Penyanyi dan pelakon, Selena Gomez dilaporkan memasuki pusat kesihatan buat kali ketiga dalam tempoh tiga bulan ini kerana tekanan emosi yang dihadapinya.

Menerusi laporan Enews, Selena dirawat kerana masalah kemurungan dan ‘panick attack’.

“Dia (Selena) kini mendapatkan segala bantuan yang diperlukan. Dia kini berasa lebih sihat berbanding minggu sebelumnya,” kata sumber kepada media.

Sebelum ini, Selena dimasukkan ke hospital sebanyak dua kali pada September lalu kerana ‘masalah kesihatan’ dan fizikal yang dihadapi terutama selepas mendapatkan rawatan untuk penyakit ‘Lupus’ yang dihadapinya.

IKLAN

Selena Gomez Dapatkan Rawatan Di Hospital Kerana Tekanan Emosi?

Sumber mengatakan bahawa selepas kali pertama dirawat, Selena masih berasa tidak sihat dan mendapatkan rawatan untuk kali kedua bagaimanapun, dia mengalami serangan panik semasa di hospital.

“Isu ini masih berterusan dan Selena sendiri sangat komited dan fokus pada isu kesihatan mental dan fizikalnya,” kata sumber itu lagi.

IKLAN

Dalam pada itu, Selena juga kini secara rasminya sedang berehat daripada laman sosial medianya

“Dia memang sering bergelut dengan masalah kemurungan namun apabila keadaan menjadi lebih buruk, Selena akan ‘melarikan diri’ daripada laman media sosialnya, dan berada di sekeliling orang dipercayainya.

IKLAN

“Selena benar-benar berusaha keras untuk kekal fokus dan tidak membenarkan masalah kesihatannya itu menggangu kariernya. Dia kini aktif menulis muzik baru dan berpindah ke Orange County untuk berubah angin,” katanya lagi.

Sumber: Enews!

Foto/Instagram: Selena Gomez

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI