Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid mengesahkan anaknya, Wan Emir Astar bakal melangsungkan pernikahan dengan pelakon popular, Mira Filzah, tahun ini.
Menerusi laporan Harian Metro, Mastura yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar ketika ditemui turut meminta orang ramai mendoakan kebahagiaan anak dan bakal menantunya itu.
“Ya, kedua-dua keluarga sudah berjumpa. Semuanya berjalan lancar dan ia akan diumumkan nanti. Insya-Allah,” katanya seperti yang dipetik.
Sebelum ini, Mira turut mengesahkan dia sudah pun dipinang orang. Bagaimanapun pelakon itu tidak berkongsikan hal tersebut secara terperinci.
Ads
Namun, Mira secara jujur mengakui sudah pun melakukan persiapan ke arah tersebut dan masih lagi berada di peringkat awal.
Pada masa sama, hos program Nona itu juga tidak menafikan akan ada sebuah majlisnya pada Oktober depan dan akan terbuka berkongsi segalanya bila tiba waktunya nanti.
Ads
“Sebenarnya perkara-perkara seperti ini Mira diminta untuk keep it low.
“Tapi macam Mira cakap sebelum ini kalau sudah ada perkembangan selanjutnya kita akan bagi tahu.
Ads
“Kita tidak akan merahsiakannya daripada pihak media. Tambah pula sekarang ini bila Datuk Seri Ismail Sabri ada bagi tahu kita boleh adakan majlis dengan jumlah kehadiran tertentu, kita akan cuba sediakan ruang dan peluang untuk pihak media.
Primadona, Erra Fazira enggan mencampuri urusan rumah tangga bekas suaminya, Engku Emran bersama aktres terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella yang sudah pun terlerai baru-baru ini.
Katanya lagi, dia mengetahui akan hal yang berlaku tetapi ia tidaklah secara mendalam.
“Saya tidak mencampuri urusan rumah tangga walaupun dia bekas suami dan bapa kepada anak saya. Kalau mereka tak buka mulut, saya akan zip mulut saya.
“Tipu lah kalau saya tidak tahu mengenai pergolakan yang berlaku sedikit sebanyak, tetapi secara mendalam saya tidak tahu dan tidak mahu tahu.
“Saya tak nak korek pun, hanya tahu cerita dasar sahaja. Itu bukan cara saya untuk korek dan salah saya kalau nak ambil tahu,” katanya kepada MH.
Bintang filem Wangi ini turut menambah, dia dan bintang Seberang itu ada berhubungan, tetapi hal yang dikongsi juga tidaklah terlalu terperinci
“Sebagai wanita kami ada berbicara menerusi teks, tapi hanya perkara-perkara umum sahaja, tidak begitu terperinci.
“Bella juga tidak bercerita lebih kepada saya. Memang kami rapat tapi tidaklah selalu berhubung,” jelasnya yang mengakui ada menitipkan nasihat buat Bella.
“Saya pun wanita dan ada beri semangat kepadanya melalui mesej. Tiada siapa yang mahukan perceraian, saya pun pasti Bella dan bekas suami pun begitu.
“Mereka dah cuba tapi itulah ketentuanNya,” katanya lagi.
“Bagi saya,di dalam setiap pahit pasti ada hikmah dan manisnya. Allah uji sebab Allah sayang dan ada la ganjaran itu. Bersabar sahaja.
Erra ditemui di majlis pelancaran sebagai duta produk penjagaan rambut Faith Fleur di Menara KL, pada Isnin.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Abby Abadi menepis dakwaan ramai yang melabelkannya terlalu melebihkan anak perempuan, Marissa Dania berbanding dua orang lagi anaknya yang lain.
Menurut Abby, seorang lagi anak perempuannya, Maria Danisha agak kurang berminat bila diajak bergambar begitu juga dengan anak lelakinya, Danish Hakim.
“Ni dia gambar Baby Besar kita. Tengoklah Baby besar ni puas-puas okay.
“Dia memang payah nak diajak bergambar. Kadang kalau bergambar pun rajin buat muka.
“Tu yang selalu tak masuk gambar dia tu,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Gerak Khas itu memerusi akaun Instagram miliknya.
Tambah Abby lagi, dia juga memasang hajat agar satu hari nanti kesemua anaknya itu bakal memiliki produk keluaran mereka sendiri.
“Gambar Abang Danish pun kurang apa sebab tak jual baju lelaki. Kalau ada rezeki nanti inshaALLAH, semua anak-anak ada produk.
“Banyak gambar semua nanti. Beli tau. Kalau semua gambar anak-anak ada tolong promote apa yg saya jual.
“Jangan tengok je nnti haha,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji wajah anak gadisnya itu selain turut menasihati Abby supaya tidak mengendahkan mulut sesetengah pihak.
Terdahulu, Abby pernah berkahwin dengan pelakon, Norman Hakim pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan, Abby dan Norman dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Abby kemudian mendirikan rumah tangga bersama Faizal pada 14 Ogos 2015.
Pasangan itu dikurniakan bayi pra-matang tahun lalu, namun meninggal dunia selepas 70 hari dilahirkan.
Sumber: Instagram Abby Abadi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Calon juara Hero Remaja 2020, Jabir Meftah menolak andaian apabila dia dikatakan lebih menyerlah berbanding finalis lain dalam pertandingan realiti itu.
Sebaliknya, pemuda berusia 20 tahun ini percaya rezeki dan empat finalis lain masing-masing mempunyai kelebihan dalam menonjolkan diri.
“Semua orang akan ada waktunya. Saya percaya kepada rezeki dan ia tidak pernah akan salah alamat.
“Mungkin pada peringkat ini, ada yang lihat saya lebih menyerlah. Akan tetapi siapa tahu akan ada rezeki lainnya juga.
“Dia sudah tetapkan rezeki masing-masing. Jadi siapa kita untuk persoalkannya,” jelasnya kepada MH.
Ditanya mengenai desas-desus yang membayangkan dirinya berpotensi besar untuk menggalas status Hero Remaja edisi terbaru, pemilik nama lengkap Jabir Jilani Meftah ini ada jawapan sendiri.
“Saya rasa andaian tersebut tidak benar, sebab sebelum ini saya pernah dikecam. Jadi saya rasa tidak ramai yang sokong saya.
“Apa pun, saya cuba usaha keras dan buat yang terbaik. Apa pun, persainganya cukup sengit dan saya pasti masing-masing idamkan yang terbaik.
“Saingan paling dekat sudah tentunya datang dari diri-sendiri. Sebab kalau kita fokuskan orang lain, ia tidak akan ke mana.
“Jadi lebih baik untuk saya cari kelemahan diri dan cuba perbaiki,” katanya lagi.
Terdahulu, Jabir ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri terbaru terbitan Zeel Productions yang bakal bersiaran di RTM, Juliet arahan Datuk Tarmimi Siregar.
Akan menemui penonton September depan, Juliet yang turut dibarisi pelakon hebat seperti Redza Rosli, Rozita Che Wan, Azza Elite, Rita Nadira dan ramai lagi itu merupakan aksi lakonan pertama Jabir.
Mengharapkan percubaan pertamanya ini mendapat reaksi positif penonton kelak, Jabir bagaimanapun akui gementar apabila menerima tawaran berkenaan.
“Jujurnya saya banyak belajar benda baru di set ini. Saya bertuah kepada pelakon senior yang terlibat sama dalam Juliet pun tidak lokek untuk mengajar dan kongsi ilmu.
“Memang berdebar dan gementar juga. Akan tetapi situasi set yang harmoni bersama krew produksi yang okay membuatkan diri kian selesa, alhamdulillah.
“Saya pegang watak Noah. Dia seorang yang ‘cool’ dan romantik. Berbeza dengan sikap saya secara realitinya.
“Jadi sebagai orang baru yang belum ada pengalaman, ia boleh dikatakan mencabar jugalah.
“Tamat sahaja Hero Remaja, saya rancang untuk terus berikan komitmen terhadap lakonan.
“Pada masa sama, saya juga mahu menjadi ‘jambatan’ kepada orang muda untuk bersuara. Sebab bagi saya, ramai orang muda yang hebat di luar sana cuma tidak diberi peluang.
“Bersuara itu bukanlah dalam konteks yang merepek-repek, tetapi dari segi idea atau apa perancangan mereka untuk majukan diri,” katanya yang turut menguruskan pertubuhan bukan kerajaan, Youth Care Malaysia.
Antara Jabir, Meerqeen, Haziq, Nadhir dan Umar, siapakah yang akan menjadi Hero Remaja yang terbaru?
Jangan ketinggalan untuk menonton Hero Remaja 2020 Akhir yang bersiaran secara langsung esok, jam 9.00 malam secara ekskusif di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.
Pelakon dan pengacara, Kamal Adli mengakui teruja apabila berpeluang menyaksikan sendiri pengalaman pertama anak tunggalnya, Hawra Uqaira di prasekolah.