Khabar duka menimpa pelakon, Sheera Iskandar selepas memaklumkan bapanya telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir sebentar tadi.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Sheera atau nama sebenarnya, Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar Putra menerusi hantaran terkini di laman Instagram.
Menerusi hantaran yang sama, anak kepada pelakon senior, Aznah Hamid ini turut berkongsi sekeping foto yang memaparkan dirinya sedang memang erat tangan arwah bapanya itu.
“Innalillahiwainailaihirojiun. Allahummaghfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fu’anhu. Ayahanda Sheera telah pulang ke rahmatullah sebentar tadi.
“Semoga roh Ayahandaku mendapat rahmat dengan anugerah keampunan daripada Allah SWT serta dikurniakan tempat di kalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh.
“Serta di masukkan ke dalam syurga Allah SWT. Aamiin Ya Robbal Alamin,” tulisnya.
Ads
Dikesempatan itu juga, pelakon drama Gerak Khas Undercover ini turut memohon agar semua pihak dapat mendoakan semoga arwah bapanya itu ditempatkan bersama golongan yang beriman.
Melihat diruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menzahirkan rasa sedih selain turut memberikan kata-kata semangat buat Sheera.
Ads
Apapun, kami di MH mendoakan semoga Sheera sekeluarga diberikan kekuatan dan kecekalan hati bagi menempuh detik sukar ini. Al-Fatihah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Sheera aiskandar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi terkenal yang juga juri tetap Big Stage 2022, Datuk Seri Siti Nurhaliza terlihat sebak lalu menitiskan air mata sejurus salah seorang peserta, Aisha Retno selesai mengalunkan lagu Kesetian nyanyian asal Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin.
Menurut Siti, dia teringatkan rakan artisnya itu yang telah meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu akibat Covid-19.
Dia memberikan reaksi itu selepas ditanya hos, Sherry Alhadad sama ada dia ingin mengatakan sesuatu atau sebaliknya.
Ajai ketika diminta memberikan komen terlebih dulu sedekahkan al-Fatihah dan mendoakan kesejahteraan buat arwah Siti Sarah.
“Kita sedekahkan al-Fatihah kepada arwah… Ya Allah Ya Tuhanku, al-Fatihah ini aku sedekahkan kepada arwah Siti Sarah binti Raissuddin.
“Ampunkan dosanya, jauhkan dari seksa kubur, luaskan dan terangkanlah kuburnya, masukkan dia bersama golongan beriman.
“Sesungguhnya Ya Allah Ya Tuhanku, Kaulah Yang Pengasih Lagi Maha Pengampun. Ameen,” doa Ajai.
Sementara itu, komposer tersebut menyifatkan Aisha membawakan lagu Kesetiaan dengan cara tersendiri.
“Bila awak menyanyikan lagu ini, awak ada stail tersendiri. Cara awak improvisasi ‘lari’ daripada penyanyi asal. Tidak boleh untuk bandingkan dengan cara nyanyian dia (arwah Sarah). Saya rasa tidak ada gantinya.
“Cuma, untuk generasi baru mengapa tidak? Kita perlu ‘move on’. Awak nyanyi sedap, itu sahaja yang boleh saya cakap,” katanya.
Pada konsert minggu ketiga yang bersiaran secara langsung dari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya malam tadi, Lia Aziz diumum sebagai peserta kedua tersingkir.
Lia menyanyikan lagu Kisah Hati yang dipopularkan oleh Datin Alyah meraih markah sebanyak 55 peratus daripada juri dan undian peminat, 5.28 peratus.
Minggu ini, Han Byul sebagai juri undangan di samping Siti dan Ajai di posisi juri tetap manakala Juri Pedas diisi penyanyi Mas Idayu serta usahawan Datuk Seri Vida sebagai Presiden Netizen.
Juara bakal bawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.
Pemenang tempat keempat, kelima dan keenam masing- masing bakal membawa pulang RM15,000, RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.
10 peserta yang masih bersaing pada minggu seterusnya ialah Tuah Adzmi, Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Megat Rahim, Sofiaa dan Ajoi Zainal.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas terpalit dengan kontroversi melibatkan hubungan cintanya bersama bekas kekasih yang dikatakan berakhir disebabkan orang ketiga, pelakon, Syazuwan Hassan mendedahkan dirinya kini lebih selesa untuk tidak terlalu terbuka mengenai kisah peribadinya.
Menurut Syazuwan, dia sebenarnya sudah lama mempraktikkan cara tersebut sejak mula-mula bergelar anak seni.
“Bila dah terpalit dengan isu-isu sebegini, saya lebih memilih untuk tidak berkongsi hal-hal peribadi melibatkan diri saya kepada umum. Malah, perkara seperti ini memang sudah lama saya praktikkan.
“Biarlah saya sendiri yang tahu daripada berkongsi kepada orang ramai. Saya masih lagi mengekalkan pendirian yang sama,” katanya kepada MH.
Syazuwan berkata sedemikian ketika ditemui media di majlis tayangan perdana filem, The Disappearance Of Irdina Adjwa yang berlangsung di GSC, Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya pada Rabu.
Ketika bekas kekasihnya dikatakan lebih terbuka mengenai masalah perhubungan yang dialami oleh mereka dahulu, Syazuwan memberitahu, setiap orang mempunyai hak mereka yang tersendiri.
“Bagi saya, tak mengapalah sekiranya pihak di sana mahu berbuat sedemikian. Mungkin ini merupakan perkara biasa.
“Lagipun, kita tak boleh nak kawal atau halang apa yang orang lain nak perkatakan. Itu semua merupakan pilihan peribadi,” kongsinya lagi.
Langsung ditanya adakah kontroversi ini sedikit sebanyak menjejeaskan kerjayanya sebagai seorang pelakon, bintang berusia 31 tahun ini percaya setiap yang berlaku itu, pasti ada hikmahnya.
“Dari segi kerjaya, alhamdulilah, segalanya berjalan seperti biasa. Tapi saya ada juga menerima banyak ‘direct message’ daripada orang-orang yang tak tahu kisah sebenar.
“Mereka hanya menilai daripada apa yang mereka baca tanpa mengambil kira cerita kedua-dua belah pihak. Tapi saya anggap itu lumrah sebagai anak seni. Saya tiada masalah pun dengan perkara sedemikian.
“Nak kata kontroversi ini sedikit sebanyak menjejaskan kerja saya dari segi tawaran kerja, Alhamdulillah setakat ini tiada. Sebaliknya masa isu itu terjadi, makin ramai yang hubungi saya untuk tawaran kerja, akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Syazuwan mengakui dirinya berasa amat teruja selepas diberikan kepercayaan untuk membawakan watak antagonis di dalam filem pertamanya itu.
Selain Syazuwan, The Disappearance Of Irdina Adjwa turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain antaranya, Alicia Amin, Nelissa Nizam, Josiah Hogan dan ramai lagi.
Filem ini bakal ditayangkan di saluran Astro Ria First bermula 24 Februari ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan viral yang kini bersaing di Big Stage 2022, Ahmad Iqbal Zulkefli menyatakan mahu berbincang dengan pihak produksi sekaligus berhasrat untuk menarik diri dari terus bertanding.
Menurut Iqbal, dia merasakan tidak layak untuk terus berada di pentas besar berkenaan dan perkara tersebut diluahkan penyanyi lagu Hujan ini ketika ditemu bual di Big Stage Live Plus, malam tadi.
Muncul mengejut pada konsert pengenalan, Iqbal turut mempersoalkan kewajaran markah 5 peratus yang diberikan juri tetap, Ajai sejurus dia selesai membuat persembahan.
“Kalau dapat dua markah pun saya bersyukur. Saya boleh terima. Tentang pemarkahan itu saya sepenuhnya berserah pada juri profesional. Cuma bilalima markah tu, jadi tertanya… apa yang buruk sangat ke sampai lima? Saya jadi macam… apa yang masalahnya, apa yang sampai begitu?
“Tapi bukan bermaksud saya tak boleh terima, saya okay je. Cuma sampai sekarang saya rasa macam tak layak untuk saya berada di sini.
“Untuk minggu hadapan saya rasa kena bincang dengan Astro untuk saya rasa saya kena tarik diri. Saya rasa untuk tarik diri, untuk tidak menyertai lagi.
“Saya memang serius kalau buat lagu semua… tapi untuk pentas ini saya bukan tak serius cuma sedar kemampuan itu setahap mana. Saya tak mahu merosakkan industri sebenarnya. Saya sedar diri sayalah.
“Tapi andai kata ada peluang, jangan memandang rendah pada saya juga. Kita tidak tahu mungkin saya akan belajar banyak perkara lagi kan?,” katanya.
Terdahulu, Iqbal memaklumkan dia pada awalnya menolak pelawaan untuk menyertai Big Stage.
“Saya sebenarnya dijemput oleh Astro saya kira dalam dua bulan yang lepas. Saya tolak berulang kali hingga sampai satu masa saya rasa tak boleh sombong sedangkan media sudah panggil banyak kali.
“Tapi pada masa sama sebenarnya saya sedar, saya bukan layak untuk menyanyi di sini. Tapi saya cuba yang terbaiklah,” katanya.
Ditanya mengenai reaksi selepas mengetahui bekas majikannya, Datuj Seri Vida sebagai Presiden Netizen, Iqbal tidak menafikan ia sedikit sebanyak mengganggu konsentrasinya ketika membuat persembahan.
“Sedikit sebanyak tu ada juga mengganggu kerana saya tidak tahu yang beliau ada di sini, Astro tidak beritahu. Jadi banyak kejutan. Saya balik (ke Malaysia) pun terus tak ada latihan sangat… satu kali pilihan pilih lagu terus menyanyi dengan baju semua…
“Semua orang surprised, macam tu. Apa lagi saya yang ‘bermain’ atas pentas ni. Saya berharap kepada semua tidak judge saya sebab ini bukan saya sangat nak beriya-iya nak join semua. Saya cuma lakukan yang terbaik,” katanya lagi.
Sejurus saingan minggu pertama yang tiada penyingkiran dilakukan, usahawan asal Kelantan itu berada di kedudukan tercorot dengan markah keseluruhan 18.8 peratus.
Manakala dua peserta lain di kedudukan paling bawah ialah Syafiq Abdullah dan Megat Rahim, namun Megat tidak membuat persembahan berikutan masalah kesihatan.
Minggu pertama Big Stage 2022 menyaksikan Aishah Retno meraih markah tertinggi, manakala tempat kedua Daniel Chuer dan Yasmin Aziz di tangga ketiga.
Big Stage 2022 menyaksikan Ajai bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza berada di posisi juri tetap dan Juri Juara merupakan juri jemputan dan mereka terdiri daripada selebriti yang pernah bergelar juara untuk semua program di saluran Astro.
Mas Idayu diperkenalkan sebagai Juri Pedas yang akan memberi kritikan panas kepada semua peserta di samping Vida, Presiden Netizen yang akan membaca komen-komen media sosial sepanjang program berlangsung.
Big Stage bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Alif Satar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Iman Troye, mengakui dia lebih selesa untuk membeli sendiri persalinan yang ingin digayakan, termasuk ketika menjelang musim perayaan.
Iman atau nama sebenarnya, Siti Nur...