Pelakon Ruhainies tampil memberikan reaksi berhubung komen sesetengah netizen yang mendakwa layanan yang diberi kakitangan perubatan terhadapnya ketika menjalani ujian saringan Covid-19 sebagai kasar.
Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 29, berkata, petugas kesihatan terbabit menjalankan ujian swab dengan cermat dan baik, mungkin ia kelihatan sedemikian kerana dirinya yang tak duduk diam kerana ketakutan.
“Tidaklah kasar seperti yang dibayangkan sesetengah netizen. Mungkin hanya sudut video ia kelihatan sedemikian. Bagi saya okay sahaja. Malah sebelum buat ‘swab’ pun, petugas kesihatan tersebut beri masa untuk saya bertenang.
“Ketika itu, hanya saya yang berada di klinik swasta terbabit untuk menjalankan ujian saringan. Tidaklah petugas tersebut melakukan sesi itu secara kasar kerana ramai yang menunggu giliran sebagaimana yang disangka sesetengah pihak.
“Mungkin yang beri komen itu melalui pengalaman berbeza dengan saya. Jadi masing-masing boleh memberikan pendapat,” katanya.
Ads
Terdahulu, Ruhainies memuat naik video melakukan ujian calitan Covid-19 menerusi Instagram pada Khamis hingga mengundang reaksi pelbagai di kalangan netizen.
Bintang drama Jejak Karmila ini turut menambah, setiap individu juga mempunyai tahap keberanian masing-masing.
Ads
“Orang yang rapat dengan saya tahu mengenai tahap ketakutan saya terhadap hal sedemikian. Seharian tidak boleh tidur bila esoknya ada temujanji ‘swab test’. Malah sepanjang 29 tahun ini, saya hanya sekali masuk wad. Itu pun kerana menjalani pembedahan appendiks.
“Sebolehnya saya elak untuk masuk hospital sebab takut punya fasal, sampai begitu sekali. Keluarga pun faham.
“Jadi bila juga yang cakap saya hanya mengada-ngada lebih, orang boleh cakap macam-macam. Masing-masing ada pendapat dan mungkin petugas yang lakukan ujian terhadap mereka buat dengan lembut atau mereka tidak penakut macam saya.
“Yang penting, petugas tersebut sudah jalankan ujian saringan dengan baik. Saya pun tidaklah rasa sakit atau ada kesan sampingan selepas itu.
Ads
“Alhamdulillah, hasil keputusan yang diterima juga negatif,” katanya yang menghormati akan komitmen para petugas barisan hadapan di di dalam menjalankan tugas.
Dalam perkembangan lain, Ruhainies bakal memasuki set drama rantaian 40 episod, Cukup Derita Itu di samping Jasmin Hamid, Didie Alias, Chacha Maembong dan ramai lagi.
Sehingga kini, video yang dimuat naik itu telah pun menerima hampir 200,000 kali tontonan.
Foto: Instagram Ruhainies
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Anzalna Nasir kini sedang sarat mengandung yang sudah mencecah usia 7 bulan.
Terbaru, isteri kepada Hanif Zaki itu telah memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, pelakon yang berusia telah berkongsi pengalamannya semasa mengandung yang sudah mencecah usia 7 bulan.
“@hanif_zaki pesan tengah mengandung ni tak perlu kerja tapi bila duduk rumah bosan pula..Bila active kan diri rasa sekejap sangat masa berlalu, diam tak diam dah nak masuk 7 bulan Anzalna hamil..Alhamdulillah..
“Produk @nr.mustajab banyak membantu Anzalna sepanjang Anzalna hamil. Anzalna akan kongsikan produk yang bagus untuk ibu yang sedang hamil di luar sana supaya kita kekal bertenaga dan sihat. InsyaAllah. #BTS”tulisnya.
Kemunculan semula hos senior, Azwan Ali di media arus perdana menerusi program, Lagu Cinta Kita musim kedua baru-baru ini sememangnya meraih tumpuan banyak pihak.
Malah ramai yang memberikan pandangan termasuk pelakon, Nad Zainal yang menyifatkan Azwan atau lebih mesra disapa Diva AA itu sebagai antara pengacara televisyen terbaik yang ada pada ketika ini.
“So sweet of you. Diva Nad Zainal. Miss you my cucu tercute Tok Wan Diva like crazy. Be good my hot diva. Kirim salam all,” tulis pengacara tersebut.
Menerusi posting berkenaan, pelakon drama, Hati Yang Tersakiti itu sekali lagi dilihat memberikan respon dengan meninggal komen membandingkan trend pengacara zaman 90-an dengan generasi masa kini.
“Ya host sekarang banyak yang merapu dan suka potong tetamu bercakap. Rindu host 90s, 90s tv shows even news presenter semua nampak classy. #90skids,” kongsinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pendapat yang sama selain turut berharap agar lebih banyak peluang diberikan kepada Azwan pada masa akan datang.
Terdahulu, gandingan Azwan bersama pasangan hos yang juga pelakon, Elly Mazlein nyata memberi kelainan buat program yang bersiaran setiap Ahad pada jam 9.00 malam di TV3 itu.
Pada episod minggu lalu, Azwan mengumumkan dia hanya akan mengacarakan program tersebut selama dua minggu sahaja.
Sumber: Instagram Azwan Ali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Zain Hamid memaklumkan ibunya Maznah Mohal telah menghembuskan nafasnya yang terakhir genap seminggu yang lalu.
Lantaran itu, Zain atau nama sebenarnya Muhammad Kamaruzaman Zain Abdul Hamid merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang turut berduka diatas pemergian ibunya itu.
“Assalamualaikum. Saya mewakili adik beradik saya dan keluarga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang mengucapkan takziah dan berdoa untuk Arwah ibu saya Masnah Binti Mohal yang menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 21 july 2022 yang lalu,” tulisnya.
Ucapan tersebut dikongsikan sendiri oleh anggota kumpulan Ruffege itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dalam pada itu, Zain turut memanjatkan doa semoga ibunya itu ditempatkan bersama orang-orang beriman.
“Semoga kalian semua dirahmati ALLAH. Maafkan saya jika tak dapat nak membalas mesej-mesej kalian sebelum ni.
“Semoga ALLAH mengampuni ibu saya dan diletakkan bersama para solihin dan solehah. Ameen,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa sedih selain turut memberikan kata-kata semangat buat Zain dan seluruh ahli keluarganya.
“Salam takziah buat Zain Hamid dan keluarga. Al-Fatihah.
“Semoga almarhum ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Semoga syurga tempat ibunda mu. Salam takziah.
“Semoga dikurniakan husnol khotimah. Ameen.
“Semoga Zain sekeluarga terus tabah,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Dalam pada itu, menerusi perkongsian di Instagram stories, Zain turut berkongsi momen terakhir bersama arwah ibunya sebelum dikebumikan.
“Zain sayang dan rindu mama. Syurgaku,” luahnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Zain Hamid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia seni tanah air kehilangan seorang lagi tokoh apabila komposer dan pemuzik terkenal, Ross Ariffin, yang dilaporkan meninggal dunia petang semalam pada usia 63...