Primadona alaf baru, Erra Fazira meluahkan rasa terharu kerana masih menerima hadiah dan ucapan daripada peminat tersayang bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-47.

Menerusi hantaran di akaun Instagram, bintang filem Sembilu ini berasa amat bersyukur kerana memiliki peminat yang sentiasa ada bersamanya hingga ke hari ini.

Selain itu, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek tetap bersyukur meski sambutan majlis hari jadi diraikan dalam serba sederhana.

“Alhamdulillah simple celebration this year given our situation that we are in. Sedikit sebanyak kita semua dah makin terima our “New Normal” dan sekarang kita masih di fasa PKP 2.0 tetapi saya tetap bersyukur atas ingatan anda terhadap saya.

“Thank you so much for the sweet surprise . I’m so touched. Thank you so much too for the prayers and well wishes on social media, through messages and so on .

IKLAN

“I and sending the same prayers back to all of you Ameen YRA. Minta maaf seandainya saya belum sempat membalas satu persatu.

“Sehingga hari ini saya masih menerima ucapan dan doa. I’m sorry if I have not replied your messages but please know that I really really appreciate the thoughts.

IKLAN

“To those who have sent flowers, cakes and presents what can I say. Sangat terharu 🥺. May God bless all of you.

“Terima kasih sekali lagi atas semua ingatan anda hanya Allah saja dapat membalasnya. Saya doakan kita semua di dalam lindungan dan kasih sayang Allah.

IKLAN

“Moga kita dijauhkan daripada musibah dan dugaan. Please stay safe ok! Don’t forget to follow the SOPs and Let’s fight this together! #kitajagakita,” tulisnya panjang lebar.

“Sehingga Hari Ini Saya Masih Menerima Ucapan Dan Doa,”- Ramai Yang Sayang, Erra Fazira Terharu

Sekadar informasi, Erra telah dilahirkan pada tanggal 9 Februari 1974 di Sungai Choh, Rawang.

Foto: Instagram Erra Fazira

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI