Awal semalam, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh ada memuat naik sekeping fotonya yang sedang membuat persembahan.
Turut sama kelihatan menerusi foto yang dikongsikan menerusi Instagram itu ialah salah seorang anggotanya, AG Coco bersama kapsyen seakan-akan memberi bayangan terhadap sesuatu.
“Ni last aku post photo satu frame dengan AG. Selamat menjalani kehidupan baru bersama isteri dan tercinta brother. Hujan adalah satu journey yang sangat bermakna bagi aku,” tulisnya.
Menerusi laman media sosial Instagram pelakon Puteri Sarah, pelakon terbabit telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun miliknya.
Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana telah berkongsi gambar ketika dia menyambut hari ulang tahun kelahiran anak pertamanya bernama Syaikhul Islam.
Kongsi isteri kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof, dia menyambut hari ulang tahun kelahiran Syaikhul yang ke-2 tahun.
Di samping itu, Sarah telah titipkan kata-kata buat putera sulongnya itu.
“Baby, two years ago I gave you the birth. I look at you now and I am amazed how much you have learned already. The way you play, explore and laugh is so special.
“Despite being in our lives for only 2 years, you have given your ayah and me a lifetime of happiness. May all your dreams come true.
“Happy Birthday Syaikhul Islam bin Mohd Shamsul,”tulisnya.
Lalu, peminat turut berasa terharu dengan kata-kata yang dinukil Sarah.
Terdahulu, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata bernama Syaikul Islam, 2 tahun dan Sumayyah, 1 bulan.
Foto : Instagram Puteri Sarah Liyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktor, Azhan Rani awal malam tadi ada berkongsi momen mengejutkan menerusi kiriman penonton telemovie, Restu Ayah yang disiarkan menerusi slot Cerekarama malam tadi.
Bintang Nur2 itu ada mendedahkan beberapa keratan video reaksi anak-anak penonton drama berkenaan yang disampaikan menerusi dm Instagram.
“Sebab aku dah tau cerita takde la aku beria nau nak sedih.. tapi scroll dm kat ig tadi ini antara respond yang aku dapat.. macam ni sekali rupanya ya..
“Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar.. hilang penat kerja kalau macam ni hasil dia.. semoga keinsafan ini sampai ke lubuk hati buat yang bergelar seorang anak.. ayah dan ibu hanyalah pinjaman Allah SWT.. bukan milik kita yang kekal,” tulisnya.
Malah, dia sendiri turut mengakui bukan sesuatu yang mudah apabila menerima berita pemergiaan orang tersayang.
“Aku sendiri tak dapat luahkan dengan kata2 macam mana saat menerima pemergian arwah abah dulu.. tak pernah hilang rasa rindu sampai hari ni. kita tak akan punya cukup masa untuk berbakti pada mereka.
“Selagi mereka masih ada usah sia2kan peluang untuk syurgamu bahagia.. semoga anak2 ini menjadi anak yang soleh nanti.. amin.. sekarang aku tengok video ni aku yang nak teriak.
“Thank you atas feedback.. maaf mana yang tak sempat saya balas.. isnin depan jangan lupa,” tulisnya panjang lebar.
Lalu menerusi ruangan komen, rata-ratanya memuji kredibiliti lakonannya di dalam drama tersebut dan mengharapkan agar lebih banyak sajian drama berunsur pengajaran dipaparkan selepas ini.
Selain Azhan Rani, Restu Ayah turut dilakonkan para pelakon hebat lain seperti Sharifah Shahora, Badrul Muhayat, Watie Elite dan ramai lagi.