“Selamat tinggal, Mak…,” itu tulis pelakon dan penyanyi Diana Rafar menerusi Instagram beberapa jam lalu bagi mengesahkan ibunya, Rasimah Abd Rahman, 73 telah pergi mengadap illahi di sebuah pusat perubatan, awal malam tadi.
Malah, berita dukacita itu turut dikongsi kakaknya, Diana Rafar menerusi platform sama.
Media sebelum ini melaporkan tangan kiri ibu Diana dan Linda terpaksa dipotong hingga ke bahagian siku akibat jangkitan kuman yang merebak ke dalam darah pada 12 Disember lalu di Hospital Shah Alam.
Foto: Instagram Linda, Diana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ketika ini, rata-rata pencinta drama tempatan cukup berminat mengikuti drama rantaian terbaru menerusi slot Akasia, Pujaan Hati Kanda.
Drama lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah itu menjadi bualan ramai, lalu trending menerusi media sosial.
Bukan hanya jalan ceritanya yang menarik, malah lakonan para pelakonnya juga turut menjadi perhatian.
Misalnya Reen Rahim yang mendukung watak sebagai Su, Sarah Hilderbrand sebagai Nadine dan Syazwan yang memainkan watak sebagai Pali.
Menerusi sebuah posting video Syazwan Zulkifly menerusi Instagram, pelakon itu telah berkongsi kembali sedutan video heroin drama berkenaan, Mira Filzah yang memuji karektor Pali yang dijayakannya.
Lalu, Syazwan menitipkan perkara sama buat Mira.
“Secara jujur, awak pun @mfmirafilzah adalah seorang pelakon yang sangat baik. Jika saya seorang saja yang memberi bak kata awak, dan awak hanya menerima saja, ianya pun tak kan menjadi.
“Tapi kerana awak juga turut memberi, alhamdulillah, bukan kita saja, penonton yang menonton juga turut terkesan.
“Thank you Mira kerana banyak memudahkan saya untuk membawa karekter #pali ini sepanjang pegambaran dijalankan.thank you very much,” tulisnya.
Beberapa hari lalu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri ada menulis surat secara terbuka buat usahawan kosmetik sensasi, Safiey Illyas untuk bersua dan ‘mengeteh’.
Lalu, menerusi Instagram, penyanyi lagu Syinta Gila itu ada memberikan reaksi terhadap pelawaan berkenaan.
Katanya, dia bukan tidak mahu bertemu dengan mufti, sebaliknya dia risau masyarakat akan mengharapkan sesuatu di luar jangkaan.
“Bukan xnk jumpa mufti, tp nanti masyarakat suka expect too much . Balek jumpa mufti mesti berubah jd laki.
“Lepastu benda lain lg org akan cakap , marketing lah tu nk keluar lagu baru , produk baru . ATAU lagi 1 penunggang agama . Pastu lagi 1 , bodoh la dia ni memang hati hitam dh jumpa mufti masih x berubah,” tulisnya.
Pada masa sama, Safiey turut menjelaskan dia sudah serik.
“Syinta dh serik dah hahaha . Jumpa ustaz ebit haritu pun korang expect mcm2 . Salah ke nk g belajar ilmu agama tambah ilmu.
“Janji kita tahu kita ni berdosa jahil masih terdetik hati nak keluar dakwah 3 hari. Ada yg nak tambah?,” kongsi Safiey lagi.
Sementara itu, menerusi ruangan komen, rata-ratanya memberikan nasihat buat Safiey. Bahkan ada beberapa komen turut dibalas usahawan tersebut. Di samping itu, kelihatan juga komen yang berbentuk kritikan dan kecaman terhadapnya.
Foto: Instagram Safiey lllyas
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!