Pelakon, pengacara dan usahawan Neelofa mendedahkan dirinya sudah lama tanam impian untuk menceburi industri Makanan dan Minuman (Food & Beverages – F&B), mengambil inspirasi bisnes yang diceburi bapanya yang mengusahakan Village Park.

Malah katanya kepada MH, produk Nilofa Banana Milk mendapat sambutan menggalakkan dan ia nyata memberi semangat buatnya untuk terus terokai bisnes baru selepas itu.

“Jadi bila saya berkesempatan untuk lalukan F&B ini, mengeluarkan produk yang very straight forward iaitu air, keperluan harian dan sebahagian dari gaya hidup. Mengapa tidak saya cuba.

IKLAN

“Impaknya sangat luar biasa kerana terdahulu saya hanya fokus kepasa fesyen dan kosmetik. Jadi ini adalah yang pertama dan ia mendapat reaksi positif,” jelas Neelofa yang turut mengakui permintaan peminat terhadap Susu Pisang adalah tinggi, khasnya bagi mereka yang menggemari budaya Korea.

Pada masa sama, hos MeleTOP ini turut mengumumkan dirinya bakal kembangkan lagi bisnes F&B dengan menjalankan servis penghantaran menu harian ‘fresh food’ yang dikhususkan untuk sarapan pagi.

IKLAN

“Menu hidangan yang sinonim dengan orang Kelantan, Nasi Berlaluk. Setakat ini, kami sudah pun ‘set up’ our central kitchen di Selangor dan untuk permulaan operasinya akan berjalan di sekitar Lembah Klang.

IKLAN

“InsyAllah ia akan mula beroperasi Januari depan. Kita tengah ‘test run’ dahulu sebabnya agak sukar kerana ia bermula seawal Subuh dan perlu diagih-agihkan kepada pick up point. Hanya tumpu kepada waktu sarapan sahaja. Nasi lauk Ayam,” katanya lagi.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI