Baru sahaja mengumumkan persaraan dalam dunia sukan yang diceburinya, nyata keputusan Datuk Nicol David mengejutkan rakyat Malaysia.
Memegang rekod pencapaian paling cemerlang dalam sejarah sukan negara, netizen ‘berat hati’ mahu melepaskan namun terpaksa redha.
Sedikit soroton pencapaian bintang lagenda ini, Nicol Ann David menjadi pemain skuash dari Malaysia dan Asia yang pertama menduduki ranking nombor satu dunia.
Dari tahun 2005-2010, Nicol memenangi Anugerah Terbaik WISPA sebanyak 6 kali berturut-turut.
Terharu dengan pencapaian bintang squash ini, selebriti meluahkan penghargaan di laman sosial masing-masing.
Foto – Twitter
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perkhabaran mengenai pemergian pelakon, pengarah dan aktivis teater, Jit Murad,62, ke Rahmatullah kira-kira jam 2.15 petang pada Sabtu nyata meninggalkan kesan buat golongan selebriti tempatan.
Menyifatkan Allahyarham sebagai permata seni yang hebat, Afdlin Shauki misalnya akui banyak kenangan manis yang dirakam bersama ketika dia awal-awal terlibat dalam industri hiburan.
“Innalillah wainna illaihi rojiuun. Hari ini seorang anak seni yang hebat telah pulang ke Rahmatullah. Sesiapa yang menonton komedi di pentas atau pun di dalam era 90-an ke awal tahun 2000 pasti mengenali nama Jit Murad. Saya banyak belajar daripada Jit tentang komedi dan penceritaan.
“Banyak kerja-kerja awal saya melibatkan Harith Iskandar dan Jit Murad. Semoga roh beliau akan bersama roh roh yang dicintai oleh Allah SWT. Terima kasih Jit Kerana sanggup berkongsi kehebatan anda bersama kami dan mewarnai kehidupan kami.
“Al-fatihah. Minta tolong sedekahkan alfatihah untuk beliau,” tulis Afdlin pada ruangan kapsyen yang turut disambut dengan dedikasi sama daripada rakan artis lain.
Antaranya, pelakon dan penyampai radio, Shahirah Shahirah yang mendedahkan dia begitu kagumi keperibadian arwah.
“Really adore him… Love him so much sebab kita dulu pelakon extra pun dia lepak sama. Love love love him, al-Fatihah,” tulis Sheira pada ruangan komen.
Selain Shiera, berita mengenai kematian arwah turut dikongsi di media sosial beberapa teman artis lain, antarany Datin Seri Tiara Jacquelina Eu Abdullah,
Susan Lancester, Que Haidar dan ramai lagi.
Jit merupakan anak kepada bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Allahyarham Tan Sri Murad Mohamed Noor.
Arwah mula bergiat aktif dalam filem, televisyen dan teater pada 1987 dan naskhah Spilt Gravy On Rice (1995), The Storyteller (1996) serta Gold Rain and Hailstones (2002) antara produksi teater popular yang ditulis serta dibintanginya.
Allahyarham dilahirkan di Kuala Lumpur memiliki pendidikan dalam bidang Sosiologi (Pengajian Bandar) dan Ijazah Sarjana dalam Sejarah Seni.
Sepanjang karier, Allahyarham disegani sebagai seorang penulis, pelakon dan penerbit teater yang berdedikasi dan dinamik selain Beliau pernah membintangi filem Selubung, Mimpi Moon, Talentime dan 1957: Hati Malaya.
Beliau turut dikenali sebagai seorang penulis prolifik di Asia Tenggara selepas berjaya menghasilkan beberapa naskhah kontemporari yang pernah meraih beberapa anugerah termasuk di Anugerah Boh Cameronian.
Arwah sebelum ini juga bekerjasama dengan beberapa nama besar dari industri kreatif Malaysia termasuk Datuk Krishen Jit, Datuk Zahim Albakri dan Jo Kukathas.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon, Tasha Shilla yang selamat melahirkan anak pertama, pada Sabtu.
Sambil memanjat rasa syukur, Tasha pada masa sama turut mengucapkan terima kasih buat keluarga yang menjaganya sepanjang proses kehamilan.
“Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah inayahNya dan keizinanNya dapat saya melahirkan anak sulung lelaki kami pada hari Ramadhan ke-12, 1442 AH / hari Sabtu April 24, 2021.
“Terima kasih pada semua yang telah mendoakan kesihatan saya dan keluarga sepanjang masa,” tulisnya.
Malah dia turut menghargai semua pihak yang membantu bagi menyempurnakan proses bersalin bagi lelakinya itu.
“Saya sangat hargai pada semua pihak yang telah membantu menyempurnakan proses bersalin ini terutamanya pihak keluarga, sahabat-sahabat, team medical di hospital.
“Dan yang paling special dalam hidup saya, Suami Atiq Idris, thank you so much berikan saya semangat, sentiasa membahagiakan saya dan menjadi suami yang soleh. I love you so much,” tulisnya lagi.
Berita gembira itu dimaklumkan bintang berkenaan menerusi satu hantaran di Instagram dan turut disusuli dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat.
Terdahulu, Tasha Shilla dan suaminya, Atiq Idris melangsungkan perkahwinan pada 28 Februari 2020.
Pada penghujung tahun lalu, dia dan suami telah sepakat untuk berkongsi berita kehamilannya ketika usia kandungan mencecah 5 bulan.
Foto: Instagram Tasha Shilla
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Naqiu bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang didakwa mengambil kesempatan dan melakukan penipuan sehingga menyebabkan kerugian hampir RM100,000.
Tidak mahu terus...