Selepas kejayaan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew, kini giliran pelakon, Zul Yahya pula berjaya merialisasikan hajatnya untuk membuka pasar raya miliknya sendiri yang diberi nama Zulyahya Mart.

Menurut Zul, langkah ini merupakan salah satu inisiatifnya untuk mendidik diri dan keluarga untuk sentiasa berkorban ke jalan agama.

“Korbankan Sikit-Sikit Untuk Perkara Baik,”- Selepas Ustaz Ebit Lew, Kini Giliran Zul Yahya Pula Buka Pasar Raya Sendiri

“MasyaAllah, kami belum baik baru belajar korbankan sikit-sikit untuk perkara baik.

“Doakan kami semoga dapat mendidik diri dan keluarga digerakkan agar sentiasa korbankan diri, masa dan harta untuk kehidupan agama .

“Berniaga perlukan usaha, tawakal dan doa yang tak putus-putus insyaAllah,” tulisnya.

IKLAN

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bapa kepada enam orang cahaya mata itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Zul turut mendedahkan dia akan berusaha sebaik mungkin demi membangunkan perusahaan barunya itu.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain turut meluahkan rasa bangga melihat pencapaian pelakon berusia 50 tahun itu.

“Korbankan Sikit-Sikit Untuk Perkara Baik,”- Selepas Ustaz Ebit Lew, Kini Giliran Zul Yahya Pula Buka Pasar Raya Sendiri “Korbankan Sikit-Sikit Untuk Perkara Baik,”- Selepas Ustaz Ebit Lew, Kini Giliran Zul Yahya Pula Buka Pasar Raya Sendiri

IKLAN

Terdahulu, menerusi laporan Harian Metro, Zul dikhabarkan tidak akan menolak sekiranya diberikan tawaran lakonan tetapi hendaklah ditelitinya terlebih dahulu.

“Kalau watak yang ditawarkan itu kena dengan usia, lebih matang dan mungkin lebih serius, saya akan pertimbangkan.

“Kalau boleh, biarlah karakter yang saya lakonkan itu, ada nilai dalam penyampaian kepada penonton dan menjadi asbab untuk sampaikan sesuatu yang baik buat masyarakat juga,” katanya seperti yang dipetik.

 

IKLAN

 

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI