Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengakui jadual yang padat sedikit sebanyak menjejaskan tahap kesihatannya.

Bagaimanapun, menurut Uyaina, minat mendalam terhadap bidang ini yang membuatkan dirinya terus kuat sehingga sekarang.

Selain tanggungjawabnya sebagai salah seorang pengacara program Wanita Hari Ini, Uyaina mendedahkan dirinya kini harus berulang alik dari Kuala Lumpur ke Terengganu bagi melangsaikan baki pengambaran drama terbarunya, Wanita Tanpa Dosa.

“Apa yang buat saya terus bertahan adalah kerana minat, kesungguhan dan ikhlas ketika melakukan kerja yang diamanahkan.

“Saya tak anggap perjalanan jauh ini sebagai satu beban. Kadang-kadang saya rasa penat tu, biasalah.

IKLAN

“Cuma bila fikir pasal tanggungjawab dan amanah bila orang sudah percayaksj kita, profesionalisme dalam melakukan kerja tetap keja jaga. Itu yang buatkan saya terus bersemangat, insya-Allah,” katanya kepada MH.

Uyaina berkata demikian sewaktu ditemui media pada Pentas Akhir Ratu Hijabista 2020 pada Rabu.

“Sejujurnya Kena Mengaku Yang Saya Sememangnya Rasa Agak Penat,” – Uyaina Arshad

IKLAN

Dalam pada itu, pelakon berusia 27 tahun itu turut memutuskan untuk berehat seketika selepas selesai ke semua sesi pengambarannya tidak lama lagi.

“Sejujurnya saya kena mengaku yang saya sememangnya rasa agak penat dan ikutkan perancangan, bila berakhir penggambaran saya nak berehat seketika.

“Malah sebelum ini pun saya terpaksa tolak satu tawaran program travelogue secara baik kerana ia memerlukan saya untuk kembara seluruh Malaysia selama sebulan.

IKLAN

“Mungkin sekarang ini saya perlukan masa untuk berehat sebelum menyusun semua jadual selepas ini,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Uyaina memaklumkan drama Wanita Tanpa Dosa arahan pengarah, Michael Ang akan mula bersiaran pada 6 Oktober ini.

Selain Uyaina, antara pelakon lain yang turut membintangi drama ini adalah Kamal Adli, Uqasha Senrose dan juga Shaza Bae.

https://www.instagram.com/p/CFqjxT-D9Fc/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI