Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz menafikan dakwaan bahawa dia kini sedang ‘menghilangkan diri’ selepas terpalit dengan kontroversi rumah tangga sebelum ini.
Menurut Aliff, dia sebenarnya hanya mahu memberikan tumpuan kepada diri sendiri dan memperbaiki kekurangan yang ada.
“Saya bukan menghilangkan diri. Pada ketika ini, saya hanya percaya kepada rezeki dan segala apa yang telah disusun buat saya.
“Untuk masa hadapan pula, apa perkara yang bakal berlaku, tetap akan berlaku.
“Daripada saya terlalu stres untuk memikirkan apa yang berlaku atau mempersoalkan tentang rezeki pada hari esok, rasanya lebih baik kita jalani sahaja hidup ini.
“Yang penting, setiap hari kita sentiasa melangkah ke hadapan,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Sayang Sayang itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Havoc Trio Festival 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, pada Khamis.
Ads
Jelas Aliff lagi, kehidupannya kini lebih tertumpu di Singapura dan dia banyak meluangkan masa bersama kedua ibu bapanya.
“Saya banyak meluangkan masa bersama keluarga dan refleksi diri. Tiada apa yang perlu saya kongsikan saat ini.
“Yang penting ketika ini adalah untuk terus melangkah ke hadapan. Kini, saya hanya memberikan fokus terhadap perancangan kerjaya saya untuk tahun hadapan.
“Saya tidak mahu melihat ke belakang lagi. Pada saya, itu perkara yang tidak sihat. Segalanya sudah pun berlaku. Tak perlu saya nak ingat semula,” kongsinya lagi.
Enggan Sentuh Soal Anak, Mohon Doa Baik
Dalam masa sama, Aliff tidak mahu mengulas lanjut mengenai anak-anaknya, kerana menganggap hal keluarga terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.
Ads
“Pada saya, soal anak-anak dan keluarga ini merupakan perkara sensitif. Saya harap semua pihak dapat menghormati pendirian saya ini.
“Ada kalanya, kenyataan kita boleh disalah tafsir apatah lagi kalau kita tersilap cakap. Pada saya, hal peribadi ini lebih baik saya simpan sendiri.
“Saya hanya mahu memohon doa yang baik kepada kalian yang sudah mengikuti perjalanan seni saya sejak berusia 16 tahun lagi.
“Apa sahaja pendapat anda, saya terima sahaja. Ini masanya untuk melangkah ke hadapan,” katanya lagi.
Ads
Dia juga bersyukur kerana dikelilingi insan-insan positif yang membantunya untuk terus bangkit daripada ujian.
“Ketika ini, saya hanya menikmati hidup saya sahaja. Alhamdulillah saya di kelilingi oleh orang-orang yang baik dan mendapat sokongan daripada pihak keluarga.
“Saya juga mempunyai kumpulan kawan-kawan yang baik. Saya gembira dengan hidup saya. Namun, dalam hidup ini, kita sentiasa mahu memperbaiki diri dan kembali bangkit daripada sebarang ujian.
“Alhamdulillah, saya gembira dengan progres hidup saya saat ini,” akhirinya.
Sementara itu, Havoc Trio Festival 2025 dijangka bakal menghimpun 300 vendor daipada pelbagai ketegori.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
@mediahiburanofficial Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz menafikan dakwaan bahawa dia kini sedang ‘menghilangkan diri’ selepas terpalit dengan kontroversi rumah tangga sebelum ini 💫. Menurut Aliff, dia sebenarnya hanya mahu memberikan tumpuan kepada diri sendiri dan memperbaiki kekurangan yang ada 💕. #MHnews#MediaHiburan♬ original sound – Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berjaya mencetuskan impak luar biasa pada musim lepas, Astro sekali lagi menggandingkan dua pengacara popular, Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad untuk mengemudi Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12).
Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, keserasian dan idea-idea segar yang ditunjukkan dua pengacara itu pada musim lalu benar-benar menghiburkan hati penonton.
“Pada musim lepas, kita nampak keserasian yang sangat baik di antara Nabil dan Sherry. Kita pun baru setahun memberikan peluang ini kepada Sherry. Jadi, apa salahnya jika kita beri peluang sekali lagi pada tahun ini.
“Kita nak lihat bagaimana Nabil dan Sherry kembali menghangatkan GV12. Pada tahun lepas, Nabil dan Sherry banyak buat perkara gila bila di atas pentas.
“Kami suka perkara itu dan penonton juga sangat terhibur. Mereka juga banyak mengusik juri,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Raqim tidak menolak kemungkinan pengacara asal Gegar Vaganza, Jihan Muse, bakal kembali mengemudi rancangan tersebut pada musim akan datang.
“Seperti semua tahu, Jihan pun baru sahaja melahirkan cahaya mata. Jadi, kita beri peluang kepada dia untuk kembali pulih sepenuhnya.
“Bagi pihak kami, sebarang kemungkinan pasti ada untuk segala hal. Tidak semuanya konkrit. Malah, tadi pun kita ada nampak peserta-peserta yang menghiburkan.
“Mana tahu mereka pula jadi hos pada musim hadapan,” ujarnya lagi
Ditanya mengapa pihak produksi tidak terus menukar gandingan pengacara baharu untuk menampilkan kelainan, Raqim menjelaskan mereka enggan mengambil risiko yang terlalu besar.
“Untuk menghasilkan program Gegar Vaganza dan menjadikan ia kekal relevan selama 12 tahun, itu bukanlah satu tugas yang mudah. Setiap tahun, cabaran daripada pihak produksi semakin sengit.
“Namun, ada elemen di dalam program ini yang membuatkan penonton kekal menonton dan menjadikannya rancangan nombor satu pilihan rakyat Malaysia.
“Untuk kita tukar secara drastik, ia risiko yang kita tidak mahu ambil. Kami hanya buat sedikit perubahan tapi masih mengekalkan format yang sama.
“Gegar Vaganza bukan sekadar pertandingan nyanyian tapi turut diselitkan komedi dan hiburan di dalam satu program. Elemen-elemen inilah yang menghidupkan Gegar Vaganza selama ini,” akhirinya.
GV12 bakal bersiaran mulai 2 November ini, jam 9 malam, secara langsung di Astro Ria (saluran 104).
Rancangan hiburan keluarga ini juga boleh ditonton menerusi platform Astro One dan sooka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Dia setia kerana memang itu sifat dirinya, bukan kerana dia perlukan kamu. Dia tetap setia walaupun hatinya terluka.
“Dia tetap hadir, walaupun kamu tidak. Dia terus memilih kamu, walaupun kamu beri pelbagai alasan untuk tidak berbuat demikian.
“Bukan kerana dia lemah, tapi kerana dia diciptakan berbeza. Kesetiaannya bukan untuk kamu semata-mata, tapi cerminan keikhlasan hatinya,” kongsinya.
Bagaimanapun, isteri kepada pelakon, Kamal Adli ini dilihat tidak mengulas lanjut mengenai maksud sebenar disebalik nukilan tersebut.
“Namun jangan sesekali keliru antara kesetiaan dan kebergantungannya. Dia mampu hidup tanpa kamu, cuma dia terlalu percaya pada kamu.
“Dia memberi lebih daripada apa yang dia terima, tapi satu hari nanti, dia akan berhenti bukan dengan marah, bukan dengan benci… tapi dengan kekuatan yang tenang,” kongsinya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut mentipkan doa yang baik buat Uqasha dan keluarga.
Sekadar informasi, Uqasha dan Kamal sah bergelar suami isteri pada 5 November 2021 dalam satu majlis pernikahan tertutup di Janda Baik, Pahang.
Pasangan itu kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Uqasha Senrose
Powerbank ringan ni penyelamat bila phone tengah low — cepat cas, tak panas, senang dibawa ke mana saja. Harga pun mampu milik!
Dunia muzik rock kehilangan salah seorang figura paling berpengaruh apabila gitaris utama dan pengasas bersama kumpulan legenda Kiss, Ace Frehley, disahkan meninggal dunia pada usia 74 tahun.
Menurut laporan media antarabangsa, Frehley dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Morristown, New Jersey pada 16 Oktober selepas mengalami kecederaan akibat terjatuh. Sumber keluarga memaklumkan, kecederaan tersebut membawa kepada pendarahan otak yang serius sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.
Dalam satu kenyataan rasmi, keluarga mendiang menyifatkan pemergian Frehley sebagai satu kehilangan besar. “Kehilangannya terlalu besar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Dunia telah kehilangan seorang legenda sejati,” kata wakil keluarga.
Frehley, atau nama penuhnya Paul Daniel Frehley, dikenali sebagai “Spaceman” dalam kumpulan Kiss , satu persona ikonik yang diilhamkan daripada kostum berwarna perak dan solekan futuristik yang menjadi simbol band berkenaan sejak awal penubuhannya pada tahun 1973.
Bersama rakan sepasukan seperti Paul Stanley, Gene Simmons dan Peter Criss, Kiss mencipta fenomena global melalui persembahan penuh tenaga, piroteknik dan gaya persembahan luar biasa di pentas.
Sebagai gitaris utama, Frehley dianggap antara pelopor bunyi “arena rock” pada era 1970-an yang menjadi rujukan kepada ramai pemuzik lain di seluruh dunia.
Beliau turut mencipta beberapa lagu klasik kumpulan tersebut termasuk Shock Me, Cold Gin dan Rocket Ride yang kekal menjadi siulan peminat sehingga hari ini. Lagu Shock Me yang diterbitkan pada tahun 1977 turut menandakan kali pertama beliau tampil sebagai penyanyi utama dalam album Kiss.
Selepas meninggalkan kumpulan itu pada tahun 1982, Frehley menubuhkan kumpulan Frehley’s Comet dan melancarkan beberapa album solo yang mendapat sambutan baik daripada peminat muzik rock.
Beliau kemudian kembali bersama Kiss bagi siri jelajah reunion pada lewat 1990-an sebelum berundur sekali lagi pada awal 2000-an untuk memberi tumpuan kepada kerjaya solo.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menyambut baik hasrat untuk bekerjasama, penyanyi dan pengacara, Mawi mengakui dia terbuka untuk berduet dengan pendatang baharu, Ehmad Hadie Elfardie.
Menurut Mawi atau nama sebenarnya...