Pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima memberikan pendapat berkenaan dengan kehadiran ke sesebuah acara, seperti jika ada situasi membabitkan kematian atau kenduri di majlis raja sehari.
Menurut Erma, kehadiran individu ke majlis tertentu difikirkan sebagai tanda sokongan dirasakan sesuatu yang baik.
“Setahu akulah, ziarah orang meninggal dan hadir kenduri ini sesuatu yang baik. Kita saling mendoakan untuk kebaikan.
“Ni tidak, selebriti yang hadir majlis nikah Fattah dan Amira ini macam rombongan Global Sumud Flotilla (GSF).
“Dewan kahwin tu macam kena kepung. ‘Bersepah’ peluru macam sampah ‘tembak’ rombongan yang pergi ni,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram pada Selasa.
Bagaimanapun, Erma menegaskan semua itu langsung tidak memberi kesan kepadanya mahupun kepada tetamu lain yang hadir.
“Tapi setakat ‘peluru sampah’ tu, kita orang sama juga macam rombongan GSF tempoh hari.
Ads
“Kami hanya menikmati moment. Ala, setakat serangan langau acah-acah sahaja tu,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Erma supaya tidak menghiraukan kecaman tersebut. Antara komen mereka termasuk;
“Jenis yang tak boleh tengok orang bahagia, begitulah. Yang pergi semua pakai lawa-lawa dan bergembira meraikan hari bahagia pengantin. Tiba-tiba ada yang sakit hati.”
Ads
“Terbaik kak. ‘Bekas tunang’ yang sangat supportive. Orang tak matang memang begitu. Sesuai jadi langau sahaja.”
“Terbaik. Hanya orang-orang yang hati bersih dan baik hati sahaja yang nampak kebenaran.”
“Biasalah manusia ini, memang ada kadang-kadang yang busuk hati.”
Untuk rekod, Erma antara rakan selebriti yang hadir ke majlis resepsi ketiga Fattah dan Amira yang diadakan di Melawati Convention Center, Ampang, baru-baru ini.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pusingan separuh akhir All Star Championship 2025 menyaksikan pertarungan sengit dan penuh kejutan apabila beberapa peserta berjaya menewaskan lawan masing-masing dalam aksi tinju yang cukup mendebarkan.
Pertarungan tersebut berlangsung pada Sabtu lalu di Bunker Damansara, Kuala Lumpur, dengan kehadiran penonton yang memenuhi ruang gelanggang dan memberikan sorakan luar biasa.
Antara aksi yang paling mencuri tumpuan ialah kemenangan pelakon dan penyanyi, Fareez Fauzi, yang mara ke pentas akhir selepas menumbangkan lawannya, Koroy, dalam perlawanan yang berlangsung sengit dari awal hingga akhir.
Sementara itu, hasrat pempengaruh Imranul Effendy untuk berentap dengan adiknya, Izzlan, di pentas akhir tidak kesampaian apabila Izzlan tewas kepada Amir Harris, sekali gus menutup peluang menyaksikan “pertembungan adik-beradik” yang dinanti ramai.
Dalam masa sama, pelakon Shahidan Izwan turut tersingkir selepas tunduk kepada Sonic, yang mempamerkan ketenangan dan ketepatan pukulan luar biasa.
Penyanyi Fariq McFly pula terpaksa melupakan impian memburu kemenangan apabila tewas kepada Oyot, seorang atlet silat yang memperlihatkan disiplin serta kawalan gelanggang seolah-olah jaguh profesional.
Penganjur All Star Championship, Dato’ Abdul Rahman Soltan, berkata, kejohanan kali ini membuktikan bahawa para peserta bukan sahaja berani mencabar diri, malah berlatih dengan penuh komitmen untuk menampilkan aksi bertaraf profesional.
“Saya bangga dengan semangat dan disiplin semua peserta. Walaupun ada yang dikecam kononnya bertinju ‘main-main’, mereka sebenarnya menjalani latihan intensif dan menunjukkan komitmen luar biasa di gelanggang.
“Secara keseluruhan, penganjuran separuh akhir berjalan lancar dan sambutan penonton sangat luar biasa. Ini membuktikan bahawa All Star Championship kini menjadi fenomena baharu dalam sukan tempur moden,” katanya.
Menurutnya lagi, kejohanan ini turut menggabungkan elemen sukan dan digital selaras dengan usaha mempromosikan pelancongan domestik menerusi kerjasama dengan Tourism Malaysia dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Sebanyak tiga kejuaraan utama bakal menjadi rebutan dalam pusingan akhir yang dijadual berlangsung pada 18 Oktober 2025 di Arena Sukan Kuala Lumpur, dengan jumlah hadiah terkumpul RM270,000 menanti pemenang.
“Kami harap pusingan akhir nanti akan menjadi kemuncak yang paling sengit dan bersejarah, memperlihatkan kehebatan enam peserta terbaik yang kini bersedia merebut gelaran juara All Star Championship 2025,” ujarnya.
Sementara itu, pelakon berpengalaman Fauzi Nawawi, yang turut hadir sebagai penonton dan bapa kepada salah seorang peserta, menyifatkan All Star Championship 2025 sebagai satu platform yang berjaya menggabungkan dunia sukan dan digital dengan cara yang sihat dan profesional.
Menurut Fauzi, masyarakat perlu melihat kejohanan ini dari sudut positif kerana ia bukan sahaja memperkenalkan sukan tinju ke khalayak lebih luas, malah mampu mengurangkan konflik di media sosial dengan menyalurkan semangat persaingan secara sihat.
“Kita perlu melihat perkara ini secara positif kerana ia mampu melonjakkan nama sukan tinju tempatan ke tahap lebih tinggi melalui penglibatan selebriti yang mempunyai pengaruh besar. Mereka juga berlatih secara profesional. Lihat sahaja bagaimana pertarungan berlangsung.
“Malah, kita patut puji kesungguhan dan matlamat penganjur yang menyediakan gelanggang profesional serta memberi pengalaman kepada peserta yang mungkin sebelum ini hanya berminat dengan sukan tinju.
“Sukan tinju sekarang tengah popular dalam kalangan anak muda dan saya dapat lihat bagaimana ia mula meresap masuk ke dalam dunia digital juga. All Star Championship 2025 satu platform yang sihat, tak salah kita sokong,” ujarnya.
Tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir secara langsung di Arena Sukan Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2025akan mula dibuka tidak lama lagi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Rasai kebaikan vitamin & probiotik dalam KITSUI Whitie Snow, bantu kulit tampak lebih sihat & berseri.
Dunia hiburan Korea Selatan kehilangan seorang lagi pelawak apabila Jung Se-hyup dilaporkan meninggal dunia secara mengejut pada usia 41 tahun, minggu ini.
Menurut laporan portal hiburan Soompi dan MK Sports, mendiang ditemui tidak bernyawa di kediamannya di wilayah Gyeonggi, Korea Selatan pada 6 Oktober 2025.
Punca kematiannya dipercayai akibat serangan jantung, namun pihak keluarga belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara itu.
Jung Se-hyup pernah menjadi antara wajah yang menceriakan rancangan Gag Concert dan People Looking for a Laugh, dua program komedi popular Korea Selatan pada era 2000-an. Beliau dikenali dengan watak ‘Chow Chow’ yang sering mencetuskan gelak tawa penonton menerusi gaya lakonannya yang bersahaja.
Pelawak itu sebelum ini pernah berjuang melawan penyakit leukemia hampir sedekad lalu dan menjalani pemindahan sumsum tulang sebelum akhirnya disahkan pulih. Namun, kesihatannya dikatakan semakin merosot sejak kebelakangan ini.
Pelawak senior Kim Dae-hee dan Park Sung-kwang antara yang berkongsi ucapan takziah di media sosial, menyifatkan mendiang sebagai seorang rakan yang sentiasa positif dan disenangi ramai.
Upacara penghormatan terhadap Jung Se-hyup akan diadakan di Rumah Pengebumian Hambaeksan pada 9 Oktober 2025 dan upacara pengebumian pula akan dilakukan di Taman Peringatan Hambaeksan pada hari yang sama.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Rasai kebaikan vitamin & probiotik dalam KITSUI Whitie Snow, bantu kulit tampak lebih sihat & berseri.
Anggota kumpulan Dolla, Sabronzo yang baru sahaja selamat mendirikan rumah tangga dengan deejay antarabangsa, Dash Berlin, menzahirkan ucapan terima kasih kepada peminat atas segala ucapan tahniah yang diterima.
Sabronzo atau nama sebenarnya, Wan Sabrina Wan Rusli, 30, berkata dirinya amat terharu dengan dedikasi baik semua pihak selepas berkongsi detik bahagia itu di media sosial, beberapa hari lalu.
“Terima kasih for all the beautiful coverage and kind words on my recent wedding.
“Sab and keluarga sangat tersentuh dengan sokongan dan doa yang diberikan, especially from those who have been following my journey sejak awal lagi,” kongsinya.
Majlis resepsi pasangan sama cantik sama padan itu berlangsung meriah di Bali, Indonesia pada 25 September lalu, manakala majlis akad nikah diadakan dua minggu sebelumnya.
Tidak hanya teruja meraikan fasa baharu dalam hidup, Sabronzo juga mahu terus memberi tumpuan penuh terhadap perjalanan kerjaya seninya selepas ini.
“I’m truly grateful for all the warmth and positivity.
“Semoga kita dapat terus bekerjasama and share more wonderful memories in the future,” katanya lagi.
Imbas kembali, Sabronzo mengesahkan dirinya sudah bergelar isteri kepada deejay Dash Berlin atau Ryan Fieret pada Isnin.
Berita perkahwinannya diperkatakan ramai selepas tular sekeping fotonya yang mengenakan gaun kahwin dalam rona putih sambil tersenyum dan berpegangan tangan dengan lelaki pilihannya itu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan komposer Indonesia, Isyana Sarasvati meluahkan rasa syukur apabila berpeluang bekerjasama dengan sahabat baiknya yang juga penyanyi, Allahyarham Vidi Aldiano menerusi lagu Frenemy yang dimuatkan dalam album terbaharunya, Eklektiko.