{"source":"other","uid":"3FA4DA1D-18C4-425B-BE78-00E15E00D93F_1630038707533","origin":"unknown","fte_sources":[],"subsource":"done_button","used_sources":"{"sources":[],"version":1}","source_sid":"3FA4DA1D-18C4-425B-BE78-00E15E00D93F_1630038718831","premium_sources":[],"is_remix":false}

Semalam, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian Adik Muhammad Aming yang satu ketika dahulu pernah viral di media sosial menerusi sebuah video yang memaparkan celoteh lucunya mengenai pemakaian topeng muka dengan betul dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Muhammad Aming menghembuskan nafas terakhir selepas mengalami sesak nafas kira-kira jam 1.30 pagi Khamis, di kediamannya di Tawau, Sabah.

Perkhabaran tersebut nyata menzahirkan rasa sedih di hati ramai pihak termasuklah buat pelakon, Yatt Hamzah.

Menurut Yatt, video tular yang melibatkan Muhammad Aming satu ketika dahulu akan sentiasa dikenang jutaan rakyat Malaysia sampai bila-bila.

“Terima kasih untuk pesanan mu yang amat berharga. Sekarang bermainlah kamu di taman-taman Syurga nan indah.

IKLAN

“AL FATIHAH buat Almarhum adik Muhamad Aming Salleh Abdullah,” tulisnya.

“Sekarang Bermainlah Kamu Di Taman Syurga Nan Indah,” – Celotehnya Hanya Tinggal Kenangan, Yatt Hamzah Puji Ibu Bapa Didik Arwah Adik Aming

Rasa sedih tersebut dizahirkan oleh Yatt menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dikesempatan itu, Yatt turut dilihat menitipkan kata-kata pujian buat ibu bapa kepada Muhammad Aming kerana telah mendidiknya untuk menjadi seorang kanak-kanak yang sangat bijak.

IKLAN

“Semoga ibu dan ayahnya tabah. Tahniah kalian telah mendidik anak bijak lagi hebat ini dengan baik sekali. Berbanggalah, dia sekarang ahli Syurga yang sedang menanti kalian di sana,” katanya lagi.

“Sekarang Bermainlah Kamu Di Taman Syurga Nan Indah,” – Celotehnya Hanya Tinggal Kenangan, Yatt Hamzah Puji Ibu Bapa Didik Arwah Adik Aming

“Sekarang Bermainlah Kamu Di Taman Syurga Nan Indah,” – Celotehnya Hanya Tinggal Kenangan, Yatt Hamzah Puji Ibu Bapa Didik Arwah Adik AmingMelihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan perasaan yang sama selain turut menitipkan doa semoga Allahyarham Muhammad Aming ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

“Cerdik sangat. Semoga syurga tempat mu Adik Aming. Al-Fatihah.

IKLAN

“Kecik lagi tapi dah pandai berpesan-pesan dan bagi amanat. Banyak pula tu.

“Bijak sungguh adik ni. Semoga sentiasa gembira di alam sana dik.

“Innalillahiwainnailaihirojiun, semoga keluarganya tabah,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Terdahulu, berita pemergian Muhammad Aming turut mendapat reaksi daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Sumber: Instagram Yatt Hamzah, Datuk Seri Ismail Sabri, Twitter BH

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI