Kemenangan pelakon Amyza Aznan di Anugerah Skrin 2019 bagi untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama telah menjadi perhatian peminat industri hiburan tanah air.

Atas usaha kesabaran, tuah akhirnya berpihak kepada aktres berusia 45 tahun itu. Lantas, Amyza ada menitipkan sesuatu bersempena dengan kejayaannya itu.

Malah, bintang itu memberikan penjelasan mengenai insiden tersasul menerusi akaun Instagram miliknya.

“TAKZIAH !!!!!!!!!! WHY? WHY? WHY TAKZIAH! BAK BULAN JATUH KE RIBA tapi kan,first of all tq pd yg x henti2 mengharapkan kak kaaia dpt pegang trophy. u know u who u are . terlalu ramai yg setuju dgn pengiktirafan daripada ANUGERAH SKRIN 2019,x mudah untuk tercalon apatah lagi untuk dpt pengiktirafan dari juri2 untuk anugerah berprestij ni.

“Ya, 20 tahun,5 kali tercalon top 5 di anugerah skrin dan abp,tp tak menang.

IKLAN

“tak sangka beberapa tahun lg je dah kategori pencen kerajaan,dapat award. suka la kak kaaia..sampai takziah ko!,” tulisnya.

Sementara itu, usahawan ini juga turut merakamkan rasa terharu kerana ada penggiat seni yang berdiri sebagai tanda sokongan atas kemenangan.

IKLAN

“btw… manis betul kemenangan ni, sebab … bila nama kak kaaia diumumkan, ada standing ovation dr rakan seperjuangan(masa atas stage x nmpk,bila tngok kat you tube,ya allah terharu nya) and bila kak kaaia baca comment2 dia online,medoa social,rata2 ada yg sebak,menjerit and ada yg menangis kerana terlalu setuju dgn rezeki kak kaaia pd tahun ni.

“manis sangat. patut lah allah bg sekarang after 20 yrs,if dia bg awal2 dulu mungkin tak semanis ini moment ni. dan kerana 20 tahun juga kak kaaia smpi tersasul cakap takziah.  sebenarnya nak cakap “TAHNIAH BATIK ZAKIAH” TAPI…. lidah melekat agaknya… terus tergabung jadi TAKZIAH!!!

IKLAN

“nasib la sel2 otak bergabung cepat,coverrrrrline, tapi kan kan kan… moment takziah ni kak kaaia rasa moment yg tak akan dikuoakan sebab…MANA ADA ORG UCAP TAKZIAH ORG GELAK, HANYA KAK KAAIA JE UCAP TAKZIAH AUDIENCES KAT HALL PWTC TU GELAK. one and only …kak kaaia,” tulisnya panjang lebar.

https://www.instagram.com/tv/B4cwfrwF2JT/?igshid=1ehr81wz7pa34

Apapun, MH juga ingin mengucapkan tahniah kepada Amyza dan semoga terus sukses dalam karier seni.

Video: Instagram Amyza Aznan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI