Kesedihan balu Allahyarham Ashraf Sinclair iaitu Bunga Citra Lestari menerusi beberapa video yang tular nyata mengundang sebak ramai tatkala air matanya menitis melihat pusara suami sejurus dikebumikan. 

Lalu, pelakon dan pengacara Yatt Hamzah terpanggil berkongsi perasaan kala menonton video tersebut. 

Kongsinya, dunia ini hanyalah sementara untuk memberikan kasih sayang sesama manusia, terutama dalam kalangan ahli keluarga. 

“Sejak semalam video ini disaksikan oleh jutaan manusia. Luluh jiwaku menontonnya. Pasti semua merasakan yg sama. Terbayang jika ini berlaku pd diriku sendiri. Apakah aku bersedia? Ditinggalkan oleh suami tercinta menuju ke alam abadi.

“Hilang sudah tempat bergantung dan mengadu. Hilang sudah tempat berkongsi dan bermanja.

“Hilang sudah teman sehidup semati. Apakah aku mampu membesarkan dan mendidik anak2 tanpanya? Apakah aku mampu melalui onak duri kehidupan bersendirian?

“Apakah aku mampu hidup dg segala kenangan bersamanya? Kuatkah aku?

IKLAN

Mampukah aku?,” tulisnya.

Dalam pada itu, pemilik nama penuh Haryati Hamzah turut berpesan agar setiap pasangan perlu saling menghargai antara satu sama lain. 

“Ternyata suami hanyalah pinjaman sementara. Bila2 masa akan diambil semula oleh penciptanya. Maka aku harus sentiasa bersedia.

“Krn itu seorang isteri wajib menghargai suaminya sementara masih dipinjamkan padanya. Krn itu isteri wajib Bersyukur sementara suami masih berada di depannya.

“Jgn sekali pun lupa suami adalah Syurga.

IKLAN

Dan jgn sekali pun lupa suami adalah pinjaman, termasuk semua yg ada dlm hidup.

“Tiada satu pun milik kita. Tiada satu pun yg kekal. Satu persatu akan pergi, termasuklah diri kita sendiri.

“Orang bijak akan belajar sesuatu dr situasi dan pengalaman org lain. Agar dijadikan pedoman dan tauladan..Agar tidak menyesal seumur hidup.

“Sungguh..Kematian org lain adalah peringatan, bahawa kematian kita sudah dekat. Innalillahiwainnailaihirojiun.

IKLAN

AL FATIHAH,” akhirinya.

View this post on Instagram

Sejak semalam video ini disaksikan oleh jutaan manusia. Luluh jiwaku menontonnya. Pasti semua merasakan yg sama. Terbayang jika ini berlaku pd diriku sendiri. Apakah aku bersedia? Ditinggalkan oleh suami tercinta menuju ke alam abadi. Hilang sudah tempat bergantung dan mengadu. Hilang sudah tempat berkongsi dan bermanja. Hilang sudah teman sehidup semati. Apakah aku mampu membesarkan dan mendidik anak2 tanpanya? Apakah aku mampu melalui onak duri kehidupan bersendirian? Apakah aku mampu hidup dg segala kenangan bersamanya? Kuatkah aku? Mampukah aku? . Ternyata suami hanyalah pinjaman sementara. Bila2 masa akan diambil semula oleh penciptanya. Maka aku harus sentiasa bersedia. . Krn itu seorang isteri wajib menghargai suaminya sementara masih dipinjamkan padanya. Krn itu isteri wajib Bersyukur sementara suami masih berada di depannya. . Jgn sekali pun lupa suami adalah Syurga. Dan jgn sekali pun lupa suami adalah pinjaman, termasuk semua yg ada dlm hidup. Tiada satu pun milik kita. Tiada satu pun yg kekal. Satu persatu akan pergi, termasuklah diri kita sendiri. . Orang bijak akan belajar sesuatu dr situasi dan pengalaman org lain. Agar dijadikan pedoman dan tauladan..Agar tidak menyesal seumur hidup. . Sungguh.. Kematian org lain adalah peringatan, bahawa kematian kita sudah dekat. . Innalillahiwainnailaihirojiun. AL FATIHAH. . . #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #bondaYattshare #bondaYHshare #ALFATIHAH #INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN #suami #takziahbcl #ashrafsinclair #bungacintalestari

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on

Video yang dikongsikan Yatt memaparkan raut wajah BCL dan anaknya, Noah Sinclair bersedih diatas pemergian insan tersayang.

Terdahulu, Allahyarham Ashraf Sinclair, 40, meninggal dunia akibat serangan jantungi di Hospital Metropolitan Medical Centre (MMC), Kuningan, Jakarta jam 5.51 pagi waktu tempatan. 

Jenzah dikebumikan di  di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawangan, Jawa Barat. 

 Foto : Instagram Yatt Hamzah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI