Pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof tidak menafikan kehadiran anak cahaya mata pertamanya, Syaikhul Islam, lapan bulan, menjadi antara faktor utama dia sering rasa resah dan rindukan anak. Malah, bintang berusia 33 tahun ini juga mengakui, kerjanya juga sering ‘ternganggu’ kerana asyik memikirkan soal anak sulungnya itu.

Syamsul ditemui MH sejurus pelancaran trailer filem terkini lakonannya, Makrifat Cinta di IRDKL, Shah Alam yang turut menampilkan Datuk Adi Putra, Nabila Huda dan Nora Danish sebagai teraju utamanya.

Selalu Ingatkan Anak, Syamsul Yusof Akui Ada Ketika Kerjanya ‘Terganggu’

IKLAN

“Saya akui, pada fasa sekarang rasa cukup bahagia dengan kehidupan berumah tangga. Ditambah dengan kehadiran anak membuatkan saya tidak lekang untuk bermain anak, meski pulang pada lewat malam dan sudah penat. Letih macam mana sekalipun, pasti saya akan luang masa untuk bermain dengannya. Rasa seronok dan pada masa sama, saya tidak mahu ketinggalan untuk melihat momen anak membesar di depan mata.

“Kata orang, bayi ni cepat besar. Jadi dalam tempoh lapan bulan saya dapat lihat progress Syaikhul. Nak keluar bekerja pun rasa berat,” seloroh Syamsul ketika diminta berkongsi kisah menarik di antaranya dengan anak.

IKLAN

“Apa yang boleh saya cakap, kehadirannya melengkapkan lagi keharmonian dalam rumah tangga kami, alhamdulillah,” katanya lagi.

Selalu Ingatkan Anak, Syamsul Yusof Akui Ada Ketika Kerjanya ‘Terganggu’

IKLAN

Selain berkongsi mengenai kegembiraannya itu, pelakon dan pengarah filem Munafik ini juga turut merakamkan rasa bangga terhadap isterinya, Puteri Sarah kerana cukup komited dan prihatin di dalam membesarkan anak.

“Bila saya tengok cara dia jaga anak, barulah saya lebih faham akan istilah ayurga di tepalak kaki ibu. Cukup besar pengorbanan ibu dalam menjaga anak. Saya cukup hargai dan sebagai suami, pastinya saya sokong mana hal yang patut. Pada masa sama, dia juga cukup memahami dengan jadual kerjaya saya yang tidak menentu,” luah Syamsul yang turut memberitahu filem terbaru lakonannya arahan Kamal G itu akan menemui penonton pada 1 Februari depan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI