Pelakon yang juga kakak kepada Ruhainies, Nur Risteena menerusi Instagram yang dikemas kini ada berkongsi sepotong video ‘sweet’ yang merakamkan momen bersama tunang tersayang, Isa Khan.

Kongsinya, ia merupakan kenangan bersama ketika si tunang sedang berusaha untuk membuat kejutan bersempena majlis tunang mereka.

Risteena turut mendedahkan, gara-gara tidak mempunyai tidur yang cukup untuk menyempurnakan kejutan tersebut, Isa sampai terlelap ketika penerbangan pulang ke tanah air.

“Throwback semasa @theisakhan bertungkus lumus menjayakan surprise pertunangan kami di Bali. Masa tu dia langsung tak cukup tidur. Dia betul-betul bersungguh plan everything disana.

“Yes, he made it! Tapi dalam perjalanan balik ke Malaysia, terus gone dalam flight. Kesiannya dia. Heheh! Keluar air liur weyyyy.

IKLAN

“Kisah hidup saya dah macam Fairytale, kadang2 rasa macam Romeo & Juliet, kadang2 rasa macam Princess. Haih.. Terima kasih Cinta, kerana menjadikan impian saya satu kenyataan. Ye cinta kita luar biasa.

“Awak selalu bahagiakan saya. Semoga kita akan terus macam ni sampai bila-bila. Rasa macam nak ulang lagi setiap detik yang kita lalui sama-sama sekali lagi. I love you, Isa Khan,” tulisnya lagi.

IKLAN

Serentak dengan itu, para peminat turut memberikan komen pelbagai dan rata-ratanya turut mendoakan agar pasangan sama cantik sama padan ini cepat-cepat ke jenjang pelamin.

View this post on Instagram

Throwback semasa @theisakhan bertungkus lumus menjayakan surprise pertunangan kami di Bali. Masa tu dia langsung tak cukup tidur. Dia betul-betul bersungguh plan everything disana. Yes, he made it! Tapi dalam perjalanan balik ke Malaysia, terus gone dalam flight 🤣 Kesiannya dia. Heheh! Keluar air liur weyyyy 🤣 . Kisah hidup saya dah macam Fairytale, kadang2 rasa macam Romeo & Juliet, kadang2 rasa macam Princess. Haih🥰 Terima kasih Cinta, kerana menjadikan impian saya satu kenyataan. Ye cinta kita luar biasa. Awak selalu bahagiakan saya. Semoga kita akan terus macam ni sampai bila-bila. Rasa macam nak ulang lagi setiap detik yang kita lalui sama-sama sekali lagi. . I love you, Isa Khan 🙂

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on

IKLAN

Terdahulu, Risteena dan Isa telah bertunang di Bali, Indonesia pada 23 November 2019.

Perkara itu diumumkan mereka dalam satu majlis kejutan yang diadakan di Bora Ombak, Putrajaya pada 6 Disember 2019.

Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton hampir 15,000 tontonan.

Foto: Instagram Nur Risteena

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI