Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami kepada pelakon Datin Intan Najuwa, Datuk Ahmad Azraf Azman.
Menurut mereka, setiap isu mempunyai dua sisi selain mengambil pendekatan untuk menghormati sepenuhnya perjalanan undang-undang yang sedang berlangsung.
Malah Rizman dan Ruzaini juga tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut buat masa ini berhubung perkara terbabit.
“Bagi saya, setiap cerita akan ada dua bahagian cerita. Akan tetapi dari pihak kami, saya tidak boleh berikan apa-apa komen sebab ia masih dalam prosiding mahkamah.
“Jadi, saya menghormati prosiding yang sedang berjalan ini. Sudah tentu setiap benda yang kami hadapi, saya rasa kita perlu ambil penyelesaian terbaik yang kita boleh,” kata Rizman.
Rizman memaklumkan perkara tersebut ketika ditemui semasa Pertunjukan Fesyen Raya Rizman Ruzaini 2026 di Shangri-La pada Khamis.
Ads
Akan Bersuara Selepas Prosiding Selesai
Dalam pada itu, Rizman turut menjelaskan, dia akan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan pada masa yang bersesuaian.
“Bila sampai masa nanti, saya sendiri yang akan bercerita insya-Allah.
“Bila itu? Ia masih dalam prosiding mahkamh, jadi bila sudah selesai nanti saya sendiri akan bercerita. Kita tidak boleh cepat melatah,” tambahnya.
Ads
Terharu Sokongan Pelanggan
Selain itu, Rizman menyifatkan isu berkenaan tidak menjejaskan sokongan dan reputasi mereka sebagai pereka fesyen yang telah bertapak sejak 20 tahun lalu, terutamanya daripada pelanggan setia.
“Sokongan pembeli sangat kuat, Alhamdulillah. Jadi saya rasa mungkin benda itu tidak menjadi isu kepada peminat-peminat rekaan Rizman Ruzaini.
“Sokongan yang diberikan mereka itu sangat kuat sampai sekarang,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai kritikan serta pandangan sinis segelintir pihak, Ruzaini enggan mengambil berat terhadap perkara tersebut.
Ads
“Bagi saya lah, itu pandangan masing-masing. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Tapi macam mana kita harungi masalah itu.
“Bagi saya itu hak mereka untuk berkata-kata,” ujarnya.
Sebelum ini, Intan Najuwa mendedahkan suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman memenangi kes saman terhadap Rizman Ruzaini yang membabitkan tuntutan bayaran semula pinjaman berjumlah RM1.3 juta.
Pendedahan itu dibuat oleh Intan menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik dokumen penghakiman daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, selepas hampir tiga tahun memilih untuk berdiam diri bagi menghormati proses undang-undang.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Ben Amir akhirnya merungkai teka-teki yang menjadi perbualan netizen sejak kebelakangan ini apabila mengesahkan dirinya telah selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hati, Liana Alara.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Ben menerusi sebuah hantaran di Instagram pada petang Sabtu.
Bagaimanapun, pelakon filem Gantung: Musketeer Code ini tidak memperincikan secara jelas tarikh sebenar majlis pernikahan tersebut berlangsung.
“Alhamdulilah, dengan izin Allah kami telah disatukan pada December 2025,” tulisnya.
Dalam hantaran sama, Ben turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang telah menitipkan doa dan ucapan baik buat dirinya dan isteri.
“Dengan rendah hati saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas doa dan ucapan baik semua,” kongsinya lagi.
Menerusi hantaran tersebut, Ben turut berkongsi beberapa keping foto yang memaparkan dirinya bersama isteri ketika majlis pernikahan berlangsung di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen serta rakan selebriti tampil mengucapkan tahniah dan mendoakan agar rumah tangga pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Sekadar informasi, Liana Alara merupakan wanita asal Filipina yang difahamkan telah memeluk agama Islam pada November lalu.
Terdahulu, nama Ben dan Liana menjadi tumpuan ramai sejak beberapa hari lalu selepas mereka berkongsi foto-foto mengenakan persalinan sedondon berwarna putih.
Pelakon dan personaliti terkenal Indonesia, Celine Evangelista, tampil berterus terang mendedahkan penyesalan terbesarnya selepas memilih untuk berhijab dan melalui fasa hijrah yang dianggap paling signifikan dalam hidupnya.
Menerusi satu sesi podcast bersama pengacara popular Indonesia, Daniel Mananta, Celine mengakui bahawa gaya hidup serta cara berpakaian terlalu terbuka suatu ketika dahulu menjadi perkara yang paling disesalinya hari ini.
Menurutnya, ketika itu dia berasa terlalu yakin dengan penampilan diri sehingga tidak menyedari kesan negatif yang mungkin timbul terhadap orang lain.
“Saya dulu selesa berpakaian terbuka sebab rasa diri cantik dan kulit mulus. Bukan niat untuk sombong, tapi itulah perasaan saya ketika itu,” katanya jujur dalam perbualan berkenaan.
Namun, selepas mendalami kehidupan spiritual dan akhirnya membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya, Celine berkata perspektif hidupnya berubah secara menyeluruh.
Dia mengakui berasa sedih apabila menyedari penampilan lamanya mungkin telah membuka ruang kepada pandangan dan imaginasi yang tidak sepatutnya.
“Namun, ramai juga yang melihat saya dari sudut keseksian dan kecantikan, sehingga akhirnya, na‘uzubillah ada yang berimaginasi tentang saya.”,” jelasnya lagi.
Tambah Celine, proses hijrah yang dilaluinya bukanlah sesuatu yang berlaku secara mendadak. Sebaliknya, perjalanan spiritual itu telah bermula sejak 2017 apabila dia mula mendalami ajaran Islam secara lebih serius.
Pelakon cantik ini memeluk agama Islam pada Mac 2024 dan mengumumkannya kepada umum ketika sedang lalukan umrah.
Imbas kembali, pemilik nama penuh Monica Maureen Ricci ini memulakan kerjayanya dalam dunia seni sejak berusia 12 tahun lagi, selain berlakon dia juga terkenal sebagai seorang model.
Antara filem lakonannya seperti Danyang Wingit Jum’at Kliwon, Ruqyah: The Exorcism, Bangku Kosong, Suster Ngesot dan Misteri Hantu Selular.
Wanita berusia 36 tahun ini pernah berkahwin dengan penyanyi, Dirly, pada 2012 namun perkahwinan itu hanya bertahan setahun sahaja. Kemudian pada 2016, beliau melangsungkan perkahwinan dengan pelakon, Stefan William, sebelum bercerai pada 2021.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meskipun hasrat membina sebuah masjid baharu terpaksa ditangguhkan, ia tidak menghalang niat murni pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel untuk menyalurkan dana bagi proses renovasi sebuah masjid di kampung halamannya di Johor.
Menurut Aeril, selepas beberapa perbincangan dilakukan, beliau merasakan kerja-kerja renovasi perlu diberikan keutamaan bagi memberikan keselesaan kepada para jemaah menjelang sambutan Ramadan tidak lama lagi.
“Alhamdulillah kita sudah mulakan renovasi di sebuah masjid di kampung saya. Cadangan asalnya kita nak baik pulih sebuah masjid yang baharu. Namun, bila kita lihat semula, ada banyak proses yang perlu dilalui.
“Masjid yang lama juga masih ada orang-orang yang infaq. Jadi, timbul dilema di situ. Bila ada yang infaq dan mereka sudah beli bahan-bahan binaan, kalau kita ganti yang baharu, bahan yang lama ini tidak akan digunakan.
“Bila berbincang semula, proses-proses ini turut melibatkan banyak pihak termasuklah kerajaan. Jadi, kita renovasi dahulu mana lebih utama dan memerlukan agar para kariah dapat merasai keselesaan,” katanya kepada MH.
Aeril berkata demikian ketika ditemui di kejohanan WHAM Pickleball With The Star di Shah Alam, baru-baru ini.
Dalam masa sama, suami kepada pelakon Wawa Zainal itu mendedahkan kos renovasi tersebut menelan belanja hampir setengah juta ringgit.
“Kos renovasi itu mencecah hampir setengah juta ringgit. Proses renovasi itu pun sudah hampir siap. Namun, ada beberapa penambahan yang perlu dilakukan. Saya juga perlu menambah sedikit lagi wang berdasarkan keperluan.
“InshaAllah menjelang Ramadan ini, masjid itu sudah boleh diguna pakai,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Aeril turut memaklumkan dia turut memberikan sepenuh kepercayaan kepada pihak masjid untuk menyempurnakan proses berkenaan.
“Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Mereka nak bina masjid. Takkan nak menipu pula. Dengan apa yang kami berikan, saya percaya segalanya diuruskan dengan baik.
“Saya juga jarang buat pemantauan. Saya memang serahkan segala amanah ini kepada pihak masjid,” katanya lagi.
Tambah Aeril, usaha sebegini bakal diteruskan di lokasi lain pula selepas ini.
“Walaupun bukan semua orang dapat pergi ke masjid itu, namun kami akan cuba teruskan usaha sama ini ke masjid-masjid di tempat lain pula.
“Ketika ini, kami juga sedang sibuk. Selepas raya nanti, kita akan cari lagi masjid atau surau yang perlukan renovasi,” akhirinya.
Sebelum ini, Aeril dan Wawa mendedahkan mereka sudah pun mempersiapkan dana berjumlah RM1.2 juta untuk membina sebuah masjid baharu di Johor.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Aeril Zafrel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi remaja, Viviana Zairi meluahkan rasa kecewa apabila sering menjadi sasaran kecaman segelintir netizen yang bukan sahaja mengkritik bakat nyanyiannya, malah turut menyentuh soal rupa paras dan fizikalnya.