Pelakon senior, Jasmin Hamid menafikan dakwaan segelintir pihak yang sering kali melabelkan dirinya sebagai pelakon yang sentiasa ingin kelihatan cantik di hadapan kamera.
Menurut Jasmin, setiap watak yang diberikan, dia akan membawakannya dengan sepenuh hati mengikut kesesuaian dan tuntutan watak tersebut.
“MAK NGAH GAYAH. Drama #cukupderitaitubysitirosmizah
Sebelum dan selepas lumpuh. Full make up and naked face.
“Saya maafkan segelintir uols yang pernah berprasangka buruk bahawa saya jenis seorang pelakon yang nak cantik dan berbulu mata palsu 24 jam.
“Saya berlakon mengikut kehendak watak. Saya akan lakukan setiap watak saya dengan sepenuh hati saya supaya BERKAT gaji yang saya terima,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Jasmin menjelaskan, setiap watak yang diberikan hendaklah dibawa dengan penuh penghayatan agar mesej yang ingin diketengahkan sampai dan menusuk ke jiwa penonton.
“Saya seorang PELAKON bukan RATU CANTIK. Nak jadi seorang pelakon yang bagus, wajib belajar dan tau tentang setiap watak yang diberikan.
“Kalau pelakon itu sendiri tidak RASA, jangan harap penonton dapat RASA apa yang ingin di sampaikan dalam sesebuah karya. Tugas pelakon untuk mencipta RASA,” jelasnya lagi.
Ads
Pelakon drama, Derita Untuk Bahagia itu turut menambah, seorang pelakon yang baik hendaklah sentiasa bersedia untuk membawakan apa sahaja watak tidak kira dalam apa jua keadaan sekali pun.
“Kalau seorang Pelakon tu nak sentiasa nampak cantik dan handsome, tak nak bawa watak hodoh, busuk, berlendir mengikut kehendak watak, cari kerjaya lain yang boleh nampak cantik dan handsome 24 jam.
Genap 10 tahun pembabitan dalam bidang seni, pelakon, Janna Nick membuka tahun 2021 dengan melebarkan sayap dalam bidang pengarahan dan penerbitan menerusi telefilem, Delen bakal memulakan tayangannya hari ini, jam 9 malam di saluran Astro Citra.
Menariknya, telefilem terbitan syarikat Janna sendiri iaitu Janna Nick Studios menampilkan barisan pelakon hebat seperti Sean Lee, Sherry Al Hadad, Mark Adam, Joey, Dini Schatzmann, Norreen Iman dan ramai lagi.
Menurut Janna nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 26, dia memilih genre komedi romantik untuk naskhah sulungnya itu yang memaparkan kisah percintaan remaja sekolah.
“Saya pilih genre dan jalan cerita ini kerana berasakan lebih mudah untuk mengarah. Tapi, sebenarnya tidak apatah lagi ketika proses suntingan. Kalau dengar komedi romantik memang ringan, tapi nak hasilkan karya sebegini agak sukar juga.
“Namun, apabila sudah terbabit dalam bidang pengarahan dan penerbitan, ia memang memberi pengalaman baharu. Saya mula melihat skop pekerjaan dunia hiburan dengan lebih serius dan perspekif lebih besar.
“Sebelum ini tanggungjawab saya sebagai pelakon saja, tapi apabila menjadi pengarah dan penerbit, saya kena rasa dan lalui semua perkara. Dalam masa sama, saya melihat ia memberi kesan dari segi kerjaya lakonan yang mana saya perlu lebih peka terhadap kerja pengarah dan penerbit.
“Apabila duduk di kerusi pengarah juga, baru saya rasa macam mana kalau pelakon tidak memberi. Baru faham setiap pengarah ini ada ‘look’ dan ‘feel’ yang mereka mahukan. Dalam erti kata lain, pemahaam pelakon dan pengarah tak sama. Menjadi pelakon kena hormat kerja pengarahan,” katanya.
Bintang drama Marry Me Senorita ini turut menambah, penghasilan teleflem tersebut itu bukan sekadar satu percubaan, sebaliknya dia serius untuk terus menghasilkan lebih banyak karya selepas ini.
“Alhamdulillah, tahun ini genap 10 tahun dalam industri. Dari segi nak mengarah, diakui saya memang tidak kelulusan itu, tapi saya ada dari segi pengaalaman. Dari awal lagi masuk industri saya memang niat dan bercita-cita mahu menjadi pengarah.
“Malah, saya masuk industri pun mahu serius dalam bidang ini. Bukan nak kejar populariti dan glamor saja. Jadi, tidak salah untuk saya mencuba dan meneroka bidang baharu pula. Apabila saya menerbit dan mengarah telefilem ini, ia bukan satu percubaan dan saya takkan berhenti.
“Insya Allah, selepas ini ada satu lagi telefilem yang akan ditayangkan. Cerita berjudul Jeti ini sudah siap menjalani penggambaran pun. Kali ini saya membawakan genre berat dan penuh emosi lakonan hebat Nabila Huda dan Fauziah Nawi.
“Tapi, untuk cerita ini saya memberi fokus kepada pengarahan dan penerbitan saja. Ternyata, untuk genre ini ia lebih mudah berbanding komedi romantik,” katanya.
Menurut Janna, membabitkan diri dalam bidang penerbitan juga satu percaturan buat dirinya termasuk dalam soal untung dan rugi.
“Saya sudah bersedia sama ada sebagai penerbit atau pengarah. Disebabkan itu saya mencabar dan memberanikan diri menerbitkan telefilem di bawah syarikat sendiri. Kalau nak mengharap penerbit lain ambil saya mengarah mungkin lambat lagi. Jadi, saya kena melabur sendiri.
“Ini bukan soal mencari keuntungan, tapi ia lebih kepada kepuasan. Malah, saya boleh tentukan ‘look’ mana saya nak dalam setiap karya dihasilkan. Mungkin kalau dengan produksi lain akan ada kekangan,” katanya.
Mengakui berdebar dengan tayangan Delen, Janna mengalu-alukan dan terbuka untuk menerima sebarang kritikan membina daripada penonton.
“Mengarahkan pelakon, jurukamera dan kru berpengalaman sangat mencabar. Sudah tentu mereka akan berfikir apa kredibiliti yang saya ada. Jadi, ini memang mencabar dan menjadi satu cabaran besar buat saya. Duduk di kerusi pengarah, bukan setakat ‘cut & action’. Tapi tanggungjawab sangat besar.
“Memandangkan Delen adalah buah tangan pertama syarikat saya, jadi, saya perlukan kritikan semua orang untuk saya memperbaiki dan meningkatkan lagi kualiti kerja. Sekali gus saya dapat idea dari kritikan semua. Termasuklah, saya juga boleh tahu drama macam mana yang mereka nak tonton.
“Saya kena belajar terima kritikan dengan hati terbuka. Saya tidak boleh letakkan diri bagus. Saya akan terus belajar. Lebih baik tegur dan kritik sekarang daripada tidak ada langsung,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Janna berkongsi dia terpaksa menangguhkan pengajian dalam bidang pengarahan di Institut Kesenian Jakarta di Indonesia (IJK) ekoran penularan wabak Covid-19.
Telefilem Delen menampilkan kisah cinta remaja antara Delen (Sean Lee) dan Robert (Dini) yang merebut cinta Emily (Janna). Robert menganjurkan pertandingan berenang dan meletakkan syarat pemenang pertandingan itu akan berjaya memiliki cinta Emily.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Semalam telah berlangsungnya majlis pernikahan melibatkan pasangan pelakon, Intan Ladyana dan juga Harris Alif di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sekitar jam 10 pagi.
Kedua-dua mempelai dilihat sama cantik sama padan mengenakan sepersalinan putih yang sedondon.
Malah, pasangan ini juga sekali lagi mencuri tumpuan menerusi busana yang dikenakan sewaktu sesi pengambaran ‘pre wedding’.
Intan dan Harris masing-masing memilih untuk memakai suit sewaktu sesi pengambaran tersebut berlangsung.
Kesemua foto-foto berkenaan dikongsikan Hatta menerusi akaun Instagram miliknya.
Lalu, rata-rata peminat dan rakan artis menyifatkan rekaan tersebut praktikal dan sesuai untuk dikenakan pasangan selebriti tersebut.
Malah, ada juga individu yang berseloroh memberitahu, mereka sudah tidak sabar menantikan busana hasil rekaan Hatta buat bakal isterinya sendiri satu hari nanti pula!
Bagaimanapun, Hatta menjelaskan, andai dia dipertemukan jodoh, dia lebih gemar pasangannya untuk mengenakan persalinan yang ringkas tatapi tetap mengekalkan keanggunannya.
“Kalau ada jodoh, mesti I design untuk dia tapi percayalah I’m a simple person. I suka tengok orang pakai simple thing yang boleh enhances pemakai.
“Tak banyak event. All sederhana tak banyak tetamu. That my plan,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis mendoakan semoga Hatta lekas dipertemukan jodoh selepas ini.
Sumber: Instagram Hatta Dolmat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejurus memaklumkan berita gembira apabila selamat melahirkan anak keduanya kira-kira jam 9.15 pagi Jumaat di sebuah hospital swasta di ibu kota, ruang komen di Instagram hos dan pelakon, Scha Alyahya dihujani ucapan tahniah serta doa.
Hasil tinjauan MH, dedikasi sama turut ditinggalkan peminat serta rakan artis ke akaun suami, Awal Ashaari dan anak sulung pasangan ini, Lara Alana.
Selain berkongsi kembali beberapa paparan ucapan yang diterimanya, Scha turut menzahirkan rasa syukur atas doa yang dititipkan.
“Syukur alhamdulillah Ya Allah. Thank you everyone for the dia, well wishes and kind words,” tulisnya pada foto kandid Awal yang sedang memangku anak keduanya itu.
Terdahulu, Scha turut memaklumkan memaklumkan dia dan bayi yang dilahirkan dengan berat 3.2 kilogram itu berada dalam keadaan sihat.
“Kami sekelurga memanjatkan syukur kehadarat Allah SWT diatas kelahiran cahaya mata kedua kami pada hari ini, Jumaat 12 February 2021 bersamaan 30 Jamadilakhir 1442H.
“Bayi perempuan seberat 3.2kg selamat dilahirkan tepat jam 9.15 minit pagi di Prince Court Medical Center, Kuala Lumpur.
“Kedua-dua bayi dan Mommy berada dalam keadaan baik dan masih berehat buat masa ini. Kami juga memohon maaf kerana tidak dapat menerima pelawat disebabkan SOP yang ditetapkan.
“Kami bersyukur diatas amanat ini, dan berterima kasih diatas doa serta sokongan yang diberikan kepada Scha, Awal & Lara sekeluarga.
“Kami dijangka pulang ke rumah dalam masa beberapa hari, dan Inshallah, kami akan berkongsi perkhabaran gembira ini dengan anda semua kelak. Stay safe, and welcome to the world Baby L,” tulisnya pada satu hantaran terbaru.
Scha dan Awal mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata Lara Alana yang kini mencecah usia tujuh tahun.
Foto: Instagram Scha Al Yahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mengakui dirinya turut terhibur apabila foto-fotonya menjadi tular di media sosial yang disunting dalam pelbagai versi lucu oleh netizen.