Penyanyi, Sufian Suhaimi akur dengan teguran netizen yang kurang senang melihat penampilan teman istimewanya yang kini masih belum berhijab.

Malah, ada juga yang mengatakan penampilan teman istimewanya itu agak tidak bersesuaian dengan imej bisnes bantal zikir yang sedang giat diusahakannya ketika ini.

Menurut Sufian, meskipun kehidupan peribadi dan bisnes tidak sepatutnya dicampuradukkan, namun dia tetap memandang teguran itu daripada sudut positif.

“Selagi Tak Menghina & Mengeji, Saya Terima,” – Bisnes Bantal Zikir, Tapi Netizen Tegur Imej Girlfriend, Ini Respon Sufian Suhaimi

“Bercakap mengenai bisnes, saya hanya cuba untuk berkongsi kebaikkan melalui zikir, selawat dan bacaan ayat Al-Quran.

“Tujuan saya menjalankan bisnes ini kerana ia merupakan perjuangan saya berdakwah sekali gus mencuba sesuatu yang baharu.

“Manakala, mengenai kehidupan peribadi pula, ia tidak bercampur dengan perniagaan tapi saya terima segala nasihat dan komen-komen netizen.

IKLAN

“Bila netizen kaitkan penampilan pasangan dan perniagaan, bagi saya, ada juga betulnya. Saya ambil maklum dan cuba refleksi diri. Saya hanya mengharapkan yang terbaik,” katanya kepada MH.

Sufian berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media single terbaharunya yang berjudul, Menggenggam Bahagia baru-baru ini.

“Selagi Tak Menghina & Mengeji, Saya Terima,” – Bisnes Bantal Zikir, Tapi Netizen Tegur Imej Girlfriend, Ini Respon Sufian Suhaimi

Katanya lagi, dia dan teman wanitanya itu sentiasa berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik.

“Saya sebenarnya tak merancang untuk mempunyai pasangan yang mempunyai penampilan tertentu. Jodoh ini rahsia Tuhan dan kita sendiri tak tahu bagaimana pengakhiran perhubungan ini.

IKLAN

“Jadi atau tidak, sebab itu saya mengambil langkah yang sangat sederhana. Kalau boleh, saya tidak mahu terlalu banyak berkongsi. Kita pun tak tahu pengakhiran seseorang itu bagaimana.

“Bagus juga bila ada netizen yang menegur. Kadang-kala, kalau nasihat kita tak menjadi, kita boleh tengok teguran netizen. Itu juga boleh jadi asbab kebaikkan,” ujarnya lagi.

Ditanya mengenai respon teman wanitanya selepas membaca komen-komen netizen, ini jawab penyanyi lagu Di Matamu itu;

“Dia juga sangat terbuka dan matang bila timbul soal teguran netizen atau perkara-perkara yang tidak disangka. Selagi teguran itu tidak menghina dan mengkeji sesiapa, kita terima dengan baik.

IKLAN

“Dia pun seorang yang baik dan datang daripada keluarga yang baik-baik. Dia tahu apa yang betul dan tak betul.

“Kami beruntung kerana punyai sistem sokongan baik. Keluarga dan rakan-rakan terdekat sentiasa menginginkan yang terbaik,” akhirinya.

“Selagi Tak Menghina & Mengeji, Saya Terima,” – Bisnes Bantal Zikir, Tapi Netizen Tegur Imej Girlfriend, Ini Respon Sufian Suhaimi

Terdahulu, Sufian teruja apabila dapat menghadiahkan buah tangan terbaharunya buat peminat yang sudah menantikan dia melancarkan lagu berentak balada.

Menggenggam Bahagia yang kini boleh didengari di seluruh platform penstriman merupakan lagu hasil ciptaan Sirkhan dan Sang Hitam.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI