Selepas mengumumkan persaraannya dari bidang nyanyian selepas menjayakan konsert terakhirnya, The Last Altimet Show Februari lalu, Altimet dilihat kian terbuka untuk berkongsi mengenai sisi peribadinya.
Terdahulu, penyanyi lagu Bunga ini mengakui dia sudah pun mendirikan rumah tangga sejak 15 tahun lalu dan kini mempunyai tiga cahaya mata.
Malah, dia turut membuat pendedahan itu ketika ditemu bual Hlive!, sejurus konsert selesai.
“Saya dah berumahtangga, kami dah 15 tahun. Buat masa ini saya sudah bersedia untuk berkongsi perkara ini dengan peminat.
“Zaman media sosial ni makin lama makin susah untuk simpan rahsia. Malah ada juga yang tahu sebelum ni mereka kecam dan kata saya menipu. Saya tidak menipu saya cuma simpan hal-hal peribadi saya. Namanya pun hal peribadi,” katanya.
Pada masa sama, Altimet turut mengakui sepanjang bergelar anak seni, dia lebih senang untuk ‘menjual’ naskhah seni berbanding hal-jal peribadi.
“Saya masuk seni ni saya bukan jadi ahli gosip, saya bukan jenis yang jaja keluarga. Saya cuma ‘niagakan’ lagu saya sahaja. Sebab tu saya nak orang fokus pada lagu,” katanya sambil mengakui sudah mempunyai tiga orang anak.
Bagaimanapun, anak-anaknya tidak hadir menonton konsertnya terakhirnya itu yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur itu.
Sementara itu, beberapa hari lalu Altimet ada memuat naik sekeping foto yang merakamkan seorang kanak-kanak berambut kerinting yang dirakam dari arah belakang.
“Cuti sem tapi aku kena gi kelas mengira. Ko ghaser?,” tulisnya ringkas.
Pelakon dan pengacara Yatt Hamzah telah ‘membongkar’ rahsianya apabila dia sudah lama tidak menggoreng ayam meski sudah tiga tahun berkahwin dengan Muhammad Zulfadli pada Februari 2016.
Menerusi Instagram miliknya, dia berkongsi pelbagai jenis lauk yang cukup menyelerakan.
“1st time goreng ayam semenjak 3 tahun kahwin! Percaya tak? Ya kan Syg @zul.autkaz betul kan? Kenapa 1st time? Sbb selama ni Grill je semua lauk, x suka goreng, kan grill lebih sihat, lebih enak..
“Tapi semalam Bonda kena rasuk! Tak jumpa daun pudina kat pasar, so x jadi grill. Maka terhasillah idea ayam goreng acah2 #KFC masak lemak cili api ayam, sayur baby kobis (x ingat nama) with shitake mushroom, pulut kukus with bubur serawa durian as dessert. Haaa, kan dah kata Bonda kena rasuk, sampai semua menu bersantan dan bergoreng! Mmg ini jarang berlaku..
“Semua ni gara2 dah habis idea nak masak apa. Padahal nak sediakan menu special utk suami tercinta yg baru balik dr Istanbul. Maka terciptalah MENU TERLEBIH SIHAT ni. Takpe ya suami, sekali sekala kita bersantan.. Lain kali xde dah.. Back to GRILL & KUKUS,” tulis Yatt atau nama penuhnya Haryati Hamzah.