Baru sahaja berkongsi berita gembira apabila disahkan hamil selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Izara Aisyah, 27, telah berangkat ke tanah suci bagi menunaikan umrah.
Meski tidak menghebahkan mengenai perkara itu, pelakon dan penyanyi, Lufya Omar yang turut berada di Mekah bagi tujuan sama telah pun bersua dengan bintang berkenaan dan mereka kemudiannya turut merakam foto bersama.
Sambil memuji penampilan bintang drama Ombak Rindu The Series terbabit, pertemuan mereka turut dikongsikan oleh ibu beranak satu itu menerusi entri terkininya di Instagram.
“Look who’s here in Medina. Mummy to be @izaraaishahofficial la. Masyallah cantik preggy mummy ni walau mengandung 6 bulan.
“Nampak macam tak mengandung kan? Fya mengandung 6 bulan nak masuk pintu pun tak muat. U ols agak la anak die girl ke boy?,” tulisnya di ruangan kaspyen lalu mendapat komen pelbagai dari para peminat.
Rata-ratanya memuji penampilan keduanya selain yang mendoakan agar mereka terus istiqamah.
Pada masa sama, ada juga peminat yang memuji Izara kerana berangkat ke tanah suci dalam diam, tidak berkongsi di media sosial. Difahamkan, turut sama menemaninya ialah ialah suami tersayang.
Semoga ibadah keduanya dipermudahkan dan mendapat umrah mabrur.
Terdahulu, Izara melangsungkan perkahwinan dengan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Adib Khalid lebih tiga tahun lalu dan pasangan ini bakal menimang cahaya mata April depan.
Foto: Instagram Lufya Omar, Izara Aisyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Memetik laporan Berita Harian, Bella Astillah mengakui hatinya terbuka untuk menerima kembali bekas suami, Aliff Aziz ke dalam hidupnya.
Malah jelasnya lagi, keputusan ini bakal dibincang bersama keluarga dan dia bersama Aliff bakal membuat pengumuman akan perkara ini.
“Sebenarnya, sejak berpisah Mei lalu, kami tidak pernah bermusuh… Semuanya demi anak kami, Mohamad Ayden Adrean.
“Saya tidak pernah membenci Alif. Cuma saya lihat perpisahan kami banyak mengajar Aliff dan mematangkan dirinya.
“Saya bukan hendak membuktikan kepada masyarakat dia sudah berubah. Bagi saya, asalkan dia sayang dan ambil berat mengenai anak sudah memadai,” katanya seperti yang dipetik.
Malah jelasnya, dia hanya mahukan yang terbaik untuk Ayden.
“Sekiranya berbaik dengan Aliff adalah keputusan terbaik untuk Ayden, saya akan terima dengan hati terbuka.
“Apatah lagi, Ayden sangat rapat dengan Aliff. Setiap kali berpisah dengan Aliff, dia akan menangis. Ini membuatkan hati saya remuk setiap kali pulang dari menjenguk Aliff di Singapura,” katanya lagi.
Bella turut menjawab isu berkenaan foto merangkul lengan lelaki yang dikongsi di Instagram.
“Netizen hanya tahu mengecam yang negatif. Mereka tidak nampak dari sudut positif terutama untuk kebaikan Ayden.
“Mereka hanya tahu menyuruh saya supaya mencari lelaki lain atau yang lebih baik.
“Tetapi kita tidak tahu nasib pada kemudian hari jika memilih lelaki baharu. Lagipun, dalam keadaan sekarang, saya hanya mahu fokus kepada membesarkan anak. Manalah sempat hendak memikirkan soal pengganti,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, di ruang Instagram Bella, ruangan komen dipenuhi dengan reaksi netizen yang meminta wanita itu berfikir panjang sebelum keputusan di ambil.
Sekadar imbasan, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016, namun bercerai pada 16 Mei tahun lalu.
Sumber : Berita Harian & Instagram Bella Astillah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Jurulatih kecergasan yang juga usahawan, Coach Yin atau nama sebenarnya, Mohd Tishrin ada meluahkan rasa terhadap dakwaan yang dibuat pengasas kosmetik, Nur Sajat yang kononnya, dia mengalami lebam di bahagian lengan akibat dipukul.
Luahan tersebut diluahkan Yin di salah satu entri di Instagram, yang turut memaparkan foto bahagian lengan Sajat yang lebam.
“Pandai betul kau nk burukkan aku.tunjuk tgn lebam konon nye aku yang pukul, kau sendiri CKP y kau jatuh tangga semasa kau kt Euro.
”Bonda rozita ibu kepada Dato alif pun ad bg tahu dlm vidio dia yang mengatakan sajat jatuh. Kau nk fitnah aku, fitnah lah sajat.
”Semua org Ingat tgn kau lebam sbb aku pukul.pikir logik akal mcm mana aku pukul sampai boleh lebam mcm tu,” tulisnya.
”Kau nk aibkan aku aku xkisah,Tp xperlu nk fitnah bg tahu 1 Malaysia badan kau lebam sbb aku pukul.
”Kau sendiri jatuh, kau buat cerita y aku pukul tgn smpai lebam.kalau ko dah ad org lain terus kn lah..Cara ko lyn aku,,maki aku,aku diamm je.Tp xperlu nk fitnah aku,” maklumnya lagi.
Lelaki itu turut memuat naik beberapa posting lain selepas itu, terkait dengan kisah yang sama.
Juri tetap Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menyentuh isu peribadi ketika memberikan komen kepada penyanyi, Nubhan Ahamad yang membawakan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Nerpisah’, malam tadi.