Penyanyi Shiha Zikir mendedahkan dia pernah berdepan dengan situasi cemas apabila berdepan situasi panic attack (serangan panik) yang berlaku secara tiba-tiba.

Katanya, situasi tersebut membuatkan dirinya sukar untuk bernafas sekali gus membuatkan badan semakin lemah.

“Baru-baru ini, saya terjatuh dan terbaring di tandas dalam keadaan  sukar untuk bernafas.

“Malah, saya rasa seperti dah nak mati,” katanya kepada MH.

“Seperti Dah Nak Mati,” – Pernah Terjatuh Dalam Tandas Hingga Sesak Nafas, Shiha Zikir Buka Rahsia Pernah Alami Serangan Panik!

Shiha ditemui di sidang media selepas takat konsert Dansa Dan Sing di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA),Shah Alam pada malam Ahad.

IKLAN

Shiha,33, menjelaskan bahawa dia sebelum ini pernah mengalami perkara sama, namun serangan panik itu datang kembali sejak akhir-akhir ini.

Sebelum ini saya memang mudah diserang panic attack, tetapi ia sudah lama tidak berlaku.

“Akan tetapi, serangan ini datang kembali, mungkin disebabkan banyak berfikir dan kurang berehat.

IKLAN

Sekali gus menjadikan saya takut lalu air mata mengalir tanpa henti kerana sakit yang teramat. Mujur ketika itu ibu dan abang turut membantu meredakan keadaan,” jelasnya.

Meski pernah berdepan dengan situasi tersebut, namun pemilik nama penuh Nurshiha Mohd Zikir sentiasa memberikan persembahan terbaik setiap minggu.

Apapun, saya tidak mahu hanya disebabkan sakit, saya tarik diri dari pertandingan seperti ini.

IKLAN

“Ini kerana, saya seorang yang bekerja keras dalam industri seni.

Malah saya bersyukur kerana pihak produksi memilih saya menyertai pertandingan ini,” kongsinya optimis.

Dalam perkembangan lain, Shiha yang sinonim dengan lagu Pipiyama berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dalam program Dansa Dan Sing minggu hadapan.

Selain Shiha, lima peserta lain turut layak antaranya Chubb-E, Raja Syahiran,Sophia Liana, Waris dan Wani Kayrie.

https://youtu.be/YBte4x3XyIY

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI