Pelakon Shakilla Khoriri terkejut sekali gus tidak dapat menahan rasa sebak apabila kehadiran suami, Fizi Ali dan anak tunggal mereka Ameena Sofia ke set penggambaran di Melaka nyata mengubat kerinduan.

Ini kerana, kunjungan mengejut dua insan istimewa di dalam hidupnya itu Jumaat lalu benar-benar bermakna selepas Shakilla tidak bertemu mereka kira-kira 2 minggu kerana komitmen kerja.

“Pada suatu petang yang panas lagi terik pada hari Jumaat datang lah seorang bapak bersama anaknya buat kejutan apa entah dekat aku.

“Aku paling pantang orang datang set aku walau sekadar nak tengok atau apa. tak suka dari dulu sampai sekarang.

“Tapi kali ni aku tak mampu nak kata apa sebab aku rasa kedatangan kali ni betul-betul bermakna buat aku. TERSANGAT!

IKLAN

“Rasa jantung nak pecah. Hilang rasa demam hilang sakit badan hilang semuanya. SUMPAH!

“Aku tak sangka aku demam rindu. Bodo lah. Sepengkid-pengkid aku akhirnya aku tewas dengan perempuan kecil ni. Thank you @fiziali_ you are the best! Thank you so much.

“Can’t wait to see you again baby girl @ameenasofia_,” tulisnya pada kapsyen video yang dimuat naik di Instagram.

IKLAN
View this post on Instagram

#💋• . Pada suatu petang yang panas lagi terik pada hari Jumaat datang lah seorang bapak bersama anaknya buat kejutan apa entah dekat aku. Aku paling pantang orang datang set aku walau sekadar nak tengok atau apa. tak suka dari dulu sampai sekarang. . Tapi kali ni aku tak mampu nak kata apa sebab aku rasa kedatangan kali ni betul-betul bermakna buat aku. TERSANGAT ! Rasa jantung nak pecah. Hilang rasa demam hilang sakit badan hilang semuanya. SUMPAH ! Aku tak sangka aku demam rindu. Bodo lah. Sepengkid-pengkid aku akhirnya aku tewas dengan perempuan kecil ni. Hmm ! . . Thank you @fiziali_ you are the best ! 🙏🏻Thank you so much . 😭😫 . . Can’t wait to see you again baby girl @ameenasofia_ 😖

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on

Meraih hampir 20,000 tanda suka pada hantaran tersebut, sedutan spontan itu turut mengundang rasa para pengikutnya termasuk rakan selebriti.

“Sepengkid-Pengkid Aku Akhirnya Tewas,” – Video Shakilla Khoriri Menangis Jumpa Anak Selepas 2 Minggu Tahan Rindu Buat Ramai Sebak

IKLAN

“Sepengkid-Pengkid Aku Akhirnya Tewas,” – Video Shakilla Khoriri Menangis Jumpa Anak Selepas 2 Minggu Tahan Rindu Buat Ramai Sebak

“Sepengkid-Pengkid Aku Akhirnya Tewas,” – Video Shakilla Khoriri Menangis Jumpa Anak Selepas 2 Minggu Tahan Rindu Buat Ramai Sebak

Sebagai imbasan, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofia yang mencecah usia lebih.

Foto: Instagram Shakilla Khoriri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI