina golongan B40 dan M40 menjadi perbualan hangat di laman media sosial.
Bagaimanapun, usahawan tersebut menafikan mengenai hal berkenaan selain tidak teragak-agak untuk membawa isu tersebut ke tengah.
Dalam pada itu, pengarah Shahrulezad Mohameddin atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat ada meluahkan pendapat mengenai hal itu di akaun Instagram.
“This is what happened to Vivy. Dia nampak macam tak relate dengan kita. Bukannya dia tak baik. It just apa yg dia buat sangat tak relatable dengan kita. Siti Nurhaliza pun kaya. Dia jugak ada banyak designer bag. Tapi Siti relate dengan kita. Budaya, bahasa, pergaulan sangat kita.
“Tapi tidak untuk Vivy. Dia sebenarnya nampak terasing sangat dengan target market dia sendiri. Buat challenge berbahasa Melayu dalam sehari adalah salah satu sebab dia nampak terasing.
“Abam sendiri pernah meluat dengan challenge yg dia sendiri lancarkan.
“Apa jadah org Melayu dengan bangga lancarkan speak bahasa in one day challenge? So dia nampak terasing dengan kita.
“Bayangkan kalau kita bawak bakal menantu mak kita ke kampung tentu nampak canggung dan org berbisik bisik mencebik. Itulah Vivy di mata sebilangan besar netizen Malaysia,” kongsi Ijat.
Selain itu, pengarah drama bersiri Nur itu meluahkan rasa simpati terhadap nasib usahawan popular itu yang telah menerima kecaman netizen.
“Poor Vivy. She is so wrong in ever part of our life. Jadi serba tak kena dengab setiap apa yg keluar dari mulut dia. Dia jahat? Nope. Abam rasa dia baik orangnya.
“Cuma dia diibaratkan budak bangsar cuba berjinak jinak meletakkan diri di tengah tengah budak Felda. Ni ibaratnya saja yer.
“So semuanya jadi serba tak kena. Vivy mungkin tak akan dipandang seserong ini kalau dia lebih down to earth dan Melayu.
“Tapi nak salahkan dia seratus peratus pun tak boleh jugak sebab tengok sajalah cara dia dibesarkan macam mana. Dulang emas. Spoil brat org Kuala Kangsar kata,” jelasnya lagi.
Di samping itu, Ijat mengharapkan agar netizen memberikan ruang dan peluang kepada Vivy untuk memperbaiki kesilapan dirinya di masa hadapan.
“Ramai org suruh abam sign petition dia letak jawatan sebagai one of Uitm board tapi abam refused to do so.
“Bukan sebab abam menyokong dia. Tapi abam lebih mengharap Vivy diberi peluang untuk mengubah sikap dan membuktikan peluang business yg diciptakan oleh ayah dia tidak dipersia siakan.
“Lagipun pun abam seboleh mungkin tak mahu menjadi segelintir netizen yg mudah menjatuhkan hukuman hanya atas sebab kita netizen so kita berkuasa! Dan kita sewenang sewenangnya melulu menggunakan kuasa kita tanpa sedikit pun ada ruang empati dalam diri.
“Hanya disebabkan terikut ikut dengan trend dan emosi. Tapi itu pendapat abam la. Pendapat korang lantak korang la. I respect that 100%.
“Cuma korang kena hati hati la sebab giliran korang kena kecam belum lagi tiba. Seram tak? Hehehe,” tulisnya panjang lebar.
Foto: Instagram Shahrulezad Mohameddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Shiha Zikir ada memberikan kata-kata semangat menerusi laman Instagramnya beberapa hari lalu yang berkait dengan melawan rasa putus asa yang ada dalam diri.
Mulai terjun ke dunia seni sejurus menyertai program Mentor sekitar tahun 2011 lalu kerjaya seni bintang ini diakui ada pasang surutnya.
Meski namanya tidaklah segah atau terkenal sebagaimana rakan artis lainnya, namun atas dasar minat dia tetap menongkah arus tanpa jemu.
“Saya nak mereka jadikan kisah saya ini sebagai inspirasi dalam apa sahaja bidang yang mereka lalukan. Bukan kerana saya mahu dijadikan contoh sebab saya popular, sebab saya tidak popular. Jadi ikut saya. Sebab apa? Sebab saya masih ada dalam industri tidak pernah rasa putus asa.
“Cuma saya akui memang akan ada rasa sedih kerana atas rasa minat ini, kita sebolehnya mahu setiap apa yang kita lakukan itu orang terima dengan baik. Akan tetapi kalau masih belum ada rezeki, tidak mengapalah,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Shiha yang turut mencipta nama di Indonesia ini juga percaya kepada rezeki.
“Contohnya saya tersingkir dalam saingan Muzikal Lawak Superstar. Siapa yang masuk bertanding tak mahu menang?
“Tapi tiada rezeki tidak mengapa saya masih boleh positif. Saya percaya dengan rezeki masing-masing,” jelas Shiha.
Pada masa sama, Shiha turut berkongsi hampir 10 tahun terlibat dalam seni, dirinya sudah melalui pelbagai dugaan termasuk insiden melibatkan selebriti lain.
“Kalau nak diikutkan tekanan dengan rakan-rakan artis yang ada merendahkan saya depan orang lain, apa tindakan saya? Cuma saya tidak bercerita.
“Ada yang pernah halau saya dari studio, pernah rendahkan saya di hadapan penyanyi lain depan orang ramai dan pernah terima kata-kata ‘kau tak layak dalam industri.
“Mereka yang tengah rasa down sekarang ni, pedulikan kata orang. Menariknya, orang yang pernah bercakap sedemikian pada saya ada yang datang minta tolong diberikan tawaran ‘job’ sekiranya ada,” jelasnya yang turut mengakui sukar untuk mencari sahabat sejati kerana kebanyakannya hanya akan menghimpit individu yang terkenal semata.
Terdahulu, Shiha ditemui pada pertandingan Todak x Bigo Star di Setia Alam, pada Sabtu yang turut mengundang penyanyi ini sebagai antara barisan juri yang menghakimi pertandingan nyanyian yang disertai lima finalis terdiri daripada famili BIGO Malaysia yang menggunakan aplikasi BigoLive.
Peserta kedah, yang menggunakan nama akaun Tuah Seminit diumum juara sekaligus membawa pulang wang tunai, RM10,000 beserta 50,000 Beans dan Gold Medal. Tempat kedua pula disandang Isadora sekaligus menerima RM5,000 beserta 20,000 Beans dan Silver Medal.
Sementara tempat ketiga menjadi milik Sarah Aqilah sekali gus melayakkan peserta ini untuk membawa pulang RM2,000 beserta 5,000 Beans dan Bronze Medal.
Tempat keempat dimenangi oleh Papa Muda yang turut memenangi Persembahan Terbaik dengan ganjaran wang tunai RM1,000 dan Seth, gadis asal Sabah di tempat kelima.
Terbuka kepada semua famili BIGO Malaysia yang menggunakan aplikasi BigoLive, pertandingan telah dibahagikan kepada empat saringan, pusingan pertamanya diadakan pada 16 hingga 22 Ogos 2019 lalu.
Sementara pada saringan akhir, sistem pemarkahahannya adalah 60% penjurian dari juri professional dan 40% undian penonton BigoLive.
Selain Shiha, penonton yang hadir turut hiburkan dengan persembahan penyanyi baru yang turut dicungkil bakatnya dari Bigo, Razak A’Ai dan pertandingan turut disokong jitu Pengurus Negara Serantau Bigo, Xiong Jing serta Ketua Pegawai Eksekutif Todak Fusion, Mohd Ikmal Fareeq Shamsul Bahri.
Penyanyi dan pengarah Azharina Entertainment, Azharina Azhar telah dipilih sebagai salah seorang panelis bagi 1st ASEAN Women’s Conference on Best Practices yang berlangsung di...