![WhatsApp Image 2020-04-01 at 11.12.20 PM](https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2020/04/WhatsApp-Image-2020-04-01-at-11.12.20-PM-696x434.jpeg)
Setelah sekian lama menutup ruangan komen di laman media sosial Instagram, pelakon Izreen Azminda kini kembali berkomunikasi bersama peminatnya.
Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam turut memaklumkan tindakan dibuat bagi memberi ruang buat peniaga dalam talian melakukan promosi di akaun media sosial miliknya.
“Bersempena kami dah bukak komen ni. Esk kami nk bg peluang kepada peniaga online.
“Hampa promote la barang2 ampa semua kat ruangan komen esk okay. Semoga murah rezeki ampa semua,” tulisnya.
Sekadar informasi, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2018 di Damansara, Petaling Jaya.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Aaron Ibrahim, 9 bulan.
Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014.
Keduanya dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.
Terdahulu, Izreen menutup ruangan komen di akaun Instagram miliknya selepas terpalit beberapa isu terhadap dirinya.
Foto: Instagram Izreen Azminda
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“MasyaAllah, Akankah Kita Tempuh Kemanisan Begini Nanti,” – China Beri Penghormatan Buat ‘Frontliner’, Azhan Rani Tunggu Detik Keramat Buat Malaysia
![“MasyaAllah, Akankah Kita Tempuh Kemanisan Begini Nanti,” – China Beri Penghormatan Buat ‘Frontliner’, Azhan Rani Tunggu Detik Keramat Buat Malaysia](https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2020/03/WhatsApp-Image-2020-03-24-at-1.37.58-PM.jpeg)
Suasana sebak dan tangisan mengiringi perjalanan pulang kakitangan barisan hadapan China yang berkorban segalanya demi memastikan China bebas daripada wabak Covid-19 yang melanda.
Rakyat China dilihat berbaris di tepi jalanraya dan memberikan tunjuk hormat sambil mengalirkan air mata.
Azhan Rani turut tersentuh hati dan memanjatkan doa agar Malaysia turut dapat merasai kemanisan hakikat perjuangan.
Dia tidak mahu ketinggalan meraikan kemenangan dan mengucapkan penghargaan kepada wira negara yang kini sedang bertarung nyawa untuk masa depan seluruh rakyat Malaysia.
“Masyaallah, akankah kita tempuh kemanisan begini nanti?
“Andai dipanjangkan umur dengan izin Allah, saat kita bebas dari musibah ini, aku nak bersama2 meraikan kemenangan dan terima kasihku pada wira2 frontliners yang sedang bertarung nyawa untuk masa depan seluruh rakyat malaysia sekarang.
“China mampu kita juga mampu.. please berusaha dan jangan mengalah. *sumber Fb *kesemua petugas kesihatan balik ke tempat asal masing2 setelah pandemik covid19 berada dalam kawalan dan beransur2 hilang.
“Tengok macam mana rakyat memberi penghormatan kepada mereka semua. they really deserve such a respect. no. 1 frontliner #stopcovid19 #juststayathome
#kitajagakita,” kongsinya.
View this post on InstagramA post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on
Netizen turut berkongsi reaksi masing-masing di ruang komen.
Semoga detik keramat itu tiba sebelum menjelangnya Ramadan.
Foto : Instagram Azhan Rani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Setiap Kali Balik Ke Kelantan Baru Rasa Kehilangan,”- Neelofa Sebak Bakal Sambut Raya Tanpa Datuk Tersayang
![“Setiap Kali Balik Ke Kelantan Baru Rasa Kehilangan,”- Neelofa Sebak Bakal Sambut Raya Tanpa Datuk Tersayang](https://cdn.mediahiburan.my/2019/05/whatsapp-image-2019-05-14-at-12.31.12-pm-14_46_205006.jpeg)
Setiap insan yang pernah merasai kehilangan orang yang tersayang, pasti akan memahami apa yang dilalui oleh pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor.
Terdahulu, datuk kepada Neelofa, Noor Mohamed telah kembali ke rahmatullah pada 20 November 2018.
Neelofa atau sinonim dengan panggilan Lofa akui ia bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dirinya apabila kehilangan ahli keluarga yang disayangi.
MH ada bertanyakan kepada pengacara yang berusia 30 tahun itu mengenai perasaan menyambut Syawal yang bakal menjelma tanpa datuk tercinta tahun ini.
“Tak tahu macam mana nak cakap perasaan itu nanti sebab sebelum ini pun dia di Kelantan, saya di Kuala Lumpur.
“Setiap kali saya balik ke Kelantan baru saya rasa kehilangan tu, bila saya di Kuala Lumpur saya rasa macam dia masih ada kat sana, ada di kampung.
“Jadi tak tahu macam mana perasaan raya tanpa adanya dia,”kongsi bintang asal Pasid Mas, Kelantan ini lagi.
Di samping itu, pengacara program MeleTOP itu mengharapkan ramadan tahun ini memberikan seribu satu keberkatan buat semua.
“Setiap tahun saya berdoa supaya saya, family, followers dan semua orang akan mendapat keberkatan, dapat menghayati ramadan ini dengan lebih baik.
“Kita pun dapat guna masa ni untuk buat amal ibadat, cari pahala sebanyak-banyaknya dan hayati puasa itu,” kongsi Lofa.
Terdahulu, Lofa telah ditemui MH di majlis pelancaran eksklusif Naelofar x Guardian di pelancaran koleksi ‘tote bag’ musim panas istimewa.
Koleksi berkenaan telah didatangkan dalam tiga pilihan corak yang menawan seperti Nature Beauty, Red Blossoms dan Floral Serenity.
Dengan setiap pembelian barangan Guardian bernilai RM20 untuk jenama terlibat dan juga belian RM30 untuk jenama lain, pembeli berpeluang mendapatkan ‘tote bag’ terhad itu dengan harga RM17.90 sahaja.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mungkin Kerana Terlalu Percayakan Orang,” – Pernah Terduduk Ditipu, Shuib Akui 2019 Tahun Mencabar
![“Mungkin Kerana Terlalu Percayakan Orang,” – Pernah Terduduk Ditipu, Shuib Akui 2019 Tahun Mencabar](https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2019/12/deww.png)
Menjadikan tahun 2019 sebagai tahun yang sangat perit dalam hidupnya, namun pelawak dan usahawan Shuib tidak patah semangat dalam teroka dunia bisnes.
Shuib ketika ditemui di Menara U2, Shah Alam pada Khamis berkata, dia pernah ditipu olah individu yang bertindak menyeleweng wang syarikat dengan jumlah yang besar, awal tahun ini.
“Saya rasa awal tahun ini menjadikan diri saya ‘down’ apabila saya mendapat tahu diri ditipu oleh seorang individu dalam syarikat sendiri.
“Pada tahun pertama, kami (Shuib dan team) berjaya melakukan jualan sebanyak RM8 juta dan saya sangat gembira.
“Namun pada hujung tahun kedua, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dalam syarikat. Penurunan jualan sangat ketara.
“Ketika itu saya menyedari ada individu yang mungkin mengambil kesempatan di atas kealpaan saya dalam menguruskan syarikat,” kata Shuib kepada MH.
Mahu mencari jalan penyelsaian, suami kepada penyanyi Siti Sarah ini sudah pun menyiasat perkara tersebut.
“Selepas saya kenal pasti individu terbabit yang cuba manipulasi wang syarikat, saya terduduk, terpaku. Saya rasa ia seolah mimpi.
“Hal ini mungkin kerana saya terlalu percaya orang untuk menguruskan sesuatu perniagaan itu,” kongsi pemilik nama penuh Shahmira Muhamad ini lagi.
Shuib bagaimanapun positif dan cuba menjadi individu yang lebih kuat dan tak putus asa.
Atas minat dalam perniagaan juga, Shuib akhirnya cuba terokai jalan dengan melakukan pembaharuan berasaskan madu misalnya, dengan menguruskan minuman Bubble Bee.
Mempunyai 14 perisa berbeza, minuman berasakan madu sangat berkhasiat dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
Malah, ia sudah dilancarkan sejak semalam dan cawangan pertamanya telah pun dibuka di Menara U2, Shah Alam.
Disahkan halal, kesemua pilihan minuman yang ditawarkan pada harga antara RM6.90 hingga RM14.90.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI