Penceramah dan pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata ke empat pada Khamis lalu.

Menurut Ustaz Don, dia berasa sangat bersyukur kerana telah menjadi antara insan terpilih untuk sekali lagi menimang cahaya mata lelaki.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daniyal Biyajid (@ddaniyaldbiyajid)

 “Hari ni, Allah Taala telah bagi kat kami sekeluarga hadiah. Dalam banyak-banyak hat dok ada, Allah pilih nak bagi kat kami.

Syukur yamat La Ya Allah. Apa dia ni? Hadiah apa ni? Dok tak duduk dok kata hadiah ni. Ni kami nak habaq la. Pasai Allah Taala kata, “Adapun, mana-mana nikmat yang Allah bagi, khabarkanlah (sebagai tanda syukur).

“Ya Allah, syukur yamat sebab hari ni kami sekeluarga menimang seorang cahaya mata lelaki. Iyaaaaa~ Sungguuuuhhh~
Ni sampai la ni dok rasa percaya tak percaya ni sama banyak. Sungguh aiihh.
11/2/2021 pukui 3:25 petang tat sat. Kira saya la ni ada 4 orang anak ‘jantan’,” tulisnya.

IKLAN

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Ustaz Don menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Ustaz Don turut menyifatkan Allah sebagai sebaik-baik perancang kerana telah mengatur tarikh lahir anak-anaknya dengan sangat cantik.

“Yang dok habaq kata syukur sangat ni pasai, anak sulong dengan nombot 2 sama tarikh lahir. 18 Januari 2014 dan 18 Januari 2016. Hat hari ni pi sama pulak dengan abang dia hat nombot 3.
11 Febuari 2019 abang no 3, 11 Febuari 2021 mai adik nombot 4. Allah.. Ya Rabb.

IKLAN

“Saya dengan Isteri tau tahap kami lagu mana. Ibadah dengan main ni sama banyak. Jauh sekali nak sampai kata doa makbul. Habih tu, mcm mn boleh jadi lagu ni? Saya nak bgtau apa yg terbuku dalam benak hati ni,” kongsinya lagi.

Sementara itu, pengacara program Mengaji: Back To Basics ini turut mendedahkan antara petua yang sering diamalkannya adalah dengan memohon doa lebih-lebih lagi doa daripada orang sekeliling.

“1. Kehebatan Doa. Kami bila jumpa saja sapa yg dan, kami minta tolong doa bg dapat sama tarikh lahir dengan anak nombot 2. Iya la, tau la kan kita kan, kalau boleh nak la skali kan. Tapi dalam masa sama, kita pun paham, benda bukan senang. Tapi apa salahnya minta orang doa kan? Kan, betui dak?

IKLAN

“Bila jadi lagu ni, perasan ada la yang tolong doa kat kami ni yang doa dia makbul. Ngam ngam lahir hari ni. Boleh jadi berkat doa Ibu Bapak n mertua, Berkat kawan-kawan, Berkat doa orang yang dapat nikmat, Berkat doa orang soleh, Berkat doa orang yang dizalimi.
‎وَاللهُ أعْلَمْ بِالصَّواب Kami jumpa sapa saja, kami minta tolong doa.

“3. Allah Taala Maha Hebat. Ya Allah, kami bersyukur jadi hambaMu. Kami tahu kami banyak dosa. Saya, isteri saya, keluarga saya, Ibu Bapak dan Mertua saya, kawan2 saya dan semua kami ni, kami tau kami banyak dosa.

“Dalam masa sama Ya Allah, kami jugak tau bahawa KAMU Ya Allah Maha Pengampun, Maha Mendengaq, Maha Kuasa dan Maha Bijaksana,” akhirinya.

Sumber: Instagram Ustaz Don Daniyal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI