Penyanyi nasyid, Dr. Fitri Haris mengakui berasa amat bersyukur selepas diberikan kesempatan untuk sekali lagi menimang cahaya mata selepas 17 tahun.

Jelas Fitri, dia amat berterima kasih kepada semua pihak yang telah pun mendoakan kesejahteraan kelurganya selama ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Fitri Haris (@fitriharisofficial)

“Alhamdulillah, Syukur pada yang maha Agung, Terima kasih kepada semua yang sudi mendoakan kebaikan buat isteri saya @el_mrsfitri dan anakanda selepas 17 tahun (saya) dan 10 tahun (isteri)

“Pohon doa dari semua buat anakanda saya agar menjadi seorang hamba Allah yang bertaqwa dan menjadi penyambung syi’ar dan sunnah baginda Rasul Allah yang maha Agung,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh belas anggota kumpulan nasyid, UNIC itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

“Semoga Dapat Guna Suara Melaungkan Azan,” – Dr Fitri Haris Tunjuk Wajah Anak, Indah Namanya, Bilal Habibi! “Semoga Dapat Guna Suara Melaungkan Azan,” – Dr Fitri Haris Tunjuk Wajah Anak, Indah Namanya, Bilal Habibi!

Pada masa sama, Fitri turut menggunakan kesempatan tersebut untuk memperkenalkan anak lelakinya itu buat tatapan umum selepas genap seminggu dia dilahirkan.

“Bismillah.. saya perkenalkan anakanda kami yang bernama BILAL HABIBI BIN MOHAMAD FITRI (nangis pulak tgh type ni huhuhu) yang membawa maksud “BILAL KEKASIHKU”

IKLAN

“Pilihan nama ini ilham dari-Nya, Ketika mana saya bertugas menjadi seorang mutawwif membawa para Jemaah mengenali kisah sirah para Anbiaya’. Kisah BILAL sangat meruntun hati saya dan cinta BILAL kepada Baginta Muhammad S.A.W sangatlah agung dan suci.

“Semoga jika ada darah dan air suara seperti Abi, moga BILAL dapat menggunakan suara sehebat BILAL melaungkan Azan dan menyebarkan perintah Allah melalui suara yang di berikan,” jelasnya lagi.

“Semoga Dapat Guna Suara Melaungkan Azan,” – Dr Fitri Haris Tunjuk Wajah Anak, Indah Namanya, Bilal Habibi! “Semoga Dapat Guna Suara Melaungkan Azan,” – Dr Fitri Haris Tunjuk Wajah Anak, Indah Namanya, Bilal Habibi!

Dalam pada itu, Fitri turut dilihat memanjatkan doa semoga dia dan isteri diberikan kekuatan untuk terus mendidik anaknya untuk menjadi insan yang berguna buat keluarga, agama dan negara.

“Pohon doa agar BILAL terus kuat dalam agama Allah, Islam yang suci.

IKLAN

“Kepada-Nya saya dan Isteri berserah memohon kekuatan dalam bukan sahaja menjaga dan membesarkan tetapi mendidik dengan penuh kesabaran mengenal Agama Allah. Ameen,” akhirnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji wajah comel bayi tersebut selain turut mendoakan semoga Bilal membesar menjadi anak yang soleh.

“SubhanAllah, hebat nama kamu. Semoga kamu menjadi seorang khalifah yang hebat untuk agama seperti nama kamu. Anak yang soleh dan baik buat Abi dan mama kamu.

“Alhamdulillah, comel betul baby. Semoga menjadi anak yang soleh dan membesar dengan baik.

“Comelnya. Seindah namanya. SubhanAllah.

IKLAN

“Comel sungguh. Tahniah Dr. Fitri dan isteri. Semoga Bilal membesar menjadi penyejuk hati ibu bapanya,” antara reaksi netizen di ruangan komen.

Terdahulu, isteri kepada Fitri, Fazilah Omar telah selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada tanggal 28 Jun yang lalu.

Untuk rekod, Fitri dan Fazilah telah pun mendirikan rumah tangga pada Disember 2019.

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

“Semoga Dapat Guna Suara Melaungkan Azan,” – Dr Fitri Haris Tunjuk Wajah Anak, Indah Namanya, Bilal Habibi!

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI