Pelakon, Arja Lee akui perasaannya agak bercampur baur saat namanya dipanggil sebagai penerima Ijazah Sarjana dalam jurusan Pendidikan Persembahan di Majlis Konvokesyen Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

Menurut Arja, melihat ahli keluarganya bersorak membuatkan dirinya terlupa akan segala rasa gemuruh yang dirasainya ketika itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arja Lee (@arjalee)

“Debarnya sungguh berbeza kali ini. Tak dapat saya gambarkan perasaan dan apa yang bermain di fikiran saya pada waktu ini. Amat berbeza.

“Tatkala nama saya disebut sehinggalah terdengar jeritan penuh kasih sayang dari keluarga tercinta di depan mata menjadi penawar dikala gugup setelah menerima ijazah di atas pentas.

“Ya aku kini bergelar GRADUAN IJAZAH SARJANA,” tulisnya.

Momen bersejarah itu dikongsikan oleh pelakon drama Bahagia Bukan Bidaan itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

IKLAN

“Seni Persembahan Akan Dipandang Tinggi,” – Berjaya Genggam Master, Arja Lee Seru Anak Seni Sambung Belajar

Sementara itu, ketika ditemubual bersama media UPSI, Arja berharap agar pencapaiannya itu dapat menjadi contoh buat semua pihak terutamanya buat mereka yang ingin berkecimpung di dalam bidang seni.

“Ini adalah saat yang saya tunggu-tunggu hampir dua tahun bkan sahaja sebagai graduan tetapi sebagai contoh teladan kepada anak-anak muda di luar sana yang aktif dalam bidang seni supaya jangan tinggalkan bidang akademik

IKLAN

“Jadilah insan seni yang bijak dan berpendidikan kerana seni persembahan akan dipandang tinggi oleh masyarakat Malaysia khususnya dunia,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Arja akan lebih sukses lagi selepas ini.

“Seni Persembahan Akan Dipandang Tinggi,” – Berjaya Genggam Master, Arja Lee Seru Anak Seni Sambung Belajar

IKLAN

Pencapaian Arja itu turut mendapat respon daripada pelakon yang kini bergelar pensyarah, Dr. Norzizi Zulkifli.

Selain menyatakan rasa bangga, Dr. Norzizi juga mahu Arja meneruskan pengajiannya sehingga ke peringkat Doktor Falsafah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Arja Lee & Mediaseekers.Upsi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI