Suami kepada pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah, Wan Emir Astar menitipkan ucapan istimewa bersempena dengan genapnya ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.
Menurut Emir, selepas genap setahun melayari bahtera perkahwinan, kini dia dan Mira semakin percaya bahawa mereka sememangnya sudah ditakdirkan untuk melengkapi jiwa masing-masing.
“M is for Marriage, Mawaddah, Miracles, and More, ..foreverMore. One year on Syurgaku @mfmirafilzah, and yes indeed my love, we found out that we do complete each other, syukur Alhamdulillah. Selamat Ulangtahun Perkahwinan Temanku Dunia dan Akhirat,” tulisnya.
Ucapan penuh makna tersebut dikongsikan sendiri oleh Emir menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Emir yang juga merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mastura Mohd Yazid turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang telah pun mendoakan kesejahteraan perkahwinannya selama ini.
“Terima kasih kepada sahabat-sahabat semua atas ucapan dan doa buat kami berdua, moga Allah SWT memberkati kalian semua dengan segala kebaikan yang didoakan buat kami juga.
“Dan tidak terkata terima kasih Emir dan Mira buat Ibu, Mak dan Abah atas restu mereka.. Kasihanilah mereka Ya Rabb,” luahnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut berkongsi rasa gembira selain turut mendoakan agar perkahwinan Emir dan Mira akan berkekalan hingga akhir hayat.
“Happy anniversary brotherku dan Mira Filzah. Semoga bahagia till jannah.
“Happy anniversary Emir dan Mira. Semoga hubungan berkekalan hingga ke jannah dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
“Happy anniversary Mira Filzah and your husband. Semoga ikatan perkahwinan kekal hingga ke syurga Allah. Ameen.
“Hopefully second anniversary mungkin ada Emir Amirah junior. Ameen,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sementara itu, bersempena dengan hari istimewa tersebut, Mira turut dilihat telah memuat sebuah video yang memaparkan momen-momen main sepanjang bergelar suami isteri.
Bersempena dengan Ma’al Hijrah 1443 kali ini, pelakon Elfira Loy ambil pendirian untuk insafi diri seterusnya memohon maaf kepada semua andai ada yang pernah berasa tersinggung terhadap kekhilafan dirinya sebelum ini.
Dalam pada itu, pelakon berusia 27 tahun ini mengakui pemergian penyanyi, Allahyarham Siti Sarah pagi Isnin, telah memberikan kesan tersendiri bagi ibu beranak satu ini.
Ini kerana, kebaikan yang pernah dilakukan arwah Sarah yang menjalinkan hubungan baik dengan orang harus dicontohi dan dia percaya, setiap kebaikan yang dilakukan akan dibalas dengan perkara sama.
“Welcoming the first day of Muharram.Jika new year kita ada goals , di awal muharram kita mesti kena ada hijrah yang ingin kita lakukan. Saya mulakan dengan memohon maaf kepada semua yang saya pernah sakiti walau sekelumit kuman. Maafkan saya.
“Pemergian Kak @sitisarahraissuddin telah banyak memberi impak dan pengajaran buat saya. Kita kena berbuat baik dengan sesiapa sahaja walaupun kita tak kenal . Kerana dengan kebaikan , orang akan kenal kita seperti seumur hidup mereka. Janji Allah itu adalah nyata.
“orang yang berbuat baik , akan dibalas dengan kebaikan.Apabila sesuatu perkara atau kerja yang kita lakukan dengan ikhlas dan tawaduk , hanya Dia sahaja yang mampu membalasnya..1 Muharram 1443H,” tulisnya panjang lebar menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.
Sekadar informasi, Elfira mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan telah selamat bergelar ibu selepas melahirkan anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf secara normal pada 1 Oktober 2019.
Foto: Instagram Elfira Loy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyampai radio Siti Elizad Sharifuddin memberikan menitipkan ucapan istimewa buat suami tercinta, Shamsul Baharin Abdul Rahman bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-8.
Menerusi dedikasi yang dikongsi di Instagram itu, bekas hos program Mingguan Wanita ini turut mendedahkan mengenai ucapan ulang tahun perkahwinan yang sering diungkapkan dirinya kepada suami, sebelum ini.
“Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang kelapan sayangku. I takde ucapan panjang-panjang untuk you sebab…
“Setiap kali ulang tahun perkahwinan, mesti i akan cakap ‘InsyaAllah anniversary tahun depan mesti kita bertiga’. Rasanya dah boleh tukar dialog tu. Lapan tahun menanti,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Sekian lama bersabar menanti dikurniakan rezeki zuriat, Elizad atau nama lengkapnya Siti Elizad Mohd Sharifuddin kini reda dengan ketentuanNya.
Dia percaya percaturan yang sudah ditentukan Allah SWT adalah terbaik.
“InsyaAllah berlapang dada, redha dan pasrah. Percaturan Allah itu lebih baik. Happy anniversary, happy honeymoon forever. Just the two of us Doakan kami ya semua,” kongsinya lagi.
Imbas kembali, Elizad dan suami telah mendirikan rumah tangga bersama pada 11 Januari 2015.
Sebelum ini, penyampai radio Sinar FM ini pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) dalam usaha mendapatkan zuriat, sekitar bulan Oktober 2020.
Namun, impian untuk mendapatkan zuriat tidak kesampaian setelah Elizad mengalami keguguran sebulan selepas menjalani rawatan kesuburan tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dalam pada itu,suaminya ,Raden Ahmad Faizal Yaakob atau dikenali sebagai Raf Yaakob turut berasa gembira atas kejayaan Mawar.
“Congratulations anje. Not many know this. And I know you’re not the kind of person who would tell everything. You will rather just keep quiet and let nature does the job for you.
“Throughout your life, you’ve been misunderstood for many reasons. They have called you with many names. But it’s ok, maafkan mereka and let them be. Tak kenal maka tak cinta kan? Your family and close friends are the one that really2 knows you inside out. So just sabar, stay humble and cheerful like you always do .
“It takes lots of courage and discipline to complete your studies while being an actress, daughter that supports own family, a wife and mum at the same time.
“But you went through it all with full dedication and penuh kesabaran,” tulis Raf.
Raff juga sempat memberikan nasihat buat isteri tercinta.
“Ingat pesan Abang ni sampai bila2…ujian dari Allah Swt diberikan kepada hamba2Nya yang terpilih dan Allah Swt takkan memberi ujian diluar kemampuan hambaNya.
“Dan jangan kita lupa bersama ujian itu, ada juga pertolongan dan peningkatan yang Allah Swt dah janjikan pada kita. Look at where you are today! Alhamdulillah.
“Today is your convocation day. I just wanna say that I AM VERY PROUD OF YOU MY LADY .
“You must know that selagi Abg masih bernyawa, I’ll always be by your side and support you in whatever you do.
“And Abg sentiasa doakan supaya anje terus sukses dan berjaya dalam hidup. Ameen Allah Humma Ameen. Congratulations again from me. Love, your sweet Raden,” akhiri Raf.
Dalam perkembangan lain, kedua-dua pasangan ini menanti detik terindah menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.
Apa-apa pun,tahniah buat Mawar diatas kejayaan ini!
Foto: IG Mawar,Raf
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Atikah Suhaime, 33, meminta ramai mendoakan yang baik-baik buatnya dan suami sebagai mengulas dakwaan dirinya kini hamil seperti diperkatakan netizen di media...