Pelakon dan hos, Scha Alyahya ada memuat naik foto beserta keadaan terkininya yang sedang meniti hari untuk bersalin anak kedua.
Mengenakan dres labuh hitam sambil mengenakan topeng muka, isteri kepada Awal Ashaari itu memuat naik foto tersebut di Instagram yang sekali gus mendapat perhatian peminat.
“Vibing with bebe,” tulis Scha ringkas pada ruangan kapsyen yang memberi bayangan mengenai perkembangan kehamilannya kini.
Lalu, para peminat ada menitipkan dedikasi beserta harapan yang baik-baik, semoga urusan bersalin Juri Pencarian Hero Remaja 2020 ini berjalan lancar.
Ads
Imbas kembali, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim (endometiosis) yang menyukarkannya untuk hamil Januari tahun lalu.
Ads
Usia kandungan kedua sudah pun memasuki bukan kelapan, Scha dan Awal mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Lara Alana.
Foto: Instagram Scha Alyahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas Mira Filzah, penyanyi rap kumpulan K-Clique, MK pula dipilih memikul tanggungjawab sebagai duta pusat tuisyen dan peningkatan akademik, PTTI Group Sdn Bhd sejak awal Januari lalu.
Penyanyi dari Sabah itu menjelaskan mengenai perkara berkenaan seiring dengan video yang dikongsinya baru baru ini di laman Instagram dengan mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mula menduduki peperiksaan berkenaan sejak 22 Februari lalu.
MK atau nama penuhnya, Muhammad Hairi Amin,24, juga percaya, tanggungjawab yang digalas itu datang dengan amanah yang murni serta besar.
“Sejujurnya saya mengambil masa memikirkan untuk menyatakan persetujuan sebagai duta pusat akademik berkenaan.
“Saya ‘dirisik’ pihak mereka sekitar Oktober tahun lalu. Ketika itu pun saya sudah mula diundang pihak berkenaan sebagai panel jemputan bersama teman artis lain.
“Ketika itu fungsi dan peranan saya lebih kepada memberi semangat dan mendorong calon SPM 2020 yang berdepan pengalaman dan cabaran berbeza di era pandemik COVID-19 ini,” katanya.
MK berkata, dia mula memeterai perjanjian bersama pusat akademi itu hujung tahun lalu.
“Cuma dalam hati saya terdetik kenapa pihak PTTI berkenan menyunting saya sebagai duta. Saya percaya ada calon lain yang lebih baik berbanding diri sendiri.
“Namun rezeki itu tak pernah salah alamat. Jadi amanah yang digalas ini akan saya sebaik mungkin. Mungkin juga saya ada pencapaian dan sedikit pengaruh yang boleh mendekatkan PTTI dengan generasi masa kini yakni pelajar SPM,” katanya yang bergelar duta pusat akademik itu selama setahun.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih mesra dengan nama Cikgu Fana berkata, pemilihan MK seiring dengan aura, personaliti dan pengaruhn dimilikinya
“Sebagai pusat akademik yang khusus kepada pelajar SPM, kami optimis kehadiran MK boleh terus mendekatkan kami dengan golongan sasaran.
“Kita sedar, pesonanya dalam kumpulan K-Clique cukup hebat dan berpengaruh. Apa saja yang dikongsinya mendapat perhatian ramai.
“Kita mempertimbangkannya juga dengan pelbagai faktor tambahan. MK ada sesuatu yang boleh kita gunakan untuk manfaat, tujuan dan contoh positif terutama di saat isu pendidikan kini berdepan cabaran getir,” katanya.
PTTI yang ditubuhkan sekitar tahun 2016 sudah berjaya melahirkan lebih 100,000 orang pelajar lulusan SPM dengan keputusan cemerlang hingga tahun lalu.
PTTI kini memiliki 25 tenaga pengajar, yang mengajar menerusi formula dan teknik berkesan membimbing pelajar menghadapi SPM.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Drama rantaian Takdir Yang Tertulis yang mengangkat kisah konflik kekeluargaan dan percintaan nyata telah mendapat sambutan baik penonton.
Bukan itu sahaja, lagu berjudul Kendati yang telah menjadi lagu tema untuk drama tersebut turut menjadi perhatian daripda penonton setia drama arahan Shahrulezad Mohameddin atau lebih sinonim dengan panggilan Budak Ijat.
Penyanyi dan pencipta lagu, Amylea Azizan meluahkan rasa syukur apabila lagu itu telah disambut baik dan telah berjaya meraih lebih 350 ribu tontonan daripada peminat.
“Grateful, just grateful,” tulisnya ringkas.
Melihat di ruangan komen, rakan selebriti dan peminat memberi pujian terhadap lagu yang dicipta sepenuhnya oleh bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) ini.
Kendati yang membawa maksud walaupun itu adalah ciptaan sepenuhnya Amylea yang dihasilkan tahun lalu dan dilancarkan secara rasmi pada 31 Januari lalu serentak dengan video lirik di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.
Foto: Instagram Amylea Azizan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Bilalah dia ni nak masuk hospital sakit mental. TerOK sangat dia ni.
“Suara dia masa AJL pun tak keluar, penat Yonnyboii back up lagu tu. Kata lelaki tapi suara kecil. Aku rasa suara beruk kuat lagi. Eh kejap aku lupalah dorang sama species. Hahaha,” tulis individu berkenaan.
Enggan melatah, Zynakal sebaliknya menerima teguran tersebut selain turut menyifatkan dirinya hanyalah sebagai manusia biasa.
“Aku tak minta untuk jadi begini, cuma pinta jadi manusia biasa. Terima kasih untuk kata-kata.
“Hanya doa untuk kita semua agar hati terbuka dan berlapang dada,” katanya.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, penyanyi lagu Sakit ini turut mendoakan agar semua individu dapat berlapang dada dan tidak sewenang-wenangnya meyebarkan kebencian terhadap orang lain.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut menasihati Zynakal supaya tidak mempedulikan komen-komen negattif tersebut.
Antara yang turut sama memberikan kata-kata perangsang buat Zynakal termasuklah artis versatile, Alif Satar dan guru vokal, Cikgu Shafi.
Sumber: Instagram Zynakal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mengakui dirinya turut terhibur apabila foto-fotonya menjadi tular di media sosial yang disunting dalam pelbagai versi lucu oleh netizen.