{"subsource":"done_button","uid":"3FA4DA1D-18C4-425B-BE78-00E15E00D93F_1603380073262","source":"other","origin":"unknown","source_sid":"3FA4DA1D-18C4-425B-BE78-00E15E00D93F_1603380093183"}

Kebiasaannya, kita sering melihat aksi jenaka pelawak, Syaiful lebih-lebih lagi gelagatnya ketika bersama kumpulan lawak, Zero yang turut disertai dua beradiknya yang lain.

Bagaimanapun, baru-baru ini terserlah sisi lain pelawak asal Sabah itu yang berkongsi luahan menyentuh hati apabila memaklumkan dia amat rindui Allahyarham bapanya sejak akhir-akhir ini.

Menurut Syaiful, memori bersama ayahnya itu masih segar diingatan lebih-lebih lagi sewaktu berkerja sebagai pengusaha ikan.

IKLAN

“Ayah saya betul-betul rindu ayah, saya betul-betul rindu pelukan ayah… Semua kenangan semasa kita kerja ikan, terik panas kita tarik bakul ikan hujung ke hujung semua tu saya tidak boleh lupakan ayah.

“Banyak lagi ayah saya tidak boleh lupakan bersama ayah… Saya cuma beritahu dengan ayah saya betul-betul sayangkan ayah…

IKLAN

“Yaa Allah ampunkan lah segala dosa ayah ku, tempat kan lah ayah ku dalam golongan orang-orang yang beriman AL-FATIHAH… Aminnn Yaa Allah,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Syaiful menerusi akaun Instagram miliknya.

IKLAN

Dalam pada itu, Syaiful turut menitipkan doa semoga arwah bapanya itu sentiasa diampunkan dosanya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut meluahkan rasa sayu selain turut berdoa semoga arwah bapanya itu ditempatkan dikalangan orang beriman.

“Semua Kenangan Sewaktu Kita Kerja Dengan Ikan,”- Rindu Arwah Bapa, Luahan Syaiful Zero Bikin Ramai Sebak “Semua Kenangan Sewaktu Kita Kerja Dengan Ikan,”- Rindu Arwah Bapa, Luahan Syaiful Zero Bikin Ramai Sebak
Sumber: Instagram Syaiful Zero

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI