Pelakon, Wawa Zainal semalam memberi kejutan buat suaminya iaitu pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel apabila menghadiahi Aeril dengan sebuah kereta jenis Toyota Vellfire berwarna hitam.

Terdahulu, Aeril turut melakukan kejutan sama buat Wawa pada Jun lalu apabila memberikan kereta jenis Mercedes rona sama sebagai hadiah kejutan buat isteri tersayang.

Wawa menerusi entri Instagram yang dikemas kini awal malam semalam menyatakan ia adalah sebagai membalas jasa suami yang pernah memberikan hadiah kereta buatnya sebelum ini.

IKLAN

“Balas jasa suami beli kan i keta haritu .alhamdulillah ya Allah syukur atas kurniaan rezeki. wlupun aeril sedih sikit sbb sbnr nya dia nak kereta sport. next year ye syg.

 

“Tahun ni tahun yg sgt bermakna buat kami. sikit2 impian Allah makbulkan . benarlah kata org rezeki itu tak pernah lambat tak pernah cepat & tak pernah salah alamat. Thank U Allah,” tulisnya sambil diiringi dengan pelbagai komen di kalangan para pengikutnya.

Untuk rekod, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar,5, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa,3.

IKLAN

Memang murah rezeki pasangan ini kan?

IKLAN

Foto: Instagram Wawa Zainal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI