Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat menjelaskan dia bukan melacur atau pun menjual diri di dalam sosial.

Sebaliknya, dia hanya berkongsi persalinan yang suka dipakai dan pada masa sama menghargai kecantikan yang dimiliki.

Perkara itu didedahkan penyanyi Makhluk Penggoda itu menerusi Harian Metro pada Rabu berhubung kecaman yang diterima susulan isunya yang memuat naik gambar dan video berbikini di Instagram mencetuskan kontroversi.

Tambahnya lagi, dia mempunyai hak untuk berpakaian sebegitu dan selesa untuk menjadi diri sendiri.

“Instagram saya gunakan untuk berkongsi kehidupan saya yang bukan hanya khusus untuk perniagaan semata-mata, malah saya suka berkongsi mengenai kecantikan, imej, bantuan, informasi serta banyak lagi.

“Saya sedar ramai yang marah dengan penampilan saya, namun apa yang ingin saya tegaskan masing-masing mempunyai pilihan sendiri. Saya masih berpegang teguh kepada agama saya.

IKLAN

“Saya hanya menjadi diri sendiri dan janganlah hanya kerana imej seksi anda lupa kebaikan saya selama ini,” katanya seperti yang dipetik.

Sajat turut berharap individu yang menggesa dirinya diboikot tidak menghakiminya hanya kerana satu perkara yang dilakukan ketika ini.

“Saya tak faham apabila berpakaian macam ini semua nak boikot seolah-olah saya melakukan kesalahan yang sangat besar.

IKLAN

“Namun, apabila saya menghulurkan bantuan kepada orang miskin tiada siapa menyokong atau menghebahkan, malah ada yang anggap saya riak pula.

“Kecantikan adalah sesuatu yang ‘universal’. Semua orang ingin berkongsi dan berpenampilan cantik, begitu juga dengan saya.

“Saya agak terkilan kerana saya menjadi mangsa mereka sedangkan ramai lagi wanita yang lebih seksi di media sosial. Di Malaysia video lucah juga boleh diakses dengan mudah dan di mana sahaja.

IKLAN

“Kenapa saya dihentam begini?” Jelasnya yang turut memohon maaf sekiranya ada mengguris hati mana-mana pihak kerana dia tiada niat untuk membangkitkan kemarahan ramai.

Jelasnya lagi, perkongsian foto itu juga tidak lebih untuk berkongsi keberkesanan produk yang dijual.

“Jika saya ada mengguris hati mana-mana pihak saya ingin memohon maaf. Saya tiada niat nak bangkitkan kemarahan.

“Saya berkongsi gambar itu antara lain adalah berkongsi hasil yang saya peroleh daripada menggunakan produk yang saya jual,” akhirinya.

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI