Pelakon senior, Datin Marlia Musa mendedahkan dia mengenali pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad iaitu sejak bintang berkenaan berusia 19 tahun lagi.

Menurut Marlia, sewaktu pertama kali dia bertemu dengan Sherry, sudah jelas terpancar keyakinan di wajahnya bahawa satu hari dia akan menjadi antara orang yang hebat di dalam industri seni tanah air.

Marlia Musa Cerita Sherry Alhadad Pernah Menangis Sebab Cinta Tak Kesampaian; “Moga Allah Gantikan Dengan Lelaki Beriman.”

Marlia Musa Cerita Sherry Alhadad Pernah Menangis Sebab Cinta Tak Kesampaian; “Moga Allah Gantikan Dengan Lelaki Beriman.”

“Mengenali Sharifah Mariam dari beliau berusia 19 tahun. Saya dan @che_kem_ yang audition beliau. Berbaju kurung dia pagi tu. Yakin menjawab setiap soalan kami. Saya bagitahu dia ‘di dalam kelas saya, awak kena berguling dari corner ke corner, bole ke?’

“Dengan suara yang terang dan tegas dia jawab ‘nak buat sekarang ke?’. Keyakinan beliau itulah yang terus menjadi semangatnya untuk menjadikan bidang seni ini sebagai sumber mata pencarian beliau,” tulisnya.

IKLAN

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh isteri kepada penyanyi Datuk M. Nasir itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Sementara itu, Marlia turut memberi tahu, Sherry pernah mengelak daripada berjumpa dengannya gara-gara kisah cintanya yang tidak kesampaian.

Oleh yang demikian, bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-36, Marlia turut menitipkan doa agar hos Big Stage 2020 itu akan dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik satu hari nanti.

IKLAN

“Beberapa tahun kemudian, pada 1 hari saya perasan yang dia cuba melarikan diri dari saya. Bila saya cari ada saja alasannya. Rupanya ketika itu, dia sedang dirundung duka. Cinta remajanya musnah. Saya confront dia, menangislah kami teresak-esak.

“Hari ni doa saya pada Sharifah Mariam @sherry_alhadad semoga beliau terus berkerja keras demi mencapai cita-cita dan membahagiakan ibunya tercinta.

“Semoga cinta yang musnah angkara org ketiga dulu akan Allah gantikan dengan seorang lelaki yang beriman, yang menghormati serta menyayangi beliau dan ibunya. Selamat Ulang tahun,” kongsinya lagi.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur mendengar perkongsian daripada Marlia itu.

Marlia Musa Cerita Sherry Alhadad Pernah Menangis Sebab Cinta Tak Kesampaian; “Moga Allah Gantikan Dengan Lelaki Beriman.” Marlia Musa Cerita Sherry Alhadad Pernah Menangis Sebab Cinta Tak Kesampaian; “Moga Allah Gantikan Dengan Lelaki Beriman.”

Baru-baru ini, nama Sherry telah menjadi sebutan selepas dia berjaya merangkul dua anugerah pada malam Anugerah Bintang Popular Ke-33 (ABP33) bagi kategori Pengacara TV Popular dan Artis Komedi Popular.

Sumber: Instagram Datin Marlia Musa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI